Thursday, February 03, 2011

Mahathir Serang Dasar Islam -Tuan Ibrahim Tuan Man



KL 3 Feb 11: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Dr Mahathir menyerang dasar Islam yang dibawa PAS seolah-oleh membayangkan Islam yang menyebabkan perpecahan orang Melayu di negara ini.

Dr Mahathir dalam blognya Isnin lalu mendakwa Islam dibawa oleh Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, “lebih teruk dari Islam nasionalis” dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini. Beliau seterusnya berkata, Nik Aziz dan PAS hanya berperanan untuk memecahbelahkan orang Melayu Islam di negara ini.

Menurut Tuan Ibrahim,

“Beliau (Dr Mahathir) sebut punca perpecahan Melayu daripada PAS tapi saya tengok dari sudut PAS kita berpegang kepada prinsip Islam.

“Kalau beliau tuduh dasar PAS sebagai punca perpecahan ini bermakna beliau tuduh Islam sebagai punca perpecahan, sepatutnya beliau tidak serang kita, kita sudah banyak kali cakap kepada Umno supaya kembali kepada Islam,” katanya.

Tambah Pesuruhjaya PAS Pahang itu, punca perpecahan orang Melayu bukan disebabkan PAS tetapi Umno-BN.

“Saya nak tanya di sini, siapa yang menyebabkan perpecahan di Kelantan? Sudah 20 tahun PAS memerintah tapi kenapa kerajaan persekutuan tidak mengiktiraf Kelantan selain menafikan hak Kelantan? Punca perpecahan bukan disebabkan PAS tapi kerajaan perseketuan di bawah Umno-Barisan Nasional.

“Kenyataan kata Nik Aziz punca perpecahan terang-terang salah, yang menyebabkan punca perpecahan adalah Umno-BN, malah tidak tanduk Umno-BN mewujudkan perpecahan,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, serangan yang dibuat Dr Mahathir itu tidak akan menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap PAS.

“Serangan macam ini tidak akan jejaskan PAS kerana serangan peribadi ini bukan perkara baru dalam politik Malaysia.

“Walaupun Umno-BN cuba menjatuhkan maruah Nik Aziz tapi ia tidak akan berjaya,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails