Monday, February 14, 2011

Kami Rindu Ustaz Hadi Yang Tegas Berkarisma -YB PAS


YB Iskandar Abdul Samad, Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan & ADUN Chempaka, Selangor D.E.

KL 14 Feb 11
: "KAMI amat merindui akan Ustaz Hadi yang tegas dan berkarisma (seperti) pada tahun-tahun 80'an dan 90'an. PAS perlu menjadi jurubicara ummah, tetapi sekarang ini dilihat hanya sebagai pelakon tambahan. Sekadar untuk membekalkan tenaga-tenaga kerja bila ada demonstrasi atau pilihan raya kecil."

Demikian kenyataan YB Iskandar Abdul Samad Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan & ADUN Chempaka, Selangor D.E., seperti tercatat dalam blognya 'Direct Free Kick', Sabtu lepas.

Sebelum itu katanya, "Percanggahan pendapat secara terbuka oleh pemimpin-pemimpin PAS akan hanya menyebabkan PAS kurang dihormati oleh rakan-rakan Pakatan. Lebih parah lagi jika berlaku hentam menghentam. PAS akan dianggap sebagai parti yang berpecah belah dan tidak bersatu. Presiden PAS perlu bertindak dan tidak hanya berdiam diri seperti sekarang. Disiplin dalam parti sudah seperti tidak wujud lagi." Tulisan di bawah tajuk 'Presiden PAS mesti tegas'

Terdapat 4 comments dalam blog itu sehingga ini..
Anonymous said...
YB Iskandar yg dihormati; Siapa sebenarnya Presiden PAS,Ust Hadi atau Mustaffa Ali........

Ibrahim Mohd Raja, Mantan YDP PAS Kaw Batu WP K.Lumpur
Anonymous said...
Entahlah. Aku nampak TGNA (Nik Aziz) lebih cekap pilih pembantu. Semuanya orang muda. Dia nampak relaks saja. Sekejap-sekejap ada idea baru orang tua tu. Bagi duit kat pelajar Mesir la, Saman Petronas la, dinar Kelantan la.

Tapi TGHH ni pembantu dia semua dah pencen. Lntik Mustapha Ali jadi SU. Lantik Ustaz Halim jadi pengarah pilihanraya. Nak harap kat Ustaz Idris sorang, tak terlarat kawan tu. Yang timbalan Presiden pun satu. Tak boleh nak jadi pembantu presiden. Asyik dok bergantung kat jubah presiden saja. Kesian aku tengok kat TGHH.
veteran pas said...

yb iskandar.. sebenar selain dr presiden,PJ selangor perlu di tukar dengan serta merta.PJ selangor terlalu lemah peringkat parti,spt tim presiden. permikran PJ selangor tidak selari dengan ahli pas peringkat bawahan kecuali pemimpin kawasan dan YB pas selangor(semua telah di "motivasi" kan oleh PJ.).sedarla hakikat ini.jangan bermesyuarat dgn pemimpin kawasan saja,tanya kami kader pas ini.

Anonymous said...
Cara YB tidak tepa, dan bukan saluran; http://iskandar56100.blogspot.com/2011/02/umno-gagal-sebagai-kerajaan-umno-gagal.html

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Weblog ini hanya menyambung suara rakyat, supaya pemimpin (semua pemimpin PAS) sekurang-kurangnya dapat membaca pemikiran pengikut-pengikut mereka.

Lihat ini..
E-Buku IH-31: Minda Baru PAS?
E-Buku IH-31: Minda Baru PAS?

5 comments:

Anonymous said...

nasihat perlulah disalurkan di saluran yang betol.jika benar2 ikhlas ingin menegur pemimpin,berilah dengan niat mndapat redha allah swt. bukn di blog , fb untuk bg nasihat..jagalah adab2 berjemaah

ahli yang mendapat tarbiyah.

Ibnu Hasyim said...

T.kasih komen tuan.

Sila lihat sejarah, bagaimana Khalifah Umar dikritik dengan pedang di khalayak ramai.. Lihat apa jawab Umar..

Itulah tarbiah Islam.

Sudah berapa lama tuan dalam PAS? Sila nyatakan identiti tuan, kalau perlu kita bertemu dan berbincang Ataupun cuma guna e-mail saja.

"Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, dan janganlah kamu termasuk di kalangan orang yang ragu.."

Anonymous said...

..setuju guna saluran utk menegur pemimpin atau akan d manipulasi oleh pihak musuh yg ingin mjatuhkn ..

kalu diri sndiri pun kalu d tegur d khalayak ramai camna, sedang ini sy lihat tuan seolah nak bgaduh/ cabar mcabar dgn org yg menegur tuan d blog tuan sndiri

tuan melihat/menilai pemimpin yg tuan tegur, saya, kami yg mbaca blog tuan melihat/menilai tuan yg pandai bhujah pula...

yg pasti pemimpin akhir zaman yg tiada Rasul saw hadir bsama x mungkin sama dgn khalifah umar r.a yg hadir bsama rasul saw sbgai mentor...

ayat kebenaran itu dr tuhan, memang lah amat benar krn kebenaran yg d mksudkn ialah alquran....maka tiada ragu pdnya...

wallahu alam

Anonymous said...

...tapi overall i find ur blog is informative..keep up d gud work pakcik Ibnu Hasyim

semoga peroleh pahala dr kerja amal ini..lillahi taala

-sy yg komen d atas...

Ibnu Hasyim said...

T.kasih, al-hamdulillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails