Wednesday, November 23, 2011

Akta Larang Himpunan, Bukan Himpunan Aman -Hanifa Maidin


KL 22Nov 11: Lajnah Undang-Undang Guaman dan PAS Pusat memandang serius tindakan Kerajaan Barisan Nasional membentangkan rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menggantikan Akta Polis 1967.

AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkata, setelah meneliti beberapa peruntukkan di dalam rang undang-undang tersebut, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami ia adalah akta yang bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini.

Menurutnya, menamakan rang undang-undang itu dengan Akta Perhimpunan Aman dalam keadaan akta tersebut hakikatnya melarang sama sekali sebarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan Kerajaan BN Umno dan Datuk Seri Najib ke atas rakyat.

Ujarnya, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkan perhimpunan aman.

Beliau berkata, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat ‘draconian dan zalim, akta yang ingin digubal itu beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin diganti.

Katanya, hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu.

“Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ianya tidak akan dimuktamadkan sebagai akta.

“Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi ‘perang’ ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada,” tegasnya.

Pada masa ini, beliau berpendapat rang undang-undang itu adalah secara jelas unconstitutional kerana ianya bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had tersebut tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman.

Tambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu.

“Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak Kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram,” ujarnya.

Katanya, amat malang Peguam Negara dan Kerajaan Umno BN tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif di dalam rekodnya yang sedia buruk dalam isu pencerobohan hak asasi khususnya dalam isu perhimpunan aman.

Baginya, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk Kerajaan BN dan Peguam Negara.

“Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal Kerajaan Umno BN insya Allah,” ujarnya. ()H/hrkh)
Lihat sebelum itu..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

2 comments:

Anonymous said...

Parti Anjing Suruhan (PAS) sudah menyalak, terbantu segala perancangan nak buat perhimpunan haram dan liar serta rusuhan tahap gila babi mereka semua. Akta yang menggantikan ISA perlu lebih ketat dalam menjaga keamanan negara, kalau nak berhimpun macam orang gila melalak di jalanan hingga menyusahkan orang, jadah apanya itu, lagi satu, tahanan tanpa bicara adalah patut dilaksanakan kerana sekiranya kerajaan mempunyai data-data kelakuan dan pergerakan seseorang atau sesuatu kumpulan yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas, tetapi masih belum punya bukti kukuh, patut benar ditahan tanpa bicara untuk elakkan sebarang kegiatan merosakkan negara oleh orang atau kumpulan ini.


PAS akan menyalak ke sana ke mari, itu sajalah kerja mereka, PAS dari membangun bersama Islam, sekarang merobohkan surau dan madrasa untuk bangunkan tempat parkir kereta dan shopping complex, dasar anjing suruhan DAP, mana peduli kebenaran, tok guru ada tiket ke 'syurga', blah lah, dasar penipu.

Anonymous said...

Begitulah contoh salakan anjing askar baru upahan Najib..

wow. wow wooow. Kesian nak gonggong tulang. Kenapa marah sangat? Dah tahu blog pembangkang, lu masuk buatpe?

Itu tanda lu anjing upahan. Dah le cakap takde poin. Takde bukti. Takde modal. Lu cuma anjing kurap hina, pecacai.

Kalau nak curah perasaan, masukle blog pro-UMNO. Kenape blog ni? Kerana harap tuang upah tulang busuk tu..

ha ha ha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails