Tuesday, December 04, 2012

UMNO Palestin Jemput Najib Lawat Palestin.


Mahmoud Abbas jemput Najib lawat Palestin
PUTRAJAYA - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (Gambar) menjemput Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Palestin bagi mengukuhkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin di antara kedua-dua buah negara.

Pada majlis memperingati Hari Perpaduan Antarabangsa Rakyat Palestin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini, Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah menyampaikan jemputan itu bagi pihak Abbas.

"Tuan Perdana Menteri (Najib), benarkan saya secara terbuka menyampaikan jemputan Presiden kami, Mahmoud Abbas untuk anda melawat Palestin pada bila-bila masa yang anda suka, bagi mengeratkan lagi hubungan kukuh yang sedia terjalin yang telah membawa rakyat Palestin dan Malaysia seluruhnya ke arah keamanan dan kebebasan," katanya.

Najib turut hadir pada majlis makan tengah hari sempena sambutan hari perpaduan antarabangsa itu yang juga disertai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush. Abdullah kemudian menyampaikan ucapan penghargaan rakyat Palestin terhadap sokongan yang ditunjukkan oleh Malaysia.

"Hari Perpaduan ini telah terbukti menandakan kebangkitan terhadap ketidakadilan yang dilakukan ke atas rakyat Palestin. Undi yang dibuat Khamis lepas di Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu mengenai status rakyat Palestin menjadi bukti terhadap kesedaran dunia.

"Untuk itu, peluang diambil bagi kami menyuarakan terima kasih, penghargaan dan bersyukur terhadap semua individu, kumpulan dan kerajaan-kerajaan yang menyokong kami.

"Kami akan terus berjuang tanpa berlengah. Kami perlu mempertahankan bumi kami, rakyat dan bandar suci Baitulmuqadis. Kami mengharapkan sokongan daripada seluruh rakyat dan kerajaan di dunia," katanya.

Dalam pada itu, Anifah berkata, Malaysia telah terus berdiri teguh dan sejajar dalam menyokong perjuangan Palestin dan tercapainya penyelesaian komprehensif terhadap konflik berdasarkan Peta Jalanan Kuartet dan usul Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya Israel dan Palestin hidup bersama sebelah-menyebelah dalam aman dan selamat.

Beliau berkata Peringatan Hari Perpaduan Antarabangsa bersama Rakyat Palestin tahun ini lebih bermakna kerana Perhimpunan Agung PBB telah meluluskan draf resolusi pada 29 November dalam usaha Palestin menjadi sebuah negara bukan anggota bertaraf pemerhati di Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Malaysia dan 137 buah negara lain menyokong penuh usaha Palestin itu. Kami mengucapkan tahniah kepada pucuk pimpinan Palestin dan rakyatnya di atas pencapaian mercu tanda ini.
"Namun begitu, kita tahu bahawa laluan di masa akan datang masih lagi penuh cabaran tetapi memberi jaminan bahawa Malaysia di bawah kepimpinan Najib akan terus memain peranan dalam mencari penyelesaian secara aman, adil dan berkekalan terhadap soal Palestin," katanya. - Bernama

Komen Webog Ibnu Hasyim:  Begitulah.. UMNO Palestin menjemput UMNO Malaysia (Najib) melawat Palestin. Padan sangatlah. Eloklah bawa Rosmah sama, semoga timbul keinsafan menyedari keperluan sesama Muslim se dunia!

2 comments:

tungkaran hati said...

PAS Palestin tak ada ke?

Anonymous said...

ada..tapi ramai yg mati kena bom, tembak sama zionis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails