Tuesday, October 12, 2010

Serbia: Anti-gay Bertempur, Cubaan Masuk M'sia?

Puak anti-gay bertempur dengan polis Serbia

BELGRADE11 Okt 10: Lebih 140 cedera manakala 200 lagi ditahan selepas polis antirusuhan Serbia bertempur dengan penyokong kumpulan berhaluan kanan yang melontarkan beberapa bom koktel Molotov ke arah satu perarakan aktivis yang menyokong perkahwinan homoseksual di pusat bandar ini semalam, kata satu kenyataan.

Beberapa penunjuk perasaan yang membantah perarakan anjuran kumpulan homoseksual itu cuba memecah masuk kepungan yang dilakukan oleh beribu-ribu anggota polis.

Keadaan menjadi tidak terkawal apabila penunjuk perasaan mula membakar beberapa buah kenderaan serta merosakkan kemudahan awam selain merampas barang di kedai-kedai yang terdapat di lokasi perbarisan itu.

Selain itu, penunjuk perasaan anti homoseksual tersebut turut melontar bom koktel Molotov di ibu pejabat Parti Demokratik hingga menyebabkan garaj di bangunan tersebut terbakar.

Sebuah bangunan stesen televisyen tempatan serta pejabat sebuah lagi parti politik turut diserang menyebabkan banyak tingkap pecah kerana dilontar batu.

Penunjuk perasaan yang melaungkan kata-kata 'hapuskan homoseksual' memecah masuk kepungan polis serta turut membaling batu, botol serta bom buatan sendiri ke arah pasukan keselamatan yang bertugas.

Polis bertindak balas dengan melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan rusuhan berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Serbia, Ivica Dacic berkata pihaknya menganggarkan penunjuk perasaan berjumlah 6,000 orang manakala anggota polis pula seramai 5,600 dan beliau turut memuji cara pasukan keselamatan menyelesaikan rusuhan itu tanpa perlu melakukan sebarang pertumpahan darah.

Perarakan yang dianjurkan oleh kumpulan homoseksual itu merupakan ujian baru kepada kerajaan Serbia yang telah berjanji untuk melindungi hak asasi manusia untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU).

Kumpulan berhaluan kanan tidak bersetuju dengan sebarang hubungan homoseksual dengan mendakwa ia bertentangan dengan ajaran agama. AP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Konsert sulung Lamber berjudul 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dijadual berlangsung 14 Oktober (Khamis) di Stadium Putra Bukit Jalil, adakah itu suatu cubaan membawa masuk gay ke Malaysia?

Lihat ini ada kaitan...

Dan banyak lagi...

2 comments:

Kuda Perang said...

Memang ya, anasir keji ini memang semakin diketengahkan di Malaysia...

Anonymous said...

Apa masalah kau dengan golongan Gay ni Ibnu Hasyim? Melampau sangat aku tengok blog kau ni. Islam pun tak da la suruh mengutuk golongan ni seperti sampah. Mereka tu manusia ciptaan Allah juga. Berpada-padalah ayat-ayat kau tu. Tak pasal2 Allah laknat kau baru tahu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails