Saturday, December 05, 2009

Kahwin Sejenis: Jarang Dihormati Pihak Berkuasa -SIS


PETALING JAYA, Dis 4 — Sisters in Islam (SIS) gesa pihak berkuasa melayan transeksual warga Malaysia, Fatine yang kini berhadapan dilema perundangan dan budaya termasuk kemungkinan dikenakan tindakan imigresen, dengan perikemanusiaan dan hormat.

Malah Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari juga berhak menerima perlindungan yang sama di bawah undang-undang negara ini, kata Pengurus Program SIS Mas Elati Samani.

“Cik Fatine berhak dilayan dengan perikemanusiaan dan dengan hormat serta mendapat perlindungan yang sama di bawah undang-undang.

“Walau bagaimanapun, hak-hak sebegini jarang-jarang dihormati oleh pihak berkuasa tempatan dan masyarakat umum terhadap masyarakat transeksual,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi hari ini.

Fatine kini juga berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British. Ian, 30, yang memiliki sebuah syarikat penyelenggaraan hartanah “berkahwin” dengan Fatine, 36, dalam satu majlis sivil di London Mei lalu selepas berkenalan di Kuala Lumpur tiga tahun lalu.

Dia berkenalan dengan Fatine di sebuah kafe Starbucks di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 ketika dia bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia. Dia mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun. Jurusolek itu dilaporkan tidak mahu melakukan pembedahan penukaran jantina kerana takut pada risiko di samping gembira dengan keadaan dirinya yang sedia ada.

Menurut Mas Elati, SIS ingin mengingatkan pihak berkuasa bahawa di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita sejak 1995, Malaysia berkomited untuk menghormati hak kaum wanita. Oleh itu katanya, SIS menggesa pihak kerajaan dan institusi tempatan menonjolkan sikap positif dalam mengubah sikap masyarakat dengan menghormati kewajipan hak asasi manusia.

“Tambahan pula, pihak kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk memastikan semua pihak berkuasa dan institusi awam bertindak bersesuaian dengan kewajipan ini, termasuklan Jabatan Imigresen,” katanya lagi.

Sehubungan itu tambah beliau, SIS memandang serius kenyataan Ketua Pengarah Imigresen Abdul Rahman Othman baru-baru ini.

“Kami mempersoalkan mengapa beliau telah memilih Cik Fatine dan menuduh beliau telah memalukan negara atas kesalahan imigresen, walhal lebih daripada setahun yang lepas, pihak kerajaan telah menggunakan pendekatan yang agak sederhana bagi rakyat Malaysia yang tinggal melebihi tempoh di United Kingdom (UK).

“Kami terkenang kembali ketika Menteri Dalam Negeri terdahulu (Datuk Seri Syed Hamid Albar), mengatakan bahawa kerajaan

Malaysia akan memberi kerjasama terhadap skim penghantaran pulang sukarela oleh kerajaan UK, dan tidak akan mengenakan tambahan penalti ke atas mereka yang pulang secara suka rela,” katanya.

Terdahulu Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) memberitahu The Malaysian Insider tentang kesediaan untuk membantu Fatine. Menurut beliau ada banyak pilihan untuk membantu Fatine jika memerlukan bantuan dan Jakim sedia mengadakan perbincangan dengannya kerana “ada peluang untuk membaiki keadaan.”

Bagaimanapun beliau enggan berkongsi pilihan-pilihan yang ada pada Jakim sekarang. Fatine juga menerima sokongan moral Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru Zulkifli Noordin yang lazimnya berpendirian lantang dalam isu-isu agama. (Sumber: The Malaysian Insider/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Benarkah dikatakan SIS pembela kaum kahwin sejenis? Pembela ''makhluk 2 alam', kaum yang mewarisi budaya jahat zaman Nabi Lut?

5 comments:

Reformis Jalanan said...

Salam, Pak Hasyim.


Begitulah jika syaitan berbicara...

armouris said...

info tentang pertukaran jantina kat sini - Kekeliruan Identiti Jantina

Kuda Perang said...

Sisters in Islam (SIS) semakin ganas dan dahsyat.. Ya Allah bantulah kami menghancurkan kumpulan SIS yang memusuhi Islam itu.

Syabab said...

Salam
Dunia kini di ambang kemunculan Al Masih Dajjal..tidak hairan pemikiran seperti ini wujud skrg..mereka mengikut telunjuk Dajjal dan Syaitan..Berpegang teguh la wahai Umat Islam kpd Quran dan Sunnah..jgn kamu beriman sebahagian drpdnya shj..moga kamu dapat mengenalpasti helah dajjal.

Anonymous said...

fatine perempuan ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails