Thursday, February 17, 2011

Saya Simpati Beliau, Kata Nik Aziz Kpd Dr M



KL , 17 Feb 11: “Cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah SWT,” Kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat hidayah Allah SWT.

“Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Utusan pada hari ini,” tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman Twitter.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahathir berkata, tujuan hidup Mursyidul Am PAS itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

‘‘Orang Umno beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli Umno dan ahli PAS juga adalah orang Islam,’’ ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk ‘Jawapan Kepada Nik Aziz’ di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

Lihat sebelum ini..

3 comments:

Anonymous said...

hebat siyasah TGNA

Anonymous said...

Nik Aziz patut sedar dia yang sepatutnya sedar diri, nak tuduh Tun Dr. Mahathir dengan tuduhan yang bukan-bukan sedangkan lihat kehidupan Tun Dr. Mahathir dengan kehidupan Nik Aziz, jauh bezanya. Tun Dr. Mahathir hidup aman damai dan kesihatan yang baik anugerah Allah Taala. Tapi lihat Nik Aziz hidup dalam keadaan tertekan, risau dan gelabah melihat PAS makin merudum dan mungkin menuju kehancuran, malahan Nik Aziz yang lebih muda dari Tun Dr. Mahathir pun sering sakit-sakit dan dirawat di hospital selalu, patutnya Nik Aziz perlu insaf, agama patutnya digunakan untuk kebaikan, bukannya mempolitikkan agama untuk kepentingan politik. Tapi kerana asobiyah punya pasal, tak kisahlah apa, janji dapat populariti politik, guna agama untuk jadi alat politik pun puak PAS ini sanggup, teruk benar ulamak dan tok guru politik PAS kini.

Anonymous said...

Satu analisis daripada penulis berotak bangang! Setahu aku, "MAHARAJA" FIRAUN tak pernah sakit & demam pun, tetapi Nabi Muhammad SAW wafat kerana demam. Nabi pun sakit. Hebat si MahaShit ini tak pernah sakit pun!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails