Monday, February 14, 2011

Bubar Parlimen, Gantung Perlembagaan -Tentera Mesir

SEJUMLAH penunjuk perasaan membawa bendera Mesir di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.

KAHERAH, 14 Feb 11:
Pemerintah Tentera Mesir telah membubarkan parlimen dan menggantung perlembagaan negara itu, dalam pengumuman perubahan drastik demokrasi negara itu. Ianya dibuat berdasarkan refrendum popular yang diterima mereka.

Dalam pengumuman terbaru mereka semalam, pemimpin tentera yang menjalankan pemerintahan sementara selepas Hosni Mubarak dijatuhkan, berkata mereka akan memerintah Mesir dalam tempoh enam bulan atau sehingga pilihan raya parlimen dan presiden baru diadakan.

Mereka juga memaklumkan, Perdana Menteri, Ahmed Shafik akan terus mengetuai kerajaan sementara Mesir. Perkembangan terbaru itu memberi harapan baru buat rakyat Mesir yang masih lagi meneruskan protes mereka hari ini. Difahamkan beberapa orang daripada mereka ditangkap apabila bertembung dengan pihak tentera semalam.

Jumaat lalu, Mubarak akhirnya berundur selepas akur dengan tekanan rakyat yang mengadakan demonstrasi mendesak beliau meletak jawatan. (IH)

Lihat secara keseluruhan..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

2 comments:

Anonymous said...

Selepas Mubarak ditekan, Ghadaffi telah memangggil satu persidangan beberap kumpulan utama di Tripoli dan memberi amaran tindakan keras terhadap mereka yg menunjukkan perasaan terhadap kerajaan.
Ghdaffi adalah diktator Arab paling lama semenjak 1969 selepas menghalau Raja Idris II keluar dari Libya.
Anti Barat adalah propaganda yang digunakannya untuk menggulingkan raja dan berkuasa. Tidak ada bezanya Ghadafi dgn diktator Arab yang lain.
Libya tidak pernah ada pilihanraya dan ramai rakyat terutama ulama yang dibunuh. Ramai kalangan pro Ikhwan yang diminta pulang dengan alasan memberi kedudukan tetapi yang sebenarnya untuk dipenjaraka sebelum dibunuh.
Terdapat juga beberapa orang yang ditangkap di Pakistan dan Afghanistan yang dipindahkan ke Libya melalui Mesir dan negara Arab yang lain untuk disiasat dan didera. Yang didera sehingga mati melibatkan Omar Solaiman yang mengambil alih jawatan dari Mubarak.
Ghadaffi sekarang ini amat takut terhadap kedudukannya. Tidak ada negara Eropah yang akan menerimanya kelak dan dunia Arab sendiri benci denganya yang menentang kelas raja Arab. Mungkin Ghadafi boleh memikirkan Malaysia sebagai Second Home dengan membawa masuk US$1 bilion bersama-samanya kelak bila digulingkan oleh rakyat Libya.

5150 said...

Assalamu Alaikum
saya ingin bertanya, adakah gelombang kebangkitan rakyat yang terjadi skrg dibeberapa negara arab adalah satu plan yang dirancang oleh negara barat dan israel untuk kepentingan mereka akan datang. saya minta sesiapa yang tahu ttg perkara ini tolong beri penjelasan.
Terima Kasih...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails