Wednesday, October 13, 2010

Perkenalkan Web Melalui Bogel Depan Obama


JAMES RODRIGUES (kanan) ditangkap polis selepas dia berbogel semasa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berucap pada kempen pilihan raya Kongres di Vernon Park, Philadelphia pada Ahad lalu.

Berbogel depan Obama kerana AS$1j

PHILADELPHIA: Seorang lelaki yang ditangkap kerana berlari dalam keadaan bogel di depan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di sini pada Ahad lalu adalah kerana dia menyahut tawaran AS$1 juta (RM3.1 juta) yang dibuat oleh bilionair Britain, Alki David, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki yang berbogel itu dikenali sebagai James Rodriguez berusia 24 tahun dan dia menulis alamat laman web milik Alki, Battlecam.com di dadanya sebelum berbogel dalam satu kempen pilihan raya Kongres yang dihadiri Obama.

Sejurus selepas melakukan aksi tersebut di hadapan beribu-ribu orang, Rodriguez ditangkap oleh anggota-anggota pihak berkuasa.

David, 42, pada Ogos lalu yang berjanji akan membayar AS$1 juta kepada sesiapa yang berani berbogel di hadapan Obama.

Sebagai syarat tambahan, individu yang berbogel perlu menulis nama laman web miliknya di dada dan menjeritnya sebanyak enam kali semasa berbogel di depan Obama.

David berkata, dia menghantar satu pasukan ke Philadelphia untuk mengesahkan sama ada Rodriguez telah memenuhi matlamat cabaran itu.

"Selepas saya melihat rakaman video tersebut dan ia terbukti benar....saya tidak akan memberikan cek, sebaliknya akan membayar tunai," kata David kepada akhbar The Weekly Standard.

Lelaki berbogel itu dibebaskan polis dengan wang jaminan AS$10,000 (RM31,110).

Menurut lelaki berbogel itu, keluarganya memerlukan wang dan dia percaya sudah memenuhi syarat untuk memenangi wang tersebut. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kalau di Malaysia, mungkinkah jadi begitu? Tak mungkin ada yang sanggup berbogel di depan PM Najib atau kerana RM? Maaf, gurau-gurau sikit.

1 comment:

Anonymous said...

kalau RM 1 juta saya buat...nak bayar@lunas macam2...

she

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails