Saturday, October 16, 2010

Pewarna Rambut, Pakaian Dalam.. Bajet Rosmah?



KL 15 OKT 10: Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Razak Najib terganggu seketika dengan nama isterinya ditimbulkan oleh pihak pembangkang ketika beliau mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia. Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.

“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.

Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka. Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.”

Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa. Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah. Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit “Rosmah! Rosmah!”, sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis. Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja. Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istImewa'. Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Pembentangan bajet ini juga mendapat sambutan serta bidasan di twitter.

"Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching.

"Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong. (Malaysiakini/AK)

2 comments:

naz said...

Tak sangka Najib ni lebih bodoh dari Pak Lah. tidak ada dah ke pemimpin kita yang bijaksana mengurus ekonomi negara seperti Tun Dr. Mahathir? apa pentingnya seluar dalam, pakaian tidur, kelambu untuk mereka yang tidak berduit. Saya tidak nampak disini mana keuntungannya barangan import untuk makcik - makcik yang menoreh getah, menjual gorerng pisang@ nasi lemak. tidak cukupkah Rosmah berbelanja dengan duit negara sehingga pakaian dalam Rosmahpun nak diambil kira. di dalam hal ini hanya najib je yang untung, sebab dia sorang je yang boleh nampak rosmah dalam pakaian dalamnya, bukan suami2 makcik menoreh getah @ jual goreng pisang. kalaulah barang2 keperluan harian yang diturunkan duti importnya, sudah pasti rakyat akan tersenyum lebar dan akan lebih menyayangi Najib...tp apakan daya, semyuman Rosmah lebih indah dari senyuman rakyat..sebab Rosmah tinggi nilainya, sanggup dibeli dari kawan baiknya..apakah sudah tidak ada pemimpin kia yang benar2 jujur untuk membantu rakyat? kalau dulu akulah penyokong UMNO, tp sekarang aku tidak tahu, masuh adakah pemimpin UMNO yang akan memperjuangkan nasib orang Islam, aku tidak berapa pasti, Ya Allah Ya Tuhan Kami, sekiranya Najib memang seorang pemimpin yang jujur berbakti untuk rakyat, kau lanjutkanlah usia pemerintahannya.....sekiranya sebaliknya, kau pendekkanlah usia pemerintahannya dan gantilah dengan pemimpin yang lebih jujur dan hebat untuk memimpin kami semua.....

Anonymous said...

Najib takut bini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails