Monday, August 18, 2014

Antara 2 Jalan, Khalid Perlu Mengambil Jalan Terhormat.



Semua isyarat kini menunjukkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang sokongan untuk terus mentadbir Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider. Semua isyarat kini menunjukkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang sokongan untuk terus mentadbir Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider. 
 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Khalid perlu mengambil jalan terhormat. Saran  The Malaysian Insider mengenai isu MB Selangor kini.
 
Tan Sri Abdul Khalid telah membatalkan pertemuan dengan penjawat awam di Shah Alam pagi ini, urusan wajib beliau sejak menjadi menteri besar Selangor pada 2008. Dengan alasan munasabah juga, beliau hilang sokongan PAS untuk terus kekal memerintah. PAS kini bersama PKR dan DAP menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu.

Khalid mengetahui hilang sokongan tersebut dan semalam berkata akan mengadap Tuanku Sultan Selangor untuk memutuskan nasibnya. Masalahnya, Sultan Selangor hanya kembali daripada bercuti minggu depan.
 
Demikian komen The Malaysian Insider lagi.  
 
"Tetapi mengapa tunggu Sultan untuk tentukan masa depannya? Kenapa berselindung di sebalik protokol istana?
"Apabila pemimpin hilang sokongan majoriti seperti jelas berlaku ke atas Khalid dalam tempoh beberapa minggu ini, langkah terhormat adalah dengan meletak jawatan dan memberikan seseorang yang memiliki kepercayaan mengambil alih.
"Malah, Khalid juga sudah memecat empat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) DAP dan PKR daripada pentadbirannya hanya kerana tidak mendapat sokongan mereka. Beliau perlu mengambil keputusan sama ke atas exco PAS.
"Ini akan menyebabkan beliau hilang minimum empat exco untuk memerintah negeri terkaya dalam negara tersebut. Sokongan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) saja tidak memadai."  Komen The Malaysian Insider, antara portal yang terkenal di Malaysia seterusnya.

Munurut komen itu lagi, semua isyarat sekarang menunjukkan Khalid sudah hilang kedudukannya. Beliau perlu letak jawatan. Beliau hanya perlu memberitahu Sultan dan tidak menanti untuk mengadap. Mengapa Selangor perlu ditadbir seminggu atau lebih oleh seorang menteri besar yang tidak mempunyai sokongan? Adakah penjawat awam perlu menuruti arahannya kerana beliau masih mentadbir sehinggalah Sultan melepaskannya? Khalid boleh mengambil tindakan sewajarnya selepas terseret dalam kemelut dengan Pakatan Rakyat. Bukan saja boleh, tetapi wajib.
 
The Malaysian Insider menyarankan, "Beliau boleh hantar surat peletakan jawatannya dan mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku menteri besar sehingga Sultan memutuskan untuk menerima atau tidak pencalonan Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid. Atau Sultan boleh membubarkan dewan atas nasihat Khalid. 
 
Ertinya, yang mana satu pun boleh, Khalid perlu mengambil jalan terhormat dengan meletak jawatan terlebih dulu. Tidak perlu tunggu Sultan untuk membuat keputusan tersebut.  (IH)
 
Sila lihat..   
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

1 comment:

Anonymous said...

Minta maaf bro! Ikut undang2 Tubuh, DYMM perlu diberi pilihan dulu untuk bubarkan DUN atau tidak, jika tidak barulah TSKI dikehendaki meletakkan jawatannya. Tuanku titah dah tunggu hingga dia balik pada 27 Ogos. TSKI kenalah tunggu dulu. Yang lain tunggulah juga. Bukan begitu? Sementara tu duduk diam2 dan jangan meroyan. Jika Pakatan ada majoriti, tunggulah sessi DUN bulan November untuk undi tidak percaya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails