Friday, February 18, 2011

Mahathir Tak Tahu Islam -K/Dew Ulama PAS


KL 18 Feb 11: Bukan Nik Aziz yang salah tafsir Islam tapi Dr Mahathir sendiri yang tidak tahu Islam. Kata Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib ketika mengulas entri terbaru Dr Mahatihir di blognya kelmarin.

Bekas perdana menteri memulis menggesa Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

“Saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

“Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.,” kata bekas perdana menteri ini dalam jawapan panjang lebar menjawab tulisan Nik Aziz awal bulan ini.

Justeru, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno memberitahu Nik Aziz, “bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya.”

Kata Ketua Dean Ulama itu, “Bukan Nik Aziz tapi Dr Mahathir sendiri yang tak faham Islam atau beliau sendiri memang tak faham apa itu Islam.

“Dr Mahathir tak faham Islam ... beliau memang tak faham sungguh, beliau tak belajar Islam sebab kalau faham Islam, mesti beliau tahu Islam mengamalkan politik, ekonomi, pendidikan dan banyak lagi.

“Tapi apa yang keluar dari mulut beliau ini seolah-olah menunjukkan beliau tidak tahu Islam, bagi saya beliau cakap atas dasar yang beliau sendiri tak faham,” katanya.

Awal bulan ini, Nik Aziz menjawab tuduhan Dr Mahathir ke atasnya dengan menegaskan, Umno yang selama ini “menzalimi orang-orang Melayu” dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini. Sehubungan itu Nik Aziz berkata, Dr Mahathir sudah mula dijangkiti penyakit “Melayu Mudah Lupa” yang pernah disebutnya satu ketika dahulu, ketika menjadi perdana menteri dan presiden Umno.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad pula berkata,

“Saya cabar beliau (Dr Mahathir) untuk kemukakan bukti yang mana kenyataan Nik Aziz selama ini bertentangan dengan ajaran Islam dan merugikan orang Islam.
“Tolong kemukakan bukti yang mana satu, kalau ada bukti baru boleh cakap,”

“Kita ada banyak bukti, selama ini Dr Mahathir dan Umno ada kuasa tapi tidak melaksanakan tanggungjawab untuk mengangkat martabat rakyat dan Islam.
“Selama 53 tahun Umno memerintah tapi mereka gagal, jadi saya minta supaya Dr Mahathir kemukakan bukti dulu sebelum nak keluarkan apa-apa kenyataan,” katanya. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails