Tuesday, August 19, 2014

Israel Cipta Senjata Baru Hapuskan Terowong..


Tank Israel yang menyerang Gaza.  Tank Israel yang menyerang Gaza. (REUTERS/Baz Ratner ) 

TENTERA Israel kini tengah bersiap membuat senjata baru untuk menghadapi kumpulan militan Hamas yang akan kembali membina terowong agar dapat menyeberang ke negara zionis itu. Harian Sunday Times edisi Minggu, 17 Ogos 2014 menyiarkan senjata itu diberi nama "Iron Spade". 

Senjata ini akan dibangunkan oleh syarikat teknologi ketenteraan terbesar Israel, Elbit Systems. Mereka juga akan melibatkan syarikat Rafael, yang sebelumnya berjaya membuat senjata pemintas roket, Iron Dome 

Seorang pegawai dari Kementerian Pertahanan Israel yang dikutip harian Yediot Aharonot, menyebut sistem perlindungan ini akan ditempatkan di dua pendekatan berbeza. Pertama, sensor dan pemancar akan digunakan untuk memantau adanya aktiviti penggalian terowong dan rongga bawah tanah. 

Setelah dipastikan terdapat terowong, maka sebuah robot generasi baru akan secara automatik terus menghancurnya. Di kawasan yang sensitif, sebuah penghalang fizikal akan dimasukkan di kedalaman lebih dari 30 ribu meter.  

Projek baru ini diramalkan memakan kos bernilai 43 juta pound. Dengan adanya sistem pertahanan ini, diharapkan dapat melindungi kawasan sepanjang di sepanjang Jalur GazaNamun, walau Israel siap mengembangkan teknologi baru, bukan bermakna perlawanan terowong dari Hamas akan lenyap begitu saja.

Menurut bekas Komander Pasukan Israel, Atai Shelach, menghancurkan terowong yang dibuat Hamas tidak semudah yang dibayangkan.  

"Ini merupakan sebuah permasalahan strategik dan ancaman global. Bukan sebuah kerja mudah jika sudah ada terowong, samada di bahagian utara dan di Syria," papar Shelach.  

Sementara itu, pasukan delegasi Israel dan Palestin kembali mula untuk berunding pada hari ini. Mereka berkomunikasi secara tidak langsung untuk membicarakan kesinambungan gencatan senjata lima hari. Hamas berkata, cadangan Mesir yang kini ditawarkan tidak boleh diterima langsung dan boleh mengancam untuk membuka peperangan baru

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jangan ingat Nabi Musa AS yang dikejar Fir'aun itu saja yang susah, bahkan Fir'aun yang mengejarnya lebih susah lagi sehingga ditenggelamkan di Laut Merah. 

Bantulah perjuangan rakyat Palestin, dengan apa cara sekalipun. Allah Akbar! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails