Saturday, February 05, 2011

Kumpulan Pertama 356 Pelajar Malaysia Tiba Di Jeddah

Sebahagian pelajar Malaysia kumpulan pertama seramai 356 yang di bawa dari Mesir dengan pesawat Malaysia Arilines (MAS) dan AirAsia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada Jumaat. Foto BERNAMA

Jumaat Februari 4, 2011 Kumpulan Pertama 356 Pelajar Malaysia Di Mesir Selamat Tiba Di Jeddah

JEDDAH: Kumpulan pertama pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir berjaya dibawa keluar dari Kaherah pada pukul 3 petang semalam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) dan selamat tiba di sini.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 356 orang pelajar termasuk seorang bayi, berjaya dibawa keluar menerusi pesawat Boeing 747 milik Malaysia Airlines (MAS).

Naib Pengerusi Eksekutif Hubungan Luar MAS Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang berkata MAS menggunakan pesawat itu bagi memaksimumkan jumlah pelajar dan rakyat Malaysia untuk dibawa keluar dari Kaherah ke Jeddah.

"Pesawat ini mampu ulang alik sebanyak tiga kali dalam sehari. Pun begitu, hari pertama kita tidaklah terlalu sukar (untuk mendarat di Kaherah) dan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang," katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.

Lihat secara keseluruhan..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

1 comment:

Anonymous said...

Sejarah sedang dilakar di Mesir.
Bagi penduduk Kaherah, ini adalah masa yang paling kritikal dalam membina satu wajah baru dalam lakaran sejarah negara purba ini.
Semua warga Mesir mahu menjadi sebahagian dari sejarah baru Mesir moden yang demokratik.
Kepada rakya Malaysia yang sedang berada di Mesir, adalah satu kerugian besar jika tidak dapat sama-sama melonjakkan kebangkitan untuk menurunkan satu regim yang korup dan menindas lebih dari 30 tahun.
20 tahun dari sekarang, generasi muda pula akan bertanya kepada Ustaz, ustazah dan para doktor graduan Mesir. Apakah peranan anda semasa rakyat Mesir menggulingkan regim zalim yang pro Israel dan menjadi khadam Amerika.
Alangkah malunya pada itu bila jawapan yang diberi kelak ialah,, Ohh kami semua lari balik ke Malaysia sebab kami takut dengar bunyi tembakan, kerana kami kekurangan beras, atau oh kami takut kerana takut rumah kami dimasuki pencuri...
rugi kerana anda bukan sebahagian dari mereka yang berarak dan mara untuk menggulingkan golongan penindas rakyat Mesir.
Mungkin mereka juga tidak mengaku pernah berada di Mesir semasa sejarah sedang berlaku. Mungkin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails