Friday, December 11, 2009

Mahfuz Naib Presiden PAS Silap -Nik Aziz

Gambar: Ariffahmi letakkan jawatan sebagai CEO PMBK

Harakah Daily net melaporkan..

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Pandangan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar supaya Ariffahmi Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) lebih awal turut mendapat nasihat Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz meminta Mahfuz supaya jangan mengambil tindakan terburu-buru dalam isu perjawatan Ariffahmi manakala Mahfuz pula secara terbuka berkata, beliau berlapang dada dengan teguran balas Mursyidul Am PAS itu.

Ketika ditanya wartawan semalam, Mahfuz berkata, beliau berlapang dada dengan teguran Nik Aziz kerana menganggap Mursyidul Am PAS itu seperti bapanya.

“Bagi saya Tok Guru (Nik Aziz) semacam bapa yang saya cukup kasih dan sayang, maka apa jua nasihatnya saya berasa berlapang dada, saya tidak patut berkecil hati kerana beliau bapa saya sendiri menegur saya,” jelas Mahfuz.

Nik Aziz dalam kenyataannya berkata, Mahfuz silap dalam hal ini.

Menurutnya, CEO PMBK itu seorang pegawai yang dilantik mengikut peraturan, dan sekiranya ingin berundur harus mengikut kaedah termasuk sekiranya ingin bercuti tiada sebarang masaalah.

“Apabila dia keluar (melepaskan jawatan), saya kena cari orang lain dan orang lain tu bukan orang sebarangan, boleh jadi orang yang telah bekerja.

“Sekiranya orang baru itu ingin berhenti untuk menduduki jawatan baru di PMBK, dia terikat pula dengan tempoh itu dan tempoh ini, kena bayar elaun dan lain-lain lagi,”ujar Nik Aziz dalam sidang medianya baru-baru ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menjelaskan, nasihatnya kepada Ariffahmi sebelum ini semata-mata untuk menjaga nama baik Nik Aziz.

“Ia satu pandangan kerana saya sayang pada Tok Guru (Nik Aziz) kerana tidak mahu ada pihak mencerca tok guru atas isu ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Beliau turut menegaskan bahawa nasihatnya kepada Ariffahmi sebelum ini bukanlah untuk mengajar Nik Aziz.

Ujarnya lagi, selagi Ariffahmi tidak berundur dari jawatan yang disandang membolehkan pemimpin tertentu Umno berpesta mencerca Nik Aziz menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

“Saya ini anak sahaja (di sisi Nik Aziz), sedangkan Tok Guru adalah bapa yang saya kasih. Yang saya nasihat bukannya Tok Guru, tetapi adik saya sendiri (iaitu) Ariffahmi supaya sedia berundur,” jelas Mahfuz.

“Ariffahmi pun saya anggap macam adik saya. Sebab itu saya yakin, Ariffahmi juga sayangkan Tok Guru, sama seperti saya sayangkan Tok Guru," katanya.

Isnin lalu, Mahfuz menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan CEO PMBK demi mengelakkan sebarang dakwaan kronisme oleh pihak tertentu dilemparkan kepada Nik Aziz.

Sebelum itu, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta beberapa pemimpin tertinggi PAS Pusat bermesyuarat bersama Nik Aziz, sebelum menasihatkan Ariffahmi supaya meletak jawatannya.

Ariffahmi sebelum ini berjanji lisan untuk meletak jawatan itu telah menghantar surat rasmi berkuatkuasa mulai 25 Disember ini. Namun kontrak perjawatannya memerlukan beliau memberikan notis selama tiga bulan Oleh itu beliau akan tamat perkhidmatannya dengan PMBK Mac tahun depan.

Berkata pula blog Al-Banjari (sedutan) : Apa ni Tuan Mahfuz???? Di satu masa nasihat agar jangan beri tekanan kepada TGNA namun di satu masa memberi tekanan kepada TGNA. Walaupun mungkin ia dinafikan sebagai tekanan… tapi mencampuri urusan orang lain adalah tanda kita rasa lebih bijak…. dan mengannggap orang itu tak bijak. Tidak mampu menangani masalah bererti perlu meletak jawatan? siapa menekan siapa sekarang???

Semoga selepas ini Mahfuz lebih cermat membuat kenyataan dan mencampuri urusan orang lain. Beliau adalah Naib Presiden dan bukan lagi ketua penerangan.

Diangkat dari Blog Lajnah Penerangan Dewan Ulama PAS Pahang (sedutan): Dalam kes ini, saya kira Datuk Mahfuz masih belum memahami apakah yang dimaksudkan ‘persepsi’ dan kesan persepsi seperti yang dinyatakan oleh Profesor Abu Hassan ketika memberikan pandangannya dalam seminar politik Pas dua bulan lalu. Melalui kenyataan media seseorang pemimpin juga mencetuskan persepsi.

Oleh itu, sikap tidak berhati-hati Datuk Mahfuz memberi komen tentang Ab Ariffahmi bukan sahaja meningkatkan rasa kasih dan sayangnya kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz, sebaliknya membebankan mental dan mengeruhkan lagi suasana. Hanya yang tidak faham apa yang Datuk Mahfzu kata sahaja yang bersetuju bahawa kenyataannya adalah sebagai tanda sayangnya kepada Tok Guru Mursidul Am.

Tetapi bagi yang waras dan memahami permainan duni politik, pastinya beranggapan bahawa Datuk Mahfuz cuba menjadi ‘hero’ di akhir pertandingan. Dalam erti kata yang mudah Ahli Parlimen Pokok Sena berkenaan cuba mengambil posisi di saat-saat akhir pertandingan dalam kemelut pentadbiran Kelantan atas kapisiti sebagai Naib Presiden Pas untuk mendapatkan ‘millage politic’ dirinya sendiri.

Akhirnya, saya secara ikhlas menasihatkan Datuk Mahfuz Omar supaya lebih matang dan belajar bagaimana nak berdepan dengan media dari Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Kedah.

Penuhnya sila klik di sini..

1 comment:

Anonymous said...

Komen dan nasihat YB Mahfuz adalah satu komen yang adil dan profesional.
Kita semua maklum mana-mana jawatan seperti CEO organisasi bawah MB dilantik atas kapasiti politik. Ia tidak sama seperti menjawat jawatan Pengetua sekolah atau Pengarah Penjara Pengkalan Cepa. Hatta mereka ini juga boleh dipindahkan dlaam 24 jam.
Mahfuz memang adil dalam meminta Arif Fahmi meninggalkan pejabat itu
Mudah, dalam organisasi seperti itu seorang anak termasuk menantu tidak layak dilantik. Ia dianggap nepotisme. Apa lagi ianya dibawah kuasa MB sendiri.
Kalau seorang profesor melantik anaknya sebagai pensyarah dalam jabatn yang sama dengannya juga dianggap nepotisme walaupun dia ini ada PhD dari Harvard dan Yale.
Kalau Arif Fahmi menjadi CEO di Kedah atau Selangor semua ini tidak akan timbul.
Sama seperti memepersoalkan KJ yang duduk di tingkat 4 JPM semasa Pak Lah jadi PM.
Jadi bila ini membabitkan TGNA, sepatutnya ianya tidak akan terjadi.
Jika Arif Fahmi seorang jururtera yang handal. Mungkin graduan dari London atau Ivy League di Amerika Syarikat, kenapa perlu kerja di bawah ketiak bapa mertua?
Sebagai menantu Arif Fahmi sepatutnya malu duduk di Kota Bharu dan menggunakan tiket menantu MB. Dia sepatutnya keluar mencari rezeki di Kuala Lumpur ataupun sehingga ke Singapura dan Timur Tengah. Kalau betul dia ada ijazah yang berkualiti.
Dan bukan di agensi kepunyaan bapa mertua. Sikap seperti ini sudah jelas mnimbul tanda tanya.
Kita tidak akan salahkan TGNA sebagai bapa mertua. Tetapi kita hairan dengan sikap seorang jurutera seperti Arif Fahmi yang sepatutnya merasa malu dan perlu mengetuai satu agensi yang di bawah telunjuk bapa mertua sendiri.
Saya rasa ratusan jurutera anak Kelantan yang tidak kurang hebat seperti Arif Fahmi yang juga layak mengetuai agensi seperti ini. Kenapa tidak ada iklan segra bagi mengisi kekosongan ini? Kenapa perlu tunggu Mac 2010?
Saya yakin Mahfuz bertindak ikhlas sebagai seorang bapa dan seorang mertua.
Jika kita mempunyai menantu tentu kurang selesa jika ditanya tentang pekerjaan menantu kita yang sama sepejabat.
Harapan kita semua, yang salah kita kena betulkan dan bukan terima bulat-bulat semata-mata kerana dia itu seorang ulamak.
Harap mereka yang merasa ada usaha mengjatuhkan TGNA agar melihat persoalan ini dari sudut yang lebih realistik dan adil.
YB Mahfuz telah menjalankan tugasnya sebagai seorang pemimpin rakyat dan umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails