Sunday, December 06, 2009

7 Sebab, Mengapa UMNO Lemas -Nik Aziz,





TAMAN MELEWAR, SEL Dis 5, 09: UMNO kini berada dalam keadaan 'lemas' dalam usaha mereka untuk merampas semula Kelantan dari PAS dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang lain. Walaupun menyedari mereka berada dalam keadaan begitu, Umno masih 'meraung-raung' dengan pelbagai cara bagi mencapai cita-cita mereka untuk mengambil semula negeri itu. Begitulah antara ucapan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Markas PAS di Taman Melewar malam tadi.

"Oleh kerana mereka dalam keadaan lemas, mereka meraung-raung bermacam-macam, termasuk tuduhan yang dilemparkan kepada saya.. Dia (Umno) tengok saya berserban, tidak pandai memerintah negeri dan saya pakai jubah tak tahu apa-apa pun. Jadi tuduhan itu macam-macam. Dia tahu bahawa dia sedang lemas." Kata Tok Guru Nik Aziz.

Itu.. Satu.

Antara isu-isu lain yang beliau sebutkan:

Kedua: "MCA (sekarang) kacau bilau sedangkan MCA jadi tongkat (BN) sebelah kanan. MIC, jadi tongkat kiri, kini jadi kacau bilau. Oleh kerana tak tahu nak buat apa, mereka lempar tuduhan kepada saya," kata Nik Aziz.

Ketiga: Nik Aziz mengulas mengenai situasi politik terkini yang hadapinya termasuk demonstrasi yang dianjurkan oleh Umno minggu lalu yang mendesak beliau melepaskan jawatan berhubung isu doanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, Umno lemas!

Keempat: Umno Terengganu berpecah kepada dua kumpulan dan krisis di Perak di mana berlakunya usaha perebutan merampas kerusi speaker DUN.

Mursyidul am PAS itu juga mengumpamakan Umno sebagai seorang 'datuk yang cuba memujuk cucunya yang tidak mahu berhenti menangis setiap pagi, "Oleh kerana mahu cucunya senyap tidak menangis, dia kata, "burung! burung! Nik Aziz! Nik Aziz,! " Membuatkan hadirin ketawa dan memberi tepukan .

Kelima: Menurut Nik Aziz, Umno juga berada dalam keadaan terdesak apabila mereka membuat rayuan menangguh pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong. "Kota Siputeh itu kawasan dia. Telah dikosongkan oleh speaker dan mahkamah bersetuju, speaker ada kuasa penuh (untuk isytihar kerusi itu kosong)... Speaker itu umpama pengadil dalam perlawanan bola sepak. Kalau (keputusan) pengadil boleh dibantah lagi, tak main bola lah, kita panggil berlaga betih lah!" kata Nik Aziz yang mencuit hati para hadirin.

"Keputusan speaker kita nak tolak macam mana? dia raja. Dalam DUN dan parlimen, speaker adalah raja. Dalam padang bola pengadil jadi raja. Begitu logiknya," tambahnya.

Keenam:
Apabila terdapat pendedahan yang mendakwa program anjuran Biro Tatanegara (BTN) mempunyai unsur perkauman. Kata beliau, "Kerja dia bertahun-tahun, hilang sekelip mata kerana rahsia BTN ini bukan untuk menyelamatkan negara tapi nak kata orang Melayu, Melayu! dan orang Cina, Cina! Kata beliau lagi, setakat ini, kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang mengarahkan pegawai dan kakitangannya supaya tidak menghadiri kursus anjuran biro tersebut.

Ketujuh: Mengulas isu doa supaya Allah membetulkan pandangan Najib yang juga presiden Umno berhubung isu royalti minyak kepada Kelantan, Nik Aziz berkata, adalah menjadi tugas orang yang dizalimi berdoa kepada Allah agar mendapat haknya kembali. "Buat apa perkara yang jahat atas muka dunia.. musnahkan! Lepas tu marah? Habis nak cakap macam mana lagi? nak tolong orang jahat?? Ya Allah tolong lah orang jahat??? Mana boleh!

Kata Tok Guru itu selanjutnya, "Beliau (Najib) nak beri (royalti) beri! Kalau tak beri, beliau berdepan dengan kemusnahan.." katanya. Bahkan, kata Nik Aziz, doa orang kafir yang dizalimi mustajab disisi Allah!

Majlis dipenerusikan oleh Saudara Tarmizi Mat Jam selaku Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu. Turut hadir, beberapa pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat antaranya, ahli jawatankuasa PAS pusat, Mohamed Hanipa Maidin; yang dipertua PAS Batu, Ishak Surin; ahli parlimen Batu, Tian Chua; pengerusi Kelab Penyokong PAS India, Balasubramaniam serta bekas pemimpin PAS Hassan Shukri dan Subky Latif. Hadirin, kira-kira 1,000 orang.

Ulasan Megat Ali Megat Alang

1 comment:

zamani said...

pensuruhjaya pas selangor, setia usaha beliau tak ada ke ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails