Saturday, February 19, 2011

Melayu Diutamakan Kerana Kaum Terdahulu -Nik Aziz

SHAH ALAM, 19 Feb 11: ORANG Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu di Malaysia. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berucap di majlis perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz menegaskan PAS tidak akan mengetepikan kepentingan dan nasib orang Melayu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya menerusi gandingan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Walaupun parti Islam itu tidak memberi keutamaan terhadap perjuangan bangsa namun ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan orang Melayu yang merupakan masyarakat dominan negera ini.

“Islam tak jadikan agenda perjuangan Melayu sebagai keutamaan, adakah orang Melayu akan mundur tanpa bantuan Umno?

“Bagi PAS orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),” kata beliau pada majlis perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di sini hari ini.

Kata Nik Aziz, sebagai masyarakat dominan sudah menjadi tanggungjawab mana-mana parti termasuk PAS untuk mempertahankan orang Melayu.

“Kaum yang paling dominan adalah orang Melayu, perlu diingatkan Islam adalah pemberian Allah s.w.t.

“Menurut Islam guna sekular sebagai ideologi bermaksud tolak Islam, Umno jaga Islam pun tidak... jaga Melayu pun tidak,” kata Menteri Besar Kelantan ini.

Nik Aziz berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera gagal kerana Umno-Barisan Nasional (BN).

“DEB untuk orang Melayu dan Bumiputera telah digagalkan pemimpin Umno.

“Ia satu pengkhianatan yang dilakukan secara sistematik oleh pemimpin BN dan tolak hak orang Cina, orang India, orang Iban dan orang Kadazan,” katanya.

Sebaliknya menurut Nik Aziz, DEB diwujudkan hanya untuk membantu kroni-kroni Umno-BN.

“Inikah ketuanan Melayu Umno?” soalnya. (IH)

2 comments:

TARANTULA said...

DAH MULA CAKAP MERAPU ORANG TUA BEBAL NI....BARU-BARU NI KATA MELAYU ......
HARI NI KATA NAK BELA MELAYU PULA DAH

SEMAKIN WAYAR SEMAKIN MERAPU SEMAKIN DUNGU

IRWAN said...

PAS BELA ISLAM YG MAJORITINYA MELAYU.

UMNO BELA MELAYU YG MAJORITINYA ISLAM.

SAMA TAPI TAK SERUPA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails