Wednesday, February 16, 2011

Alhamdulillah, Kerajaan BN Pun Tangani Maksiat?

MALU...pelacur yang ditahan dalam operasi, kelmarin.
MALU...pelacur yang ditahan dalam operasi, kelmarin.

KL 16 Feb 11: Seorang wanita tempatan berusia 30 tahun masih melacur walaupun sudah lima bulan mengandung anak sulungnya. Beliau antara 16 wanita yang dicekup ketika serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur di Jalan Thambipillay, Brickfields, di sini, malam kelmarin.

Wanita terbabit yang tinggal di Kepong mendakwa datang ke kawasan itu pada jam 7 malam untuk melayan nafsu lelaki hidung belang. Pegawai Turus D7 IKPKKL, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata ketika ditahan wanita terbabit melayan pelanggannya, namun tidak mampu melarikan diri kerana mengandung.

Katanya, dalam operasi yang bermula pada jam 11 malam itu, polis menyerbu lima premis di sepanjang jalan berkenaan yang menawarkan khidmat seks. “Semua premis terbabit dihuni wanita tempatan dan warga asing yang mengenakan bayaran RM30 sehingga RM40 sekali perkhidmatan bergantung kepada usia mereka.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Alhamdulillah. Kerajaan BN pun tangani pusat maksiat? UMNO memerintah sejak merdeka, maksiat dibajai, mana boleh habis! Pura-pura tangani, satu antara seribu, takkan boleh selesai masalah. UMNO itu sendiri parti galakkan maksiat. Parti maksiat, kerana menolak undang-undang Islam.

Lihat Kelantan pimpinan PAS, tinggal satu lagi pusat maksiat warisan pimpinan UMNO yang tersembunyi, semalam dibongkar habis, walaupun yang turut selongkar membongkar termasuk menteri UMNO. Mungkin kerana UMNO banyak tahu lobang-lobang maksiat ini.

Tunggu, negeri-negeri perintah PAKATAN sedang mengikut jejak itu. Apa lagi kalau PAKATAN dah perintah Malaysia. Yang perintah seluruh Malaysia setengan abad pun tak mampu, apalagi yang baru beberapa hari dan baru cuma memerintah beberapa negeri?

Kalau nak cepat bersih pusat maksiat, terbalikkan segera kerajaan BN dalam PRU 13 ini.. Jom!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails