Friday, December 11, 2009

Indo, Kempen Perangi Rasuah Antarabangsa. M'sia?

Aksi lakonan melawan rasuah dalam perarakan di Jakarta, semalam.

Bertindak selepas dikritik enggan percepat siasatan skandal

JAKARTA: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berusaha memulihkan reputasi dan popularitinya dengan menyifatkan kempen memerangi rasuah sebagai 'jihad' dan berikrar untuk mengetuainya di barisan depan.

Pada masa sama, mereka yang terbabit dalam rasuah dan penyokong mereka pasti akan bertindak balas, kata Susilo dalam satu ucapan televisyen sempena sambutan 'Hari Anti Rasuah Antarabangsa' yang menyaksikan 15 perhimpunan di seluruh negara, semalam.

Ucapan itu dibuat ketika kritikan memuncak bahawa beliau menjejaskan usaha untuk menangani rasuah terutama selepas keengganan beliau untuk mempercepatkan siasatan terhadap skandal rasuah membabitkan agensi penguatkuasa, ahli parlimen dan parti politik beliau sendiri dalam isu Bank Century.

"Saya akan mengetuai jihad menentang rasuah. Ia kini menjadi satu musuh semua masyarakat," kata Susilo.

Beliau juga berkata, kumpulan yang mendapat manfaat daripada suasana toleransi rasuah tidak akan berdiam diri saja dan mereka pasti menggunakan apa juga cara menggagalkan usaha menghapuskan rasuah.

Susilo berkata, perhimpunan antirasuah dibenarkan berlangsung, tetapi ia perlu diadakan secara aman dan tenang. Pemimpin Indonesia itu dilaporkan akan ke Bali untuk menghadiri satu persidangan, lapor The Jakarta Globe.

Ahad lalu, Susilo mendakwa beliau mendapat maklumat bantahan yang diadakan semalam adalah satu usaha untuk menjatuhkan beliau.

Pihak berkuasa keselamatan merujuk kepada satu pertemuan di sebuah hotel baru-baru ini yang didakwa membabitkan aktivis, pemimpin awam dan ahli politik.

Bagaimanapun aktivis anti rasuah menafikan dakwaan terbabit. "Kami percaya kerajaan membuat andaian silap berdasarkan maklumat yang salah," kata Pesuruhjaya bagi Orang Hilang dan Mangsa Keganasan (Kontras), Usman Hamid.

Mengulas ucapan Susilo, anggota kanan Pakatan Persatuan Umum Anti Rasuah (Kompak), Fadjroel Rachman, berkata Susilo tidak mempunyai banyak sebab untuk berbangga mengenai kemajuan banteras rasuah.

Ini berikutan peningkatan sedikit dalam indeks persepsi rasuah negara itu dari 2.6 tahun lalu kepada 2.8 tahun ini, berdasarkan laporan Transparency International.

"Meningkat 0.2 peratus adalah terlalu kecil dan kita jauh di belakang Thailand, Brunei Darussalam dan Malaysia," katanya. Agensi

Blog Ibnu Hasyim: Indonesia ikutserta dalam kempen 'Hari Anti Rasuah Antarabangsa' , tetapi Malaysia semacam kurang minat.. Agak-agak kenapa ya? (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails