Monday, February 14, 2011

Mustapa Mohamed Perlekeh Polis K'tan? -Idris Ahmad


pas muktamar 130610 idris ahmad

KL 14 Feb 11: Jika benar dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar bawah), mengenai berleluasanya perjudian dan pelacuran di sebuah kampung di Kota Bharu, maka secara tidak langsung beliau telah memperlekehkan kewibawaan polis yang berkhidmat di Kelantan "kerana tidak bertindak".

"Mustahil polis Malaysia yang cekap tidak dapat menghidu kegiatan yang tidak bermoral dan menyalahi sisi undang-undang. Datuk Mustafa mungkin lupa bahawa polis di bawah dagu kerajaan pusat.

"Bertindaklah segera jangan berkompromi kerana perkara jahat tidak perlu hendak dipolitikkan," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad (gambar kiri). Idris juga meyindir Mustapa dengan mengucapkan "tahniah" kerana "baru sedar loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama.

Mustapa semalam dilaporkan menyifatkan kerajaan PAS Kelantan tidak bersih ekoran pendedahan sebuah blog terkenal - Kickdefella - bahawa berlakunya aktiviti loteri big sweep dan pelacuran di Kampung Limau Manis - kira-kira 500 meter dari kompleks pentadbiran kerajaan negeri.

mustapa mohamedMustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri juga dilaporkan berkata cakap-cakap mengenai kedua-dua aktiviti maksiat itu di bandar ini lama wujud dan kini ia telah disahkan dengan laporan surat khabar dan media online.

Dalam kenyataannya hari ini ini, Idris juga menegaskan bahawa kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak pernah berkompromi dalam soal itu dan bersedia bertindak tegas sekiranya terbukti terdapat anggota parti Islam itu bersekongkol dalam kegiatan itu. (IH)

1 comment:

IRWAN said...

MASALAH POLIS YG TERBESAR DAN PALING JELAS SKRG NI IALAH KURANG KAKITANGAN. KALAU MASALAH ASAS NI TAK DISELESAIKAN OLEH KERAJAAN PUSAT, SELAGI TU JENAYAH AKAN BERTAMBAH SBB RAKYAT MAKIN RAMAI.
TAPI CARA PALING BERKESAN UTK KURANGKAN JENAYAH ADALAH LAKSANAKAN HUKUM HUDUD UTK ORG ISLAM. JADI, KERAJAAN TAK PERLU BUDGET UTK BYR GAJI POLIS, KES PUN KURANG, HARTA DAN NYAWA RAKYAT PUN LEBIH SELAMAT.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails