Friday, February 18, 2011

PRK Kerdau-Merlimau Serentak 6 Mac, P/Calon 26 Feb


Gambar: ADUN, Badrul Hisham Abdullah ketika keluar dari mahkamah selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, Jumaat memutuskan Badrul Hisham kekal sebagai ADUN Pelabuhan Klang kerana kerusi itu tidak kosong. Dikatakan hal ini juga ada kaitan PRK (Pilihan Raya kecil) Kerdau & Merlimau - Foto BERNAMA

KUCHING, 18 Feb 11: Pilihan raya kecil kerusi DUN Kerdau, Pahang akan diadakan serentak dengan Merlimau bulan depan. Penamaan calon akan diadakan 26 Februari ini manakala hari pengundian pula pada 6 Mac.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya membincangkan perkara tersebut Ahad ini mengadakan mesyuarat khas lewat petang ini untuk memutuskan bahawa pilihan raya kecil Kerdau akan diadakan serentak dengan kerusi DUN Merlimau.

Tarikh pilihan raya kecil Merlimau diputuskan bulan lalu. Difahamkan keputusan mempercepatkan mesyuarat khas diambil ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi yang mencapai keputusan mengenai kes kerusi DUN Pelabuhan Klang petang tadi. Mahkamah memutuskan kerusi DUN Pelabuhan Klang tidak kosong.

SPR mengadakan mesyuarat khas susulan mesyuarat bulannya di sini petang ini. Kerusi Kerdau kosong selepas penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, daripada BN, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya pada 12 Februari lepas. Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin mendapat 2,520 undi. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails