Friday, October 15, 2010

Masalah Air: Kedah Jangan Buat Mudah.

Seramai 30 ahli dan penyokong Pas kedah telah berdemo didepan Wisma Darul Aman menuntut Tarif Air dibuat kajian semula, beberapa hari lepas.

Keterangan Gambar: Menurut saudara Haji Najib walaupun kenaikan minima sebanyak 27%, bagi sebahagian rakyat yang berpendapatan rendah seperti pak tani dan rakyat marhaen yang lain, ini adalah satu beban kerana jika dicampur dengan harga minyak dan barang keperluan lain, menjadikan jumlah perbelanjaan setiap isi rumah akan meningkat.

Diketuai oleh saudara Abdullah Hasyim yang merupakan bekas setiausaha peribadi Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan beberapa ‘hardcore’ Pas Kedah seperti Haji Najib Fahmi bin Haji Yahya bekas setiausaha Pas Kawasan Jerai merupakan bekas Ketua Pemuda Pas Kedah di era almarhum Dato’ ustaz Fadzil Noor, cikgu Zainol al Afghani dan saudara Azizan komando.

Dalam pernyataan itu mereka juga menuntut MB Kedah mencari satu jalan untuk membantu 12 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang belum lagi mendapat sebarang bantuan dari kerajaan PR Kedah sejak Pas dan PR mengambil alih kerajaan negeri. Beberapa orang dari kalangan mereka membandingkan usaha kerajaan negeri Pulau Pinang yang cuba membantu SAR sedaya mungkin dengan satu jumlah peruntukan sebanyak 8 juta setahun.

Mereka turut menghantar satu memorandum bantahan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, lapor agensi berita nasional
Bernama. Dalam memorandum berkenaan, kumpulan itu mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik keputusan menaikkan tarif air yang memberi kesan terhadap golongan miskin, mendesak Menteri Besar supaya mendedahkan perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (Sada) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan merugikan rakyat dan mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah.

ALOR STAR 15 OKTO 10: Pas Kedah dicadangkan supaya membuat satu simposium atau satu hari berkampung untuk membincangkan isu air yang menimbulkan kontraversi di Kedah sekarang ini. Demikian cadangan dari Pena Kusisip Blog. di bawah judul Air: Pemuda Pas Lambat Bertindak ? hari ini (lihat Bloglist di sebelah kanan)

Menurutnya, ini adalah kerana kenaikan Tarif dari 27% hingga 44% bukanlah mudah untuk diterima oleh rakyat Kedah. Samalah juga seperti kenaikan harga minyak, gula, tepung dan sebagainya. Semuanya diikuti dalam keadaan terpaksa. Jangan sampai rakyat Kedah menghukum PR pada PRU13 nanti!

Menurut editor blog itu lagi, apa yang menarik diperhatikan, "... hutang Kerajaan BN dulu sebanyak 1.7 bilion itu boleh dihapuskan begitu saja. Kenapa? Bukankah slogan BN tradisi membela rakyat.. Sedangkan kerugian BBMB, Perwaja Steel, MISC dan lain lain isu bertaraf ‘Gergasi’ semuanya boleh di BILL OUT oleh kerajaan Pusat. Masakan air untuk rakyat Kedah yang selama ini duduk di bawah pentadbiran BN selama 50 tahun tak boleh ‘dihalalkan‘ untuk rakyat Kedah?"

Katanya, pemimpin Pas Kedah harus sedar itu semua boleh di ‘ RIGHT OFF‘ oleh kerajaan Pusat. Jangan kita menjadi penolong kepada rakyat Kedah untuk berhutang kepada kerajaan Pusat selama 40 tahun bagi menjelaskan hutang air itu.. ingatlah walau kita dah mati pun, hutang itu belum selesai lagi!.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Air, lihat kenyataan Warta Kedah.

Ramai yang merasa aneh! Statement MB dikeluarkan oleh Urusetia Penerangan Negeri Kedah yang sebelum ini memboikot semua program pembesar pembesar negeri, hatta semua program MB tidak mendapat respon langsung dari UPNK. Jika projek di Padang Sanai dikatakan terlalu mahal dari kos sebenar, kenapa baru sekarang hendak dibentangkan kepada rakyat.

Kenapa negeri negeri Johor,Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang belum lagi mengumumkan Tarif yang baru. Hutang SADA pada Utara Indah SB sudah pun tamat pada 2009 yang lalu! Kenapa rakyat pula mesti tanggung pada tahun 2010. SADA ditubuhkan 2010..adakah saya tersasul! Taliworks (Langkawi) SB…jika benar dari Warta Kedah di atas.. kini sudah pun tidak mempunyai apa apa hubungan dengan SADA.

Status sebagai penyelenggara air di Langkawi sudah pun tamat pada 2009. Adakah masih munasabah untuk rakyat Kedah terus dipermainkan? Adakah logik kerana harga air tidak pernah naik selama 17 tahun maka perlu dinaikkan. dalam satu kenyatan MB Kedah sebelum ini telah berjanji tidak akan menaikkan harga air kerana 'kita adalah Kerajaan Berkebajikan', takkan hanya slogan saja?

Nisbah untuk satu keluarga sederhana yang berpendapatan rendah Bil Terbaru SADA pasti membebankan, kerana majoriti rakyat Kedah adalah berpendapatan dibawah 1500 RM. Ingat, masalah air Kedah, jangan buat mudah!
(IH)

Ada kaitan..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails