Saturday, December 12, 2009

Tubuh Persatuan Mangsa Suami Dicerai Isteri, Mesir.


SEKUMPULAN suami Mesir telah menubuhkan persatuan memperjuangkan hak-hak mereka dan melindungi dari kekejaman isteri mereka, yang mengambil kesempatan dari undang-undang negara itu membolehkan isteri cerai suami tanpa beritahu apa-apa pun.

Suami diperlakukan tidak adil, ditinggal isteri, bahkan terpaksa membela diri dari isteri dengan yang dengan tiba-tiba memutuskan dan menyingkir mereka. Kata Hamed Abdul Rahman seorang penaja dan ahli paling aktif persatuan tersebut kepada 'Al Arabiya'.

"Undang-undang perceraian tanpa syarat telah menjadi pedang yang tergantung di atas kepala suami," katanya. Tambahnya, waktu ini suami perlukan persatuan memperjuangkan hak-hak mereka dari tindakan 'tirani' wanita.

Dia bercakap mengenai 'Khol'a' atau undang-undang perceraian tanpa syarat, disahkan pada tahun 2000 yang telah memberi hak wanita cerai suami, jika suami melepaskan hak-hak finansialnya. Sebelum adanya khol'a, sangat sulit bagi wanita untuk dapat hak bercerai. Perlu ada bukti-bukti kukuh yang menyokong, contohnya kecederaan fizikal atau perlakuan zina.

Persatuan tersebut diberi nama 'Persatuan Suami Mangsa Cerai Mesir'. Bertujuan untuk menolak undang-undang samaratakan lelaki dan wanita mengenai hak perceraian, yang hak itu dulunya hanya ada pada suam sahajai.

"Lelaki telah hilang jati dirinya. Masa sebelum itu, seorang lelaki selalu berada di atas angin (kuasa wanita). Sekarang, wanita sebagai rakan sebaya sahaja. Jika lelaki mengancam akan menceraikan isterinya, maka isteri pun boleh lakukan hal yang sama. Bahkan boleh isteri menceraikan suaminya tanpa pengetahuan suaminya"

Persatuan tersebut ditubuhkan supaya lelaki dapat menyuarakan penolakan terhadap undang-undang perceraian tanpa syarat itu dan ingin membuktikan ianya bertentangan dengan hukum Syari'ah dan agama Islam. Persatuan itu berbangga dengan keahlian berdaftar sudah melebihi 1,000 ahli, yang terdiri dari orang ternama.

"Ramai ahli kami adalah tokoh masyarakat, tetapi saya tidak dapat dedahkan. Ada doktor, jurutera, pengusaha, aktivis hak asasi manusia dan lain-lain." Menurut Hamed, tidak semua ahlinya bercerai, kerana ramai juga yang masuk untuk menyokong persatuan dan bersimpati dengan mangsa.

"Yang paling menarik, realitinya ada ahli wanita (bukan hanya suami) yang masuk secara sukarela kerana mereka yakin pada peranan persatuan dalam melindungi keluarga di Mesir." Katanya lagi, menurut statistik rasmi, seorang suami diceraikan oleh isterinya dalam setiap 12 minit di Mesir, dan kini berjumlah 12,000 orang.

"Ini menunjukkan perceraian tanpa syarat tidak lagi dilakukan secara diam-diam dan tanpa pengecualian. Isteri bangga menceritakan kepada teman-teman yang mereka telah menceraikan suami-suami mereka. Undang-undang ini membuat wanita menjadi kejam" Hamed pun mengaku isterinya menceraikannya, dan dia tidak malu diceraikan isterinya.

Persatuan ini sedang memproses menggugat undang-undang bagi membatalkan undang-undang perceraian tanpa syarat itu. Pengaduan rasmi itu diajukan kepada Darul Iftaa, lembaga yang bertanggung jawab mengeluarkan fatwa agama Al-Azhar, dan Kementerian Agama & Wakaf Mesir, bagj membuktikan bahawa undang-undang tersebut menyalahi ajaran Islam. Pengaduan juga diserahkan ke Jaksa Penuntut Umum, Dewan Rakyat, Dewan Rendah Parlimen dan Kementerian Kehakiman Mesir untuk menggesa supaya undang-undang itu dibatalkan.

"Disamping membatalkan undang-undang, inisiatif kami juga bertujuan untuk merehabilitasi keadaan psikologi dan sosial pada suami yang diceraikan isteri, dan terus terang dikatakan ramai lelaki menderita kerana undang-undang ini.

"Lelaki yang dicerai juga menghadapi banyak kesulitan ketika mereka mencuba untuk memulai hidup baru. Kebanyakan mereka ditolak ketika mereka melamar wanita semula, seolah-olah mereka tertekan dengan penyakit menular sehingga wanita dengan tega menolak mereka."

Hamed juga menolak untuk mengakui bahawa undang-undang perceraian tanpa syarat telah memberi keadilan kepada wanita yang menderita dalam perkahwinan mereka. "Wanita menggunakan undang-undang ini untuk memuaskan keinginan peribadi dan untuk alasan yang paling mudah. Beberapa kes yang memalukan..."

Contohnya jelas Hamed, ada dua kes. Isteri berumur 90 tahun dengan 'gagah' menceraikan suaminya setelah 65 tahun berkahwin, dan satu kes lagi isteri berumur 75 tahun. Kedua-dua suami itu menjadi ahli persatuan. "Perceraian tanpa syarat tidak hanya digunakan oleh wanita muda, bahkan juga oleh wanita lanjut usia." (2MA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails