Tuesday, December 04, 2012

RM207B: Harapan Mangsa Jika Pakatan Menang


 
Gambar: Rombongan Nizar bertemu dengan Pak Hashim di kediamannya di Changkat Jering baru-baru ini

TAIPING: Selepas menunggu sekian lama, buruh paksa pembinaan landasan keretapi maut kini menggantungkan harapan mereka untuk mendapat bayaran itu jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum nanti.

Sehubungan itu juga, mereka berterima kasih kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di atas inisiatif beliau menubuhkan Sekretariat Jejak bagi menuntut wang pampasan yang dinafikan kerajaan. Namun Mohamad Nizar ketika ditemui tidak dapat memberikan sebarang jaminan kerana beliau sendiri tidak tahu dimanakah wang itu berada kini.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno pula sehingga kini senyap seribu bahasa walaupun ia sudah dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh Mohamad Nizar.
 

Terkejut

Salah seorang dari mereka yang masih hidup, Hashim Yaakub, 122, berkata, beliau terkejut dengan maklumat bahawa kerajaan Jepun telah membayar pampasan kepada kerajaan Malaysia sebanyak RM207 bilion sejak lama dahulu, sedangkan beliau tidak mendapat apa-apa.

Perasaan itu dizahirkan beliau ketika menerima kunjungan Mohamad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang di kediamannya di Changkat Jering di sini baru-baru ini.

Beliau yang masih kuat ingatannya menceritakan, beliau menjadi buruh paksa zaman Jepun itu ketika beliau baru berusia 26 tahun. Menurut Pak Hashim, beliau menjadi buruh paksa selama tiga tahun lapan bulan dan hanya menerima gaji sebanyak 3 bath duit Siam.

Ekoran kehilangannya dan tidak dapat dikesan pada waktu itu, ahli keluarganya telah membuat kenduri tahlil kepada Pak Hashim. Sebaik selesai perang dunia kedua, Pak Hashim bagaimanapun selamat pulang ke kampung halamannya bertemu keluarga, dan kepulangannya disambut dengan kenduri kesyukuran.

Justeru, dengan perkembangan terbaru ini beliau meletakkan harapan tinggi kepada Pakatan Rakyat agar membela nasib mereka yang telah dinafikan hak mendapat pampasan tersebut oleh kerajaan Barisan Nasional. Mohamad Nizar dalam pada itu berjanji akan membangkitkan isu tersebut dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang akan bersidang 17 Disember ini.

Malah kata Adun Pasir Panjang itu, satu sidang media bersama bekas buruh dan waris mereka akan diadakan dalam masa terdekat. Isu landasan maut ini sebelum ini didedahkan Mohamad Nizar Nizar yang mempersoal ke mana perginya wang pampasan berjumlah RM207 billion yang telah dibayar oleh kerajaan Jepun itu.

Nizar berkata seramai 72,000 penduduk Tanah Melayu pada ketika itu dikerah menjadi buruh paksa membina landasan itu dan hanya 30,000 orang daripada mereka yang kembali ke Malaysia sementara selebihnya gagal dikesan. Sekembalinya mereka ke tanah air, satu pertubuhan dibentuk yang digelar Persatuan Kebajikan Bekas Dan Waris Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Ke Burma Tahun 1942-1946.

Mengikut pecahan, jumlah 30,000 buruh ini mellibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain. Nizar berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan. Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal. (Hrkh)

2 comments:

Anonymous said...

Janji boleh ... percaya jangan .... hutang UNISEL yg tak seberapa pun tak leh nak jelaskan ...

Anonymous said...

Sedih Melihat Nasib Agama Islam, Masa Depan Orang-Orang Malayu dan Cucu Cicit Kita Dan Negara Kita Yang Kita Cintai Ini BINASA.

Apa yang saya nampak kita orang-orang Melayu akan membinasakan diri kita sendiri, agama Islam dan masa depan cucu cicit keterunan kita.

PUNCANYA ADALAH PERPECAHAN DIKALANGAN ORANG-ORANG MELAYU ISLAM ITU SENDIRI.

Kita perlu kaji sejarah negara jiran di selatan Semenanjung Malaysia. Asalnya Pulau itu milik Melayu. Melayu yang memerintahnya. Bila berlaku perpecahan dikalangan orang-orang Melayu di situ Bangsa Asing dapat menguasai negara tersebut. ORANG MELAYU DI NEGARA ITU HIDUP MEREMPAT DI NEGARA YANG PADA ASALNYA ADALAH MILIK MEREKA.

DIANTARA KESAN BURUKNYA ADALAH:

1) Tak mungkin orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri di negara tersebut.
2) Tiada juruterbang/pilot Melayu bagi pesawat pejuang tenteranya.
3) Azan tak bolek kuat dan speaker mesti menghala kedalam masjid
4) Saluran TV kegemaran orang Melayu tidak dibenarkan mengucap “Assalammualaikum” semasa memulakan apa jua rancangan
5) Dalam tentera kalau orang Melayu dapat jadi Sarjan sudah kira bernasib baik
6) Bila menghantar alatan-alatan tentera - tentera daripada Orang Melayu tunggu di gate sahaja dan tidak dibenarkan masuk kedalam pengkalan.
7) Penduduk-penduduk Melayu dipecah-pecahkan supaya tidak kuat.
8) Bangsa yang sama dengan pemerintah dibiarkan/digalakkan untuk menjadi rakyat negara tersebut. Ini terus menenggelamkan majoriti Melayu disana.

Apa yang menyebabkan berlaku keadaan tersebut ialah PERPECAHAN DIKALANGAN ORANG-ORANG MELAYU.

MAHUKAH KITA KEADAAN TERSEBUT BERLAKU DI NEGARA KITA???

Sebenarnya penindasan dan tekanan terhadap Orang-Orang Melayu secara halus telah pun mula berlaku di salah sebuah negeri di Negara kita ini. Negeri tersebut diperintah oleh Kembar Siam negara selatan.

JANGAN BIARKAN KEADAAN TERSEBUT BERLAKU DI NEGARA KITA INI!!!

Kehancuran Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara ini boleh dielakkan!!! Bagaimana?




ORANG MELAYU MESTILAH BERSATU

Jangan kira Parti – PAS, UMNO atau PKR. KITA BERSATU ATAS DASAR KITA ORANG ISLAM DAN ORANG MELAYU.

Bila bersatu kita tidak perlu “MEMINTA SEDEKAH UNDI UNTUK MEMERINTAH NEGARA KITA INI”

Hukum apa pun boleh kita laksanakan – UNDANG-UNDANG ISLAM, HUDUD dan sebagainya boleh kita laksanakan sebab KITA BERSATU DAN KITA MAJORITI.

Sekarang ni baik parti apa pun PAS, UMNO, PKR tak mungkin dapat melaksanakan Undang-Undang Islam OLEH KERANA KITA BERPECAH. Ini memang di sukai oleh bangsa asing. JANGAN KITA MELUTUT KEPADA MEREKA.

Ingat perintah Allah dan Rasullullah saw. Kita ORANG ISLAM mestilah bersatu barulah kita kuat.

SAYA CABAR PEMIMPIN PAS, UMNO DAN MELAYU DALAM PKR SUPAYA SELAMATKAN ISLAM, ORANG MELAYU DAN KETURUNAN KITA.

KETEPIKAN KEPENTINGAN DIRI SENDIRI DAN BERJUANGLAH UNTUK ISLAM, BANGSA MELAYU/KETURUNAN KITA DAN NEGARA KITA.

“BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH”

Ingat “Mereka Berpecah” Untuk Menguatkan Kedudukan Mereka.

Jangan Perpecahan Kita Mengjahanamkan Agama Islam, Bangsa Melayu Dan Negara KITA.

Saudara Ikhlas Memperjuangkan Islam, Bangsa Melayu Dan Negara Melayu ini ??? Tolong Sebarkan Nota Ini.

Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails