Monday, December 07, 2009

Dulu Wanita Sekarang Lelaki.

ANDREAS menunjukkan wajahnya semasa dia menjadi atlet wanita.


MAGDEBURG, Jerman - Seorang atlet wanita, Heidi Krieger pernah menjadi juara menembak di Eropah pada 1986 semasa mewakili Jerman Timur yang kini dibubarkan dan menjadi sebahagian daripada Jerman.

Namun, dia kini merupakan seorang lelaki setelah menjalani pembedahan penukaran jantina dengan menggunakan nama Andreas. Dia bertindak menukar jantina selepas mendapati dirinya mempunyai ciri-ciri kelakian semasa menjadi atlet akibat penyalahgunaan hormon testoteron. Selepas bersara pada 1990, Andreas menjalani pembedahan penukaran jantina manakala kad pengenalannya kini menyatakan dia ialah seorang lelaki.

Andreas yang kini bermisai memiliki sebuah kedai pakaian di bandar Magdeburg, 119 kilometer dari Berlin. "Saya cuma berusia kira-kira 16 tahun apabila jurulatih saya memberikan pil testoteron. Saya tidak diberi pilihan," kata Andreas yang kini berusia 44 tahun dan telah berumah tangga dengan seorang bekas atlet renang. - AFP

Sila lihat yang berkaitan..

1 comment:

Anonymous said...

Jerman Timur, Romania, Czechoslovakia serta bebarapa negara blok tirai besi era Soviet terkenal dengan atlit yang menimbulak kesangsian jantina sebenar mereka.
Ada juga peserta Austria yang kini punya nak yang bertukar jantina selepas memenangi pertandingan sukan Olimpik, musim panas dan sejuk.
Tidak hairan berita ini timbul.
Lebih menarik seorang khunsa Melayu yang mendaftar perkahwinan awam (bukan secara Islam) di Britain.
Isu utama ialah adakah beliau layak mendapat hak penduduk tetap Britain?
Isu keluar Islam tidak timbul, yang timbul ialah berapa lama sanggup hidup dalam perzinaan?
Jika beliau meneruskan amalan solat dan puasa di bulan Ramdhan dan meninggal dunia, adakah layak beliau dikafan dan disolat jenazah?
Harap Mufti terkanan dari perak dapat memberi satu fatwa SEBELUM mufti yang mentah dan muda membuats ebarang komen. Agar tidak timbul salah faham kepada umat Islam di Malaysia ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails