Thursday, October 14, 2010

Rahsia Misteri Gadis Malang Dapat Hidung Baru..

pix_middle

LIHAT berita ini, berita fitnah terhadap Taliban dan Islam yang seolah-olah Islam menyuruh dan merelakan hal itu...

"...Aisha (gadis malang) menerima anugerah itu daripada isteri Gabenor California, Maria Shriver. Ketika berusia 12 tahun, bapa Aisha mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang didakwa pejuang Taliban, kononnya sebagai membayar hutang. Dia diserahkan kepada keluarga lelaki itu yang kemudian menderanya dan memaksanya tidur di kandang haiwan. Apabila cuba melarikan diri, dia ditangkap dan hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sebagai hukuman."

Berita penuh...

Gadis malang dapat hidung baru
. LONDON 14 OKTO 10: Seorang remaja Afghanistan yang cacat pada mukanya selepas dikelar oleh suami tersenyum lebar ketika menunjukkan hidung palsu barunya untuk kali pertama, semalam. Aisha, 19, memeranjatkan masyarakat dunia apabila muncul kali pertama di muka depan majalah Time tanpa hidung, Ogos lalu.

Semalam, dia dengan berani muncul di depan khalayak ramai dengan memakai hidung palsu, sesuatu yang memberikan idea kepadanya mengenai bagaimana dia akan kelihatan selepas menjalani pembedahan.

Dia muncul depan kamera televisyen untuk menerima anugerah Enduring Heart di satu majlis untuk Yayasan Grosman Burn, sebuah pertubuhan yang berpusat di Los Angeles yang membiayai pembedahannya.

Aisha menerima anugerah itu daripada isteri Gabenor California, Maria Shriver. Ketika berusia 12 tahun, bapa Aisha mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang didakwa pejuang Taliban, kononnya sebagai membayar hutang. Dia diserahkan kepada keluarga lelaki itu yang kemudian menderanya dan memaksanya tidur di kandang haiwan. Apabila cuba melarikan diri, dia ditangkap dan hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sebagai hukuman.

“Apabila mereka memotong hidung dan telinga saya, saya pengsan. Pada tengah malam, saya terasa air sejuk mengalir dalam hidung saya.

“Saya langsung tidak dapat melihat kerana dilitupi darah,” katanya kepada wartawan CNN, Atia Abawi.

Dia dibiarkan di kawasan pergunungan tetapi berjaya merangkak hingga ke kediaman datuknya. Bapanya berjaya menghantarnya ke pusat perubatan yang dikendalikan tentera Amerika Syarikat, tempat dia dirawat selama 10 minggu. Mereka kemudian menghantarnya ke sebuah pusat perlindungan rahsia di Kabul dan dihantar ke Amerika Syarikat Ogos lalu. - Agensi.

Pada hal menurut Taliban, sebaliknya...

WASHINGTON AUGUST11 10: Taliban mendakwa, Amerika Syarikat kini terdesak kerana menggunakan imej wanita cacat sebagai bahan propaganda mereka di muka depan majalah Time, serta menafikan bertanggungjawab menyebabkan kecederaan terbabit.

Mengulas paparan itu, Taliban berkata, Time berbohong apabila menuduh kumpulan itu memotong hidung dan telinga wanita terbabit, dikenali sebagai Aisha, 18 selepas melarikan diri daripada keluarga iparnya yang kejam di selatan wilayah Uruzgan, tahun lalu.

“Propaganda terdesak digunakan Time menunjukkan kepada dunia bagaimana media antarabangsa akan melakukan apa saja bagi memuaskan hati AS, walaupun ia bercanggah dengan integriti kewartawanan,” kata jurucakap Taliban, semalam.

Ikuti sepenuhnya...
Propaganda Terdesak: AS Potong Hidung & Telinga Wanita.. Amerika Syarikat menunggang majalah TIME yang sanggup melakukan jenayah kewartawanan, demi menyembunyikan kejahatan dan kebiadaban mereka.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Jawapannya:

Satu:
Kes itu tidak pernah dirujuk ke mana-mana mahkamah di Afghanistan, walaupun sudah lama, untuk dijadikan bukti. Jelas AS sebagai pembohong besar.

Dua: Menurut kenyataan itu, puak Taliban memotong telinga dan hidung manusia. Perkara begini memang dilarang oleh agama Islam. Sedangkan Taliban terkenal dengan kepatuhannya kepada agama.

Tiga: Yang zalim dan tidak ikut mana-mana agama di dunia pun, adalah AS. Terkenal, AS sanggup menyiksa, merogol, membunuh rakyat atau tahanan di banyak negara seperti Irak, Afghanistan, Pakistan, Vietnam, Guatanamo dan lain-lain. Terlalu banyakbuktinya.

Empat: AS dalam keadaan terdesak, masih gagal menjajah sepenuhnya Afghanistan dan menutupi kebencian rakyat kepada mereka. Contohnya, menurut Pew Research Center (Julai 30 10) sebahagian besar warga Pakistan melihat AS dengan penuh curiga, sokongan untuk AS terlibat dalam perang melawan ekstremis telah menurun, dan hampir 2/3 warga Pakistan ingin pasukan AS keluar dari negara tetangga mereka Afghanistan.

Pakistan adalah negera terendah di antara 22 negara yang masuk dalam Pew Global Attitudes Survey 2010 terhadap 2,000 warga Pakistan yang diambil antara 13-28 April. Hasilnya, 59% responden menggambarkan AS sebagai musuh. 17 % berpandangan AS menguntungkan dan hanya 11% AS adalah partner. Hanya 8% percaya Presiden AS Barack Obama boleh lakukan 'hal yang benar' di dunia. Dari peringkat terendah survei 22 negara tersebut, hanya 20% percaya 'menguntungkan'.

Kebanyakan warga Pakistan juga menentang penglibatan AS di Afghanistan, 65% mengatakan pasukan AS dan NATO perlu ditarik segera. Amat sedikit yang percaya Taliban dan al-Qaidah merupakan ancaman kepada negara mereka. Hanya 25% percaya 'buruk bagi Pakistan jika Taliban kembali mengambil alih Afghanistan', sementara 18% berfikir sebaliknya dan 57% mengatakan 'hal itu itu tiada masalah.'

Itulah rahsia kisah misteri hidung baru yang dipromosi oleh TIME di London semalam.

Rujuk semula..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails