Friday, October 15, 2010

Blog Ibnu Hasyim Sokong Mustaffa Kamil Ayub

KL 15 OKT 10: BLOG Ibnu Hasyim menyokong pandangan Mustaffa Kamil Ayub yang bertanding jawatan timbalan presiden parti PKR, menggesa setiap calon mengisytiharkan harta dan belanjawan kempen masing-masing bagi membuktikan partinya boleh menjalankan pemilihan bersih.

Naib presiden PKR ini juga meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) memperkenalkan penggunaan sistem cap jari bagi menjamin ketelusan dalam sistem pemilihan yang julung kali memperkenalkan kaedah satu ahli satu undi.

“Sekali saya cadangkan, JPP perkenalkan sistem dedah akaun peribadi calon dan cap jari demi mengangkat imej parti sebagai parti yang bersih dan saksama,” kata Mustaffa (gambar).

“Saya percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia,” kata beliau.

Cadangan itu dikemukakan ketika tinggal dua hari lagi bagi kesemua bakal calon perlu mengesahkan penerimaan pencalonan masing-masing. Mustaffa berkata, cadangan itu penting diamalkan demi memperkasakan imej parti yang sedia bersih supaya dilihat berintegriti di mata rakyat dan dunia.

Tidak memadai pemimpin Keadilan bersih, tetapi kepemimpinan kita mesti dilihat bersih oleh rakyat Malaysia dan dunia melalui pembaharuan institusi ini,” kata beliau pada sidang media dua hari lalu.

Blog ini, sebelum ini pernah ditanya bagaimana pandangan dan sikap mengenai pemilihan PKR. Kami Blog Ibnu Hasyim jawab..

Pertama, untuk menghormati semangat PAKATAN bagi menjamin kekekalan dan kekebalan pakatan, terutama bersama PAS.. maka pilihlah pemimpin Islamnya, yang betul-betul faham agama, tidak menganut atau memberi ruang kepada berkembangnya ajaran sesat dalam PKR. Contohnya seperti ajaran sesat Islam Liberal yang telah dilarang di negara ini, kalau ada...

Kedua, kami suka pemimpin yang seperti Mustaffa Kamil Ayub Pengerusi PKR Perak ini, yang mementingkan parti bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia. Contohnya Mustaffa Kamil mencadangkan sistem dedah akuan peribadi calon dan celup jari demi mengangkat imej parti sebagai parti yang bersih dan saksama.

Difahamkan juga, 'institutional reform' adalah usaha mereformasi sistem pilihan raya dan demokrasi yang sedia ada supaya mampu mengangkat pemimpin yang paling adil dan bersih. Menurut Mustafa pemilihan kali ini wajar dijadikan pelantar ujian pada perubahan landskap tanah air memandangkan PKR bersama-sama parti-parti oposisi yang lain pada pilihan raya umum ke-12 lalu telah pun mempopularkan cadang-cadangan tersebut melalui wadah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

"Kami lihat semua pemimipin PR perlu bersih supaya dapat melaksanakan sepenuhnya manifesto parti mereka selepas mencapai kemenangan dalam pilihan raya." kata edtor Blog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang.

by ASYOK KUMAR

Lihat sebelum ini..

2 comments:

Anonymous said...

Good day!This was a really marvelous Topics!
I come from milan, I was fortunate to search your subject in wordpress
Also I get much in your theme really thank your very much i will come again

Anonymous said...

Thanks за материалы! :)
Respect www.ibnuhasyim.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails