Saturday, February 19, 2011

Dari Sudut Ini, Dr Asri Sokong Datuk Seri Najib....



KL 19 Feb 11: Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa umat Islam tidak boleh menyamakan antara Islam dengan agama lain di sudut akidahnya adalah sesuatu yang benar. Sesiapa yang menyanggahi kenyataan itu merosakkan imannya. Kata bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin seperti dilaporkan Malaysuakini sebentar tadi.

Semua pihak tidak kira fahaman politik harus mengambil tindakan itu kerana "soal persamaan nilai adalah soal akidah"
Katanya. "Kenyataan PM bahawa umat Islam tidak boleh menyamakan antara Islam dengan agama lain di sudut akidahnya adalah sesuatu yg benar. Sesiapa yang menyanggahi kenyataan itu merosakkan imannya."

Dalam kenyataannya semalam, Dr Asri berkata, memang benar Islam menghormati agama lain, tetapi tidak mengiktiraf persamaan dengannya di sudut kewahyuan dan kedudukannya di sisi Allah.

Najib semalam dilaporkan berkata beliau menghormati agama lain yang diamalkan di negara kerana ia mempunyai hak di segi undang-undang dan Perlembagaan Negara tetapi tidak boleh disamakan dari segi akidahnya. Meminta supaya tiada salah faham, Najib berkata beliau tidak bermaksud menidakkan atau merendahkan agama lain, cuma membezakannya daripada segi akidah bahawa "kefahaman mengenai pluralisme ini salah dari segi agama Islam".

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Elok juga 'kefahaman mengenai pluralisme ini salah dari segi agama Islam' ini diperjelaskan lagi, apalagi oleh Malaysiakini yang dianggap 'tapak subur' bagi faham pluralisme itu berkembag.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails