Wednesday, August 20, 2014

Balas Serangan Israel, Tembak 50 Roket Dalam 1/2 Jam.

Palestin. Sayap tentera Hamas, Brigade Izzuddin Al-Qassam, mengumumkan (19/8/2014) bahawa pihaknya telah menembak lebih dari 50 roket dalam jangka masa setengah jam ke Israel sebagai balasan serangan udara penjajah zionis tersebut pada Selasa petang semalam waktu tempatan.

Dalam serangan balasannya, Al-Qassam mensasarkan beberapa titik di Tel Aviv, Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion, bandar-bandar Israel lain, dan kawasan penempatan Yahudi.

Akibat serangan roket tersebut, sejumlah media Palestin menyebutkan bahawa pihaknya mendengar bunyi letupan kuat di sejumlah titik di Tel Aviv, selain siren amaran yang berulang-ulang berbunyi di daerah Israel bernama Kryat Maleakhi, Beer Tufea, Lakhis, dan Ashkelon.

Al-Qassam menyatakan bahawa serangan roket tersebut adalah balasan dari serangan udara unilateral Israel yang berupaya menggagalkan rundingan gencatan senjata yang digagas Mesir. Tiga warga Gaza dilaporkan syahid dan 40 orang lain mengalami luka-luka akibat serangan Israel kembali ke wilayah Palestin berpenduduk dua juta jiwa lebih tersebut. (IH/islammemo / rem / dakwatuna)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails