Wednesday, February 16, 2011

Bertemu Abdullah CD Usaha Korek Sejarah, Tahniah!


Dari kanan Cikgu Ishak Surin, Abdullah CD & Tarmizi Mohd Jam

KL 16 Feb 11
: Pertemuan Bekas Pengerusi Partai Komunis Malaya (PKM) Hj Abdullah CD atau Cik Dat Anjang Abdullah dengan barisan pimpinan PAS kawasan Batu merupakan suatu usaha penting ke arah mengorek kembali sejarah perjuangan kemerdekaaan tanah air Malaysia.

Sepatutnya ada badan-badan politik atau NGO yang mengorek kembali sejarah Malaysia dan melihat dari persepsi sebenar. PAS sendiri dirasakan lebih layak mengetuai usaha tersebut, supaya sejarah Malaysia dapat dilihat dari sudut Islam.

Demikian dinyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim atau Ibnu Hasyim penulis buku sejarah '1950-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depan PAS KUASAI MALAYSIA?' Buku sejarah PAS setebal 670 mukasurat julung-julung kali diterbitkan. Penerbitnya ialah syarikat GG Edar milik beliau sendiri yang menerbitnya pada tahun 1993.

Menurut Tarmizi Mohd Jam, Naib Ketua PAS Kawasan Batu, juga pengarang Harakah yang ikut serta rombongan ke rumah Haji Abdullah CD,

"Ketika saya mengunjungi beliau 12 dan 13 Februari 2011 yang lalu di kediamannya di Banchulabhorn Patana 12, Syakirin, Narathiwat, Thailand, Cik Dat yang sedikit uzur, sedang tekun membaca lidah rasmi PAS yang terkini, Bil 1612 bertajuk "Turun Mubarak".

"Di sudut sebelah kiri pintu masuk ke rumahnya, ada banyak Harakah terdahulu yang disusun. Katanya, Harakah dibeli dari seorang agen akhbar di Pekan Golok, setelah ianya dikumpulkan dua keluaran untuk satu minggu. Kemudian baru diambil. Anak menantunya yang mendapatkannya di Pekan Golok.

"Beliau begitu gembira menyambut kedatangan saya ke rumahnya. Sebabnya dia tahu, saya datang dari Lambor, Parit Perak iaitu kampung halamannya. Cik Dat asal daripada Kampung Lambor Kiri dan saya daripada Kampung Lambor Kanan. Hanya Sungai Perak yang memisahkannya. Namun, jika disusur salasilahnya, Cik Dat dan saya ada tali "kekeluargaan". Sama-sama berasal dari Maharaja Lambor atau Tok Lambor dan daripada darah Tok Sagor yang keras menentang penjajahan Bristish." Kata Tarmizi yang juga editor Weblog Sanggah Tok Sagor, beliau pilih nama Weblog itu kerana mengenangkan sejarah perjuangan Tok Sagor.

Kata Tarmizi lagi, "Maharaja Lambor berhijrah dari Sumetera berupa seorang pahlawan gagah berani. Begitu juga Tok Sagor yang menjadi anak Lambor. Banyak kisah menarik tentang Cik Dat yang berasal dari Lambor ini. Nanti diceritakan dari masa ke semasa." Untuk melihat pembongkaran sejarah tersebut sila lihat SANGGAHTOKSAGO.COM
'Abdullah CD suka Harakah: Ziarah pejuang kemerdekaan bekas Pengerusi Partai Komunis Malaya (PKM) di Banchulabhorn,' tulisan bersirinya.

Tarmizi berkunjung ke Kampung Perdamainan itu bersama YDP PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin, bekas seorang pejuang kemerdekaan 'berhaluan kiri' yang gigih, bekas YDP PAS Tampin, dan YDP PAS Bukit Bintang, Radhi Hashim. Cikgu Ishak menyampaikan sedikit sumbangan duit untuk pembangunan Masjid Darul Aman. (IH)

Lihat juga usaha mengorek sejarah...
Lihat ini..
E-Buku IH-31: Minda Baru PAS?
E-Buku IH-31: Minda Baru PAS?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails