Sunday, October 10, 2010

Lantikan Ku Li Elak Umno-BN Guna Rasuah Undi -PAS

KL, 10 Okt 10: PAS, yang sebelum ini menegaskan tidak risau dengan keputusan Tengku Razaleigh Hamzah menerima pelantikannya sebagai pengarah jentera BN di Galas, melihat ia juga akan mengelak Umno-BN daripada menggunakan wang untuk membeli undi pada pilihan raya kecil kerusi tersebut.

Bekas setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, memandangkan Ahli Parlimen Gua Musang ini terkenal dengan prinsip politik bebas rasuah dan gejala politik wang dalam Umno dan BN, beliau percaya pilihan raya kecil kali ini akan bebas daripada amalan-amalan seperti ini, yang banyak diperkatakan semasa pilihan raya kecil-pilihan raya kecil lalu.

“Dengan menjadi pengarah pilihan raya, kita berharap dalam pilihan raya kecil ini, tidak akan ada rasuah politik, ketidakadilan kepada parti-parti lain bertanding.

“Tengku Razaleigh seorang pemimpin veteran yang mengutamakan elemen bersih dalam politik... dengan itu, saya berharap Umno dan BN tidak akan menggunakan wang ketika kempen kali ini,” kata Ahli Parlimen Tumpat ini.

Pilihan raya kecil ini akan diadakan pada 4 November. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails