Saturday, February 19, 2011

Demontrasi Bantah Filem Arwah Goyang Karawang..

HALAMAN HIBURAN

Arwah Goyang Karawang

JAKARTA 19 Feb 11: Berpuluh-puluh wanita daripada Gabungan Organisasi Wanita Karawang (GOW) berkumpul demontrasi di depan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Senayan, Jakarta, semalam bagi membantah penayangan filem ‘Arwah Goyang Karawang’.

Menurut mereka, filem yang dibintangi Julia Perez dan Dewi Persik itu tidak mempunyai nilai kesenian. Mereka juga mendakwa filem itu menonjolkan unsur pornografi.

“Filem itu mencemarkan imej Karawang yang dikenali dalam sejarah sebagai kota perjuangan. Ia memberikan tanggapan negatif terhadap budaya daerah Karawang, merendah-rendahkan maruah wanitanya dan menyalah tafsir maksud seni goyang Karawang,” ujar penyelaras GOW, Nuraeni Yusuf Asikin.

Sementara itu, seniman Karawang yang juga pencipta tarian Jaipong, H Suwanda juga tidak bersetuju dengan cara goyangan Jupe dan Depe dalam filem itu. Tarian Jaipong adalah tarian yang menggambarkan budaya pertanian masyarakat Karawang.

“Apa yang dipaparkan dalam filem itu bukan seni tarian Jaipong kerana ia sangat berbeza daripada nilai budaya masyarakat Karawang,” katanya yang turut menyertai bantahan itu.

Kontroversi filem ini menyebabkan Gubernur Jawa Barat Ahmad Heryawan mengadakan pertemuan dengan akademisi dan pegiat seni bagi membahas kontroversi itu di Gedung Sate. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails