Monday, August 18, 2014

Cabaran Pasca 17 Ogos: Paksa Parti Lain Terima Agendanya -Dr Mujahid

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pengajaran boleh diambil pemimpin PR sewaktu perselisihan mengenai calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. –  Gambar The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2014.  Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pengajaran boleh diambil pemimpin PR sewaktu perselisihan mengenai calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2014.

CABARAN pasca 17 Ogos adalah lebih besar menunggu selepas ini kepada Pakatan, kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ahli Parlimen Parit Buntar.

"ADA ada beberapa pengajaran yang boleh diambil pemimpin PR sewaktu perselisihan mengenai calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan ia wajar dilihat dalam kerangka lebih besar.
"PR perlu memperbaharui diri mereka dengan meneruskan agenda nasional dan rakyat serta mengurangkan politiking sehingga merugikan maslahat yang lebih utama.
"PR gagal menggunakan kepakaran pengurusan konflik malah membiarkan kepercayaan rakyat kepada mereka tergugat.
“Kemunculan kes awalan bahawa penentuan jawatan yang perlu dipersetujui oleh ketiga parti tidak diserahkan hanya kepada parti penjawat,” Kata beliau.dalam satu kenyataan di Tha Malaysian Insider  hari ini.

Semalam, mesyuarat ahli Jawatankuasa Pimpinan PAS Pusat menamakan dua calon pengganti Khalid, iaitu Presiden PKR dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta Adun Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali.

Bagaimana pun, mesyuarat Majlis Pimpinan PR kemudiannya menyenarai pendek Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid, dan akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor selepas keberangkatan pulang baginda dari luar negeri.

Mujahid berkata antara pengajaran yang boleh ditimba sepanjang krisis MB itu adalah setiap parti dalam PR tidak sepatutnya memaksa parti lain menerima agendanya tanpa dibahas secara lumat dan mendapat konsensus atau kompromi.

Katanya, dapat diperhatikan juga muncul trend khusus dari pemimpin pelapis yang mahu keluar dari kepompong lama pimpinan PR dan membawa beban sejarah mereka dalam menyelesaikan masalah.

“Masa depan PR diperhatikan oleh rakyat dan sejauh mana konsensus PR dapat dipertahankan antara tiga parti untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN).
“Seperti yang saya katakan, semua kita perlu melihat menjangkau sekadar PR lawan BN tetapi mula berfikir membina semula asas negara ini dan menumpukan kepada faktor yang menghancurkan perpaduan nasional iaitu, perkauman sempit, prejudis dan ekstrimisme,” katanya.

Selepas mesyuarat pimpinan PR semalam, Azmin berkata beliau sanggup mengorbankan jawatan MB Selangor demi memberi keutamaan kepada kepentingan parti. Katanya, PR akan lebih bersatu padu selepas krisis membabitkan isu peralihan MB di Selangor.

"Bagi saya parti lebih utama. Saya bercakap dengan rakan-rakan pimpinan, kita mesti bekerja untuk PKR tanpa mengira apa sekalipun," katanya.

Khalid dalam satu kenyataan semalam berkata, beliau akan memohon menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat mengenai langkah seterusnya berikutan keputusan PAS memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah dan Azmin.

Khalid berkata beliau menerima keputusan PAS dengan hati terbuka dan mengucapkan terima kasih kepada "rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor".  (IH)

Sila lihat..   
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails