Sunday, October 10, 2010

B/Basyir: Benarkah Ulama Ini Dalang Rompakan?

Ulama ini ditduh dalang rompakan..

JAKARTA 10SEPT 10: Polis Indonesia akan menambah tuduhan antikeganasan terhadap Abu Bakar Bashir berikutan penemuan bukti menunjukkan kononnya beliau menghasut pengikutnya merompak dan menyerang sebuah balai polis di Sumatera Utara.

“Kami akan memasukkannya dalam fail kes Abu Bakar supaya orang ramai boleh mendapatkan gambaran jelas berhubung pembabitan ulama itu dalam kejadian berkenaan,” kata jurucakap Polis Indonesia, Iskandar Hasan.

Beliau merujuk kepada kumpulan yang didakwa penggaanas yang menjalani latihan ala tentera di Jantho Aceh, rompakan bank CIMB Niaga di Medan 18 Ogos lalu dan serangan terhadap sebuah balai polis di Deli Serdang, Sumatera Utara, September lalu. Polis Indonesia menahan Abu Bakar pada 10 Ogos lalu ketika ulama itu dan keluarga dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Jawa Tengah.

Polis percaya kumpulan di kem Jantho itu mempunyai hubungan dengan al-Qaeda, Jemaah Islamiah dan Jemaah Ansharut Tauhid yang diketuai Abu Bakar. Polis berusaha mencari lebih banyak bukti untuk mengaitkan ceramah Abu Bakar dengan rompakan di Hamparan Perak dan serangan terhadap balai polis itu. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kena buktikan di mahkamah. Bukan dengan teknik zalim ISA..

Lihat ini...

1 comment:

Pak Oncu said...

Gua yakin dan percaya !!!!!!! ABB terlibat secara tak lansung !!!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails