Wednesday, December 02, 2009

Budaya Mewah Dalam PAS, Jadi Macam UMNO?

by ASYOK KUMAR

Terima kasih
kepada pembuat gambar ini,
kami pinjam sekejap..


BUDAYA bermewah-mewah dalam PAS hari ini harus dibendung sebelum membarah. Kalau tidak dibendung dari sekarang, 'kita akan jadi UMNO', yakni berbudaya mewah macam pemimpin-pemimpin UMNO sekarang dalam beberapa tahun lagi.
Demikian kenyataan editor Blog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim menyokong tulisan Tulang Besi dalam Blog 'Malaysia Waves' hari ini, yang editornya ialah seorang yang bernama Abdul Rahman Abdul Talib.

"Syukur masih ada insan yang bersimpati dengan beliau, sanggup mengemail beberapa dokumen berharga dan penting, walaupun saya difahamkan beliau masih berada di luar negara." Jelas Hj Mohd lagi. "Teruskan mempertahankan kebenaran dan keadilan, bongkar terus kalau dirasakan perlu." Pada waktu yang sama, Tulang Besi juga telah mendapat 2 audio file berbentuk WAV yang juga dijangka boleh mengegarkan Fraksi UMNO dalam PAS.

Hj Mohd bersetuju dengan pendapat Abdul Rahman supaya jangan takut untuk mendedahkan kebenaran kerana rakyat Malaysia dikatakan mempunyai 100% hak untuk mengetahui apa sahaja penyelewengan yang berlaku. Kalau kita masih takut dan segan untuk berbuat demikian, maka kemungkaran akan berleluasa dan akhir sekali Allah SWT akan menurunkan bala dan kemurkaan Nya ke atas kita. Na'auzubillah! (AK)

Rujukan, sila klik tulisan lalu...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails