Wednesday, March 10, 2010

Ceramah Di Felda, Pengerusi Anak Felda Ditangkap.


KUALA LUMPUR, 10 Mac: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, sebentar tadi mengesahkan bahawa beliau ditangkap dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) berkata, polis tidak memberitahunya sebab beliau ditangkap. Pun begitu, beliau tidak menolak kemungkinan penangkapan itu ada kaitan dengan ceramah politik di Felda Klau, Raub petang tadi.

Sebelum pada itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudddin Ayub berkata, pihak polis wajib menjelaskan tujuan penangkapan tersebut.

"Sebagai rakyat, Mazlan sendiri wajib diberitahu sebab penangkapan beliau, itu hak asasi mereka yang polis tak boleh nafikan," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Penangkapan itu, menurutnya sekaligus mengakibatkan rakyat bertambah benci kepada Umno dan BN sendiri. (Harakah)

1 comment:

Anonymous said...

Bila polis mengganas itu tandanya kemenangan PR sudah hampir.

Cuma biarlah polis bertindak secara profesional...bukan di perkudakan oleh org politik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails