


Anggota Hizbut Tahrir mengadakan demonstrasi di beberapa buah bandar termasuk di ibu negara Jakarta, sebagai membantah isu tindakan kerajaan menyelamatkan Bank Century berjumlah AS$700 juta (RM2.5 bilion).
Di Jakarta, ribuan penunjuk perasaan menguasai jalan raya bersama keluarga dan anak-anak mereka sambil membawa sepanduk yang mengecam sistem kapitalis sebagai punca kepada kegiatan rasuah.
"Skandal Bank Century merupakan bukti kegagalan sistem kapitalis," menurut kenyataan pada sebuah daripada sepanduk.
"Dengan mengamalkan sistem Syariah di bawah khalifah Islam, Indonesia bebas daripada rasuah," menurut satu lagi sepanduk.
Penggubal undang-undang kini sedang meneliti dakwaan rasuah yang berkaitan dengan tindakan menyelamatkan Bank Century tahun lepas selepas ketua juruaudit negara tersebut menemui tanda-tanda kukuh wujudnya 'pencabulan' undang-undang.
"Sistem kapitalis telah menghancurkan ekonomi kita. Itu merupakan punca kepada semua masalah di negara kita," kata jurucakap Hizbut Tahrir, Muhammad Ismail Yusanto pada perhimpunan itu.
Presiden Susilo telah dipilih semula dalam satu kemenangan besar pada pilihan raya pada bulan Julai lalu yang mana beliau berjanji untuk membanteras rasuah yang sudah sebati di negara itu.
Namun popularitinya telah diuji dengan skandal yang membelenggu suruhanjaya anti-rasuah Indonesia dengan kira-kira AS$715 juta (RM2.6 bilion) jaminan kerajaan daripada bank. - Agensi.KUALA LUMPUR: Awas kepada lelaki yang ghairah mengambil ubat untuk menguatkan tenaga batin kerana pakar perubatan mendedahkan ubat berkenaan boleh memberi kesan sampingan yang menghakis ciri kejantanan iaitu buah dada mereka boleh membesar seperti wanita hingga terpaksa memakai coli. Laporan Mymetro hari ini.
Ini kerana, banyak ubat menguatkan tenaga batin lelaki yang terdapat di pasaran sekarang sama ada jenis krim, herba atau makanan kesihatan tambahan didapati mengandungi streroid dan perangsang hormon wanita dinamakan estrogenik.
Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby , berkata steroid dan estrogenik dikenal pasti antara punca utama yang menyebabkan lelaki mengalami masalah gynecomastia atau tumbesaran buah dada. Beliau berkata, selain ubat penguat tenaga batin lelaki, steroid dan estrogenik juga menjadi ramuan utama dalam ubat penyakit gastrik dan penenang minda.
“Dan ini bermakna, lelaki yang mengambil ubat gastrik dan penenang minda tanpa kawalan atau tidak mengikut panduan doktor juga berisiko mengalami gynecomastia iaitu buah dada mereka membesar. Jika pun saiznya tidak sampai ke tahap sama besar dengan buah dada wanita, yang pasti ia lebih besar berbanding lelaki normal,” katanya.
Dr Ismail berkata, pemerhatiannya mendapati jumlah lelaki yang mengalami gynecomastia di Malaysia semakin meningkat kebelakangan ini dan sebahagian besar mereka tidak tahu ia berlaku disebabkan kesan sampingan ubat penguat tenaga batin, gastrik atau penenang minda.
Menurutnya, kebiasaannya pada peringkat awal penghidap gynecomastia tidak mengetahui atau menyedari mereka menghidap penyakit itu namun berasa ada sesuatu yang tidak kena apabila buah dada mereka berasa sakit dan ada ketulan isi di bawah puting.
“Ketulan keras menunjukkan bahawa seseorang itu menghidap barah payudara tetapi bagi gynecomastia, ketulannya lembut dan ia sakit apabila disentuh. Jika ada tanda-tanda awal ini, segeralah jalani pemeriksaan doktor,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Ismail mengakui masalah buah dada besar di kalangan lelaki turut berkait rapat dengan obesiti atau berat badan berlebihan, namun itu tidak bermakna perkara ini normal kerana nisbah secara rawak menunjukkan daripada empat lelaki obes, seorang akan menghidap gynecomastia.
“Jika lelaki obes menghidap gynecomastia, apabila mereka mengurangkan berat badan, berat badan dan saiz perut mereka mungkin berkurang tapi buah dada mereka akan meleper dan londeh,” katanya.
Selain itu, kata Dr Ismail, masalah gynecomastia juga berlaku akibat kanser alat sulit dan berkaitan baka yang boleh menyebabkan gangguan hormon testosterone. Menurutnya, disebabkan semakin ramai lelaki menghidap gynecomastia, kini sudah terdapat coli khas untuk lelaki yang berfungsi menutup buah dada mereka daripada kelihatan terbonjol hingga menimbulkan rasa tidak selesa dan memalukan.
Oleh itu, Dr Ismail berharap lelaki yang ghairah atau taksub untuk menguatkan tenaga batin supaya berfikir panjang dengan turut memikirkan kesan sampingan ubat yang mereka ambil bagi mengelakkan buah dada mereka semakin membesar. Antara cara selesainya ialah dengan pembedahan. Tetapi yang terbaiknya ialah cegah dulu sebelum terjadi.(AK)
KANGAR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhasrat mengembangkan kegiatan dakwahnya sehingga ke pusat-pusat hiburan namun larangan Jabatan Agama Islam Selangar (JAIs) terhadapnya menghalang usaha itu.
Katanya beliau bercadang memulakan usaha itu di Selangor kerana terdapat banyak pusat hiburan di negeri itu dikunjungi oleh golongan Melayu.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan motivasi sempena hari keluarga RTM Perlis di Tasoh Lake Resort & Retreat di sini hari ini, beliau berkata pada masa ini tumpuan ceramah oleh pendakwah hanya pada majlis rasmi dan tempat beribadat.
"Sepatutnya mereka juga memasuki pusat-pusat hiburan untuk menyedarkan golongan Melayu sedikit demi sedikit tentang kefahaman Islam sebenar," kata bekas mufti yang mencetuskan kontroversi di Selangor.
Ketika menyampaikan ceramah, Mohd Asri mencadangkan para artis tanah air supaya menyelitkan budaya murni dalam persembahan mereka termasuk menasihati orang ramai melakukan sesuatu yang baik semasa persembahan mereka.
Sebagai individu yang berpengaruh di kalangan masyarakat, beliau berkata golongan artis mempunyai peranan membentuk sikap masyarakat sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya.
Mohd Asri turut menyelar segelintir ibu bapa yang membiarkan tabiat songsang anak-anak mereka termasuk anak lelaki yang mempunyai jiwa perempuan dan lebih suka berlagak perempuan.
Katanya setiap lelaki perlu menjadi lelaki dan mereka tidak boleh diubah menjadi perempuan melalui perubahan perlakuan dan pakaian.-BERNAMA
Komen Blog Ibnu Hasyim: JAIS kena dengar tu, dakwah kena sampai ke pusat-pusat hiburan di Selangor.
PRM adalah satu2nya parti politik berhaluan kiri yang di tubuhkan sebelum merdeka yang masih wujud sehingga kini. PRM yang telah di asaskan oleh Presiden pertamanya Ahmad Boestamam adalah kesinambungan daripada Kesatuan Melayu Muda(KMM) yang di tubuhkan pada tahun 1937 dan apabila ianya di haramkan oleh pemerintah Jepun maka aktivis2nya telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) pada tahun 1945 sebagai sebuah wadah untuk menuntut kemerdekaan.
Pada tahun 1946 PKMM telah mewujudkan cabang pemudanya yang di berinama Angkatan Pemuda Insaf(API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam di samping cabang wanitanya yang di beri nama Angkatan Wanita Sedar (Awas) yang telah di pimpin oleh Shamsiah Fakeh. Namun begitu pihak British telah melihat parti2 ini mendatangkan bahaya kepada kelansungan pemerintahan mereka lalu telah mengistiharkan darurat dan parti2 politik ini telah di haramkan.
Ramai aktivis parti parti dan pertubuhan pro kemerdekaan telah di tahan di bawah undang2 darurat. Antara yang di tahan ialah Ahmad Boestamam iaitu ketua API. Perintah darurat telah mengakibatkan segala aktiviti menuntut kemerdekaan hampir lumpuh. Maka dengan itu beberapa aktivis yang tidak dapat di tahan oleh pihak British telah mengambil keputusan untuk masuk ke hutan dengan memulakan perang gerila menentang British. Dr Burhanudin pula telah berjaya meloloskan diri ke Singapura dan terselamat daripada tangkapan kerana pada waktu itu Singapura masih belum di laksanakan perintah darurat.
Selepas di bebaskan Ahmad Boestamam telah menubuhkan PARTI RAKYAT iaitu pada 11 November 1955. Parti ini kemudiannya telah bergabung dengan Parti Buruh dengan membentuk Barisan Sosialis dan telah berjaya memenagi 8 kerusi Parlimen pada PRU 1959. Barisan Sosialis juga telah berjaya menguasai banyak kerusi-kerusi Majlis Kerajaan Tempatan memaluli pilihan raya kerajaan tempatan.
Namun begitu Barisan Sosialis akhirnya terpaksa di bubarkan dan Parti Rakyat kembali bergerak secara solo sebagai antara parti pembangkang utama negara pada ketika itu. Pada tahun 1970 parti ini telah di tukarkan namanya kepada PARTI SOSIALIS RAKYAT MALAYSIA(PSRM) yang telah di pimpin oleh Kassim Ahmad. Pihak kerajaan telah mengambil kesempatan daripada pertukaran nama Parti Rakyat kepada Parti Sosialis untuk mebuat propaganda bahawa PSRM adalah sebuah parti komunis untuk menjauhkan sokongan rakyat kepada parti ini. Ramai pemimpin parti ini telah di tahan di bawah undang-undang ISA. Bermula daripada itu bermulalah zaman kegelapan PSRM dan parti itu telah gagal untuk mendapatkan kerusi untuk setiap kali Pilihanraya.
Setelah parti itu di pimpin oleh Kampo Radjo sekali lagi parti itu telah membuat perubahan kepada nama parti dengan mengugurkan perkataan Sosialis dan hanya menjadikan parti itu sebagai Parti Rakyat Malaysia(PRM). Namun begitu di era kepimpinan Dr SyedHusin Ali congress parti pada tahun 2003 telah mengambil keputusan untuk membubarkan PRM dan ahli parti itu menyertai Parti keADILan Nasional (keADILan) yang kemudiannya telah bertukar kepada Parti Keadilan Rakyat(PKR) setelah bergabung dengan ahli PRM. Syed Husin Ali telah di lantik menjadi timbalan Presiden parti itu. Walaupun mendapat sokongan majority daripada perwakilan parti di atas usul untuk bergabung dengan keADILan namun beberapa ahli jawatankuasa tertinggi parti itu membantah dan kemudiannya telah menghidupkan semula parti itu di bawah kempimpinan Hasan Karim.
Walaupun begitu parti ini telah di lihat tidak lagi mampu untuk bangun semula seperti awal kebangkitannya. Mungkin melihat kepada itu Hasaan Karim telah mengusulkan agar parti itu menjadi satu kompenan parti Pakatan Rakyat. Hasratnya itu telah di tentang oleh majority ahli parti kerana sejarah ahli PRM yang memasuki PKR telah membuktikan bahawa mereka sebenarnya terpinggir di dalam PKR. Mungkin nama-nama ahli PRM yang memasuki PKR hanyalah tinggal seperti Dr Syed Hussin Ali dan Latefa Koya sahaja. Hala tuju dan ideology perjuangan Pakatan Rakyat yang tidak jelas dan bertentangan dengan prinsip perjuangan PRM juga adalah salah satu sebab mereka menolak untuk bersama dengan pakatan Rakyat.
Sebenarnya PRM memerlukan satu suntikan kekuatan untuk kembali menjadi parti yang berada di persada politik tanah air. Hanya gah pada nama tidak akan membuat parti itu untuk di terima rakyat di mana rakyat pada hari ini lebih cenderong untuk memilih antara BN dan PR. PRM sepatutnya menjadikan Parti Sosialis Malaysia(PSM) sebagai satu paradigma kepada mereka di dalam membangunkan semula parti yang di warisi Boestamam itu. PSM yang bangun dengan kekuatan akar umbi juga tidak bersama dengan Pakatan Rakyat namun kehadiran parti itu telah menjadi satu alternative kepada rakyat yang mula melihat kecelaruan parti2 politik yang ada pada hari ini sama ada di pihak BN ataupun PR.
Kini telah tiba masanya untuk pemimpin PRM memikirkan sama ada mahu terus untuk menjadi parti kelansungan sejarah parti politik
Untuk menyertai pilihan raya PRM sudah pasti tidak akan di beri ruang sama sekali oleh PR yang sudah sedia ada kerusi yang mereka miliki sama ada kerusi yang mereka menang atau mereka kalah di dalam PRU yang lalu. Jika PRM mahu juga menyertai pilihan raya maka sudah pasti pati ini akan menghadapi pertandingan 3 penjuru. Di saat rakyat hanya mahu memilih antara BN dan PR apakah mereka sedia memilih logo parti berlambangkan Seladang yang tidak mereka kenali untuk mereka undi? Begitu juga dengan pimpinannya yang tidak lagi di kenali seperti Syed Husin Ali, Kassim Ahmad dan Kamarulzaman Teh iaitu seorang tokoh pejuang kemerdekaan dari Pahang.
Oleh itu jika pemimpun PRM merasakan mereka adalah pejuang rakyat yang berprinsip dan sama sekali tidak akan mengadai perjuangan maka mereka sepatutnya melepaskan ego mereka untuk terus mempertahankan parti yang mereka sendiri sedar bahawa parti mereka adalah parti yang “Hidup segan mati tak mahu”.
Mungkin ijtihad mereka untuk bergabung dengan PKR adalah satu kesilapan tetapi tidak mustahil jika kali ini mereka memilih parti yang benar-benar menjiwa perjuangan rakyat sebagaimana PRM suatu ketika dahulu. Ini adalah lebih baik daripda menyertai parti-parti di dalam Pakatan rakyat yang di lihat kini penuh dengan permainan politik.
Parti yang di maksudkan itu adalah Parti Sosialis Malaysia yang kini sebuah parti marhaen yang di pimpin oleh aktivis2 sentiasa hidup dengan penderitaan rakyat. Apatah lagi pengerusi parti ini sendiri adalah salah seorang daripada pimpinan PSRM pada suatu ketika dulu yang telah di uji ketahanan prinsip perjuangannya. Jikalah benar pimpinan PRM sekarang tidak pernah memikirkan jawatan dan kepentingan maka sudah sepatutnya mereka memikirkan agar PRM di semadikan dan mereka teruskan amanah perjuangan Boestamam dengan memilih PSM sebagai satu wadah perjuangan yang baru. (AK)
PETALING JAYA, Dis 4 — Sisters in Islam (SIS) gesa pihak berkuasa melayan transeksual warga Malaysia, Fatine yang kini berhadapan dilema perundangan dan budaya termasuk kemungkinan dikenakan tindakan imigresen, dengan perikemanusiaan dan hormat.
Malah Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari juga berhak menerima perlindungan yang sama di bawah undang-undang negara ini, kata Pengurus Program SIS Mas Elati Samani.
“Cik Fatine berhak dilayan dengan perikemanusiaan dan dengan hormat serta mendapat perlindungan yang sama di bawah undang-undang.
“Walau bagaimanapun, hak-hak sebegini jarang-jarang dihormati oleh pihak berkuasa tempatan dan masyarakat umum terhadap masyarakat transeksual,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi hari ini.
Fatine kini juga berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British. Ian, 30, yang memiliki sebuah syarikat penyelenggaraan hartanah “berkahwin” dengan Fatine, 36, dalam satu majlis sivil di London Mei lalu selepas berkenalan di Kuala Lumpur tiga tahun lalu.
Dia berkenalan dengan Fatine di sebuah kafe Starbucks di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 ketika dia bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia. Dia mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun. Jurusolek itu dilaporkan tidak mahu melakukan pembedahan penukaran jantina kerana takut pada risiko di samping gembira dengan keadaan dirinya yang sedia ada.
Menurut Mas Elati, SIS ingin mengingatkan pihak berkuasa bahawa di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita sejak 1995, Malaysia berkomited untuk menghormati hak kaum wanita. Oleh itu katanya, SIS menggesa pihak kerajaan dan institusi tempatan menonjolkan sikap positif dalam mengubah sikap masyarakat dengan menghormati kewajipan hak asasi manusia.
“Tambahan pula, pihak kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk memastikan semua pihak berkuasa dan institusi awam bertindak bersesuaian dengan kewajipan ini, termasuklan Jabatan Imigresen,” katanya lagi.
Sehubungan itu tambah beliau, SIS memandang serius kenyataan Ketua Pengarah Imigresen Abdul Rahman Othman baru-baru ini.
“Kami mempersoalkan mengapa beliau telah memilih Cik Fatine dan menuduh beliau telah memalukan negara atas kesalahan imigresen, walhal lebih daripada setahun yang lepas, pihak kerajaan telah menggunakan pendekatan yang agak sederhana bagi rakyat Malaysia yang tinggal melebihi tempoh di United Kingdom (UK).
“Kami terkenang kembali ketika Menteri Dalam Negeri terdahulu (Datuk Seri Syed Hamid Albar), mengatakan bahawa kerajaan
Malaysia akan memberi kerjasama terhadap skim penghantaran pulang sukarela oleh kerajaan UK, dan tidak akan mengenakan tambahan penalti ke atas mereka yang pulang secara suka rela,” katanya.
Terdahulu Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) memberitahu The Malaysian Insider tentang kesediaan untuk membantu Fatine. Menurut beliau ada banyak pilihan untuk membantu Fatine jika memerlukan bantuan dan Jakim sedia mengadakan perbincangan dengannya kerana “ada peluang untuk membaiki keadaan.”
Bagaimanapun beliau enggan berkongsi pilihan-pilihan yang ada pada Jakim sekarang. Fatine juga menerima sokongan moral Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru Zulkifli Noordin yang lazimnya berpendirian lantang dalam isu-isu agama. (Sumber: The Malaysian Insider/AK)
Komen Blog Ibnu Hasyim: Benarkah dikatakan SIS pembela kaum kahwin sejenis? Pembela ''makhluk 2 alam', kaum yang mewarisi budaya jahat zaman Nabi Lut?
“Bukan mahu membangga diri, saya juga pernah memberikan ceramah di luar negara dan mendapat sokongan mufti di negara berkenaan,” kata penceramah muda dan bekas penyanyi rock, Akhil Hayy, semalam.
Menurutnya, berdasarkan pengalaman itu, beliau tidak pernah berceramah dalam ‘gelap’ dan sentiasa terbuka kerana mahu masyarakat menilai sendiri input yang mampu ditawarkan kepada mereka.
Akhil berkata, Jais sepatutnya peka dan menyedari tempoh 15 tahun beliau berkecimpung dalam bidang itu (ceramah) selepas meninggalkan dunia artis sepatutnya dilihat dengan hati yang terbuka.
“Apa yang dilakukan adalah untuk membawa kebaikan kepada pendengar dan sudah pasti pengalaman yang dimiliki mahu dikongsi bersama dengan pendengar supaya dapat membantu mereka setidak-tidaknya mampu menyedarkan mereka supaya kembali menjadi insan yang memiliki nilai murni,” katanya, semalam.
Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam, berkaitan kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang menganggap bekas penyanyi rock itu tidak mempunyai latar belakang agama yang mencukupi bagi memberikan ceramah agama selain mengharapkan populariti sebagai artis semata-mata.
Bukan itu saja, penceramah yang pernah menjadi pengacara sebuah rancangan ilmiah di televisyen itu juga tidak pernah diberikan sebarang kelulusan berceramah dan pernah ditahan Jais, beberapa tahun lalu. Akhil berkata, sebagai umat Islam yang sentiasa patuh perintah Allah, setiap input ceramah yang diberikan semuanya berlandaskan kitab suci al-Quran dan hadis.
“Mengapa Jais melabelkan saya sebagai individu yang tidak memiliki latar belakang agama dan ia tidak sepatutnya berlaku.
“Jais sepatutnya meneliti pengalaman dan ilmu saya miliki dan bukan membuat tohmahan tidak tepat itu,” katanya mengakui pernah ke sebuah pusat pengajian Islam di negara jiran bagi memuhasabah diri selepas meninggalkan dunia artis.
Akhil mengakui beliau pernah ditahan Jais apabila berceramah sebelum ini tetapi menganggap ia cabaran sebagai seorang penceramah yang cuba membawa kebaikan kepada pendengar.
Menurutnya, apa yang dilakukan adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dimiliki dengan umat Islam lain dengan harapan mencetuskan perubahan diri mereka untuk menjadi umat Islam yang lebih baik.
“Lebih penting, saya bukan individu yang membawa ajaran sesat tetapi ceramah agama yang menjurus ke arah kebaikan.
“Sepatutnya, Jais melihat kemampuan saya yang melakukan transformasi dari dunia artis ke dunia yang lebih mampu mendekat dan menjadikan kita insan yang baik,” katanya yang mengakui terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Jais itu.
Bukan itu saja, Akhil berkata, beliau mengakui setiap manusia memiliki kelemahan tersendiri tetapi tidak bijak jika hanya menilai individu itu dengan hanya melihat penampilan luar tetapi tidak kepada input positif yang dibawa dan mampu diberikan kepada pendengar.
“Persoalannya, adakah kerana tidak memiliki latar belakang agama itu menjadi masalah besar sedangkan kita mampu memberikan sumbangan baik kepada masyarakat dan dijemput menjadi penceramah di negara lain yang menghargai ceramah disampaikan,” katanya.
Tanpa menidakkan hak Jais untuk membenar atau tidak seseorang itu berceramah di Selangor, Akhil berkata, pihak berkuasa agama itu perlu bersikap terbuka seperti yang dilakukan di negeri dan di negara lain yang menghayati kelebihan seseorang individu itu untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat.
Menurutnya, tempoh 15 tahun terbabit dengan aktiviti ceramah dan berdakwah di seluruh negara yang diterima baik masyarakat tidak wajar dilihat secara sempit oleh Jais.
“Tempoh itu cukup panjang bagi saya memuhasabah diri sehingga tidak terlintas dalam fikiran untuk menipu atau melakukan penyelewengan terhadap masyarakat.
“Saya percaya masyarakat mungkin selesa pendekatan ceramah yang saya lakukan dengan menampilkan pendekatan nyanyian ilmiah selain ceramah berhemah,” katanya.
Sebagai penceramah muda, Akhil berkata, dia bersedia ditegur atau dinasihat jika ada perkara yang tidak betul dilakukan tetapi ia perlu dilakukan dengan berhemah supaya ia dapat membawa kepada kebaikan. Apa yang pasti, katanya, Jais perlu melihat ‘track record’ dan tidak sewenang-wenangnya melakukan tohmahan yang boleh mematahkan semangat untuk menaburkan bakti kepada masyarakat.
“Saya tidak akan merayu hanya kerana mahu mendapatkan ‘skrip tauliah’ dan jika tauliah itu dijadikan pertimbangan, siapa yang akan mengajar mereka di luar sana,” katanya. (Sumber: MyMetro)
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Skrin 2009:
Walau berstatus masih tertuduh, polis Israel telah menembaknya 6 kali; 4 peluru bersarang di perutnya dan 2 lagi di paha kanannya. Setelah itu, rakan Yahudi yang dikatakan diserang itu, menggelek Wasim dengan kereta berkali-kali. Laman Aljazeera.net dan beberapa sumber lain mengatakan, selepas kejadian itu keadaan Wasim Usmah sangat kritis tetapi masih hidup.
Wasim yang meringkuk di hospital Hadasa Ain Karim, di kota Al-Quds, dikawal ketat oleh tentera, dan keluarganya tidak dibenarkan menziarah. Sedangkan penggelek Wasim hanya diinterogasi sejenak oleh pihak polis, kemudian dibebaskan dan tiada tinadakan apa-apa diambil.
Sementara itu Ketua Badan Islam-Kristian Menyelamat Al-Quds & Kesucian, Syekh Taisir Rajab Al-Tamimi berkata, "Ini adalah jenayah biadab yang jarang terjadi dalam sejarah. Bukan pula terjadi secara kebetulan, tetapi kekejian demi kekejian itu terjadi secara terancang, sebagai aplikasi dari setiap kata fatwa pendeta Yahudi radikal, yang menyeru untuk membunuh setiap warga Palestin dan orang Arab."
Syekh Taisir juga memberitahu, telah terjadi lebih dari 600 kes pembunuhan yang dilakukan oleh pemukim Yahudi terhadap orang-orang Palestin. Kes-kes itu tidak dibawa ke mahkamah kecuali 20 kes sahaja. Hukuman terberat yang pernah dijatuhkan hanya 6 bulan penjara, itupun tidak dilaksanakan! Peristiwa keji kali ini terjadi pada 25 Oktober 2009, tetapi baru petang hari Rabu lalu telah ditayangkan di TV 2 Israel, walaupun mulanya dilarang.
Wakil Aljazeera di Al-Quds, Ilyas Kiram, mengatakan, "Ditayangkannya video ini oleh TV 2 Israel boleh jadi kerana dua motif..
Usamah, bapa kepada Wasim memberitahu wakil Aljazeera itu, dia tidak akan berhenti menuntut hak anaknya, dan akan membawa kes ini ke mahkamah mana sekalipun, walau dengan cara apapun. Hingga kini, ia tidak tahu bagaimana keadaan anaknya.
Hari Khamis lalu Dis 3, Menteri Hal Ehwal Maklumat Palestin di Gaza mengatakan, "Kejadian ini merupakan jenayah perang baru, yang menambah panjangnya silsilah kejahatan perang dan penjajahan yang dilakukan Israel." Pada hari yang sama, Menteri Kebudayaan Palestin di Gaza meminta seluruh media menyebarkan kejahatan ini, bagi membongkar silsilah kebiadaban penjajah Zionis Israel. (Pelbagai sumber/AK)
Fatine Perlu Berani Hadapi Kesan Tindakannya - Jakim
PETALING JAYA: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari atau Fatine tidak perlu menyalahkan pihak lain dan takut untuk berhadapan dengan sebarang implikasi jika pulang ke tanah air.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz berkata, Fatine perlu berani menghadapi kenyataan dengan tindakan nekadnya menikahi kaum sejenis di United Kingdom (UK) pada Mei lalu.
"(Fatine)Tak boleh salahkan mana-mana pihak, dan dia tak perlu takut dengan sesiapa, dia dah berani buat perubahan pada dirinya, dia kena berani hadapi kesannya sekarang," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Fatine yang takut untuk pulang ke Malaysia kerana menerima pelbagai reaksi mengenai tindakannya itu termasuk pihak imigresen atas kesalahan tinggal lebih masa di negara lain.
Wan Muhammad berkata, Jakim sedia memberikan sebarang pertolongan kepada Fatine termasuk memberikan bimbingan untuk memperbetulkan akidahnya.
"Kita sedia memberikan kaunseling ataupun bimbingan dari segi akidah kepadanya, perkara-perkara sebegini jabatan agama Islam negeri juga boleh uruskan.
"Saya difahamkan Fatine berasal dari Selangor, jadi Jakim boleh bekerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk bantu mana yang perlu.
"Tapi bagaimanapun Fatine perlu pulang ke Malaysia dahulu dan beliau sendiri perlu sedia untuk berubah atas tindakannya," katanya.
Ditanya sama ada Jakim akan membantu membawa pulang Fatine, Wan Muhammad berkata: "Dia pandai pergi, pandailah dia pulang."
Fatine, 36, seorang jurusolek artis kini menghadapi tindakan dihantar pulang ke negara ini selepas tinggal melebihi tempoh visa di UK.
Berhubung tindakan Fatine menikahi kaum sejenis, Wan Muhammad berkata perkara tersebut sememangnya tidak dibenarkan dalam Islam.
"Memang tak boleh dalam Islam, malah komuniti-komuniti lain juga tidak membenarkannya," katanya. (Sumber: Mstar Online/AK)
Komen Blog Ibnu Hasyim: Orang ramai nak tahu apa kuasa dan tindakan JAKIM?
oleh M Faqih ![]()
|