Friday, December 04, 2009

Demontrasi K/Bharu: Doa sampai Pecah Perut -Nik Aziz



KOTA BHARU Dis 4, 09. Menjawab bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa lalu, ribuan penyokong Menteri Besar itu hari ini mengadakan demonstrasi besar di Kota Bharu.

Perhimpunan yang diadakan di Jalan Dato' Pati dimulakan jam 10 pagi ini, sebaik sahaja selepas kuliah mingguan tokoh besar PAS itu di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan.

Para penyokong Nik Abdul Aziz memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru" sambil mendengar ucapan beliau sendiri, exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, pemimpin Pemuda PAS Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain. Nik Abdul Aziz berkata penafian bayaran royalti itu melanggar keadilan asasi.

"Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata Mursyidul Am PAS dengan sorak para penyokongnya.

Ratusan penyokong Umno, yang diketuai seorang pemimpin bahagian Pasir Mas, mengadakan demonstrasi di depan kompleks Kota Darulnaim bagi mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Perdana Menteri berhubung ugutan untuk berdoa bala terhadapnya. Mereka juga mendesak menteri besar melepaskan jawatannya.

Nik Abdul Aziz menyatakan hasratnya untuk berdoa sedemikian berhubung keengganan kerajaan persekutuan meyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar wang ehsan.

Lihat saranan Blog Ibnu Hasyim mengenai doa dan sembahyang hajat mengenai royalti minyak..

3 comments:

Anonymous said...

Nik Aziz: Kita doa sampai pecah perut

BELUM SEMPAT DOA SAMPAI PECAH DI PERUT SUDAH PECAH PULAK DI-MULUT YANG NIK AZIZ PERASUAH.

MACAM MANA NAK JADI ULAMA NI TOK GURU. JANGAN-JANGAN ULAR DALAM SEMAK TAK.

ADAKAH TUAN INGAT SEJARAH, MACAM MANA RASUL DI-PERLAKUKAN OLEH ORANG TAIF PADA MASA ITU.

APA YANG TELAH RASUL BUAT. RASUL TELAH BER DOA AGAR MEREKA MEREKA DAN ANAK CUC MEREKA DI-BERI TAUFIK DAN HIDAYAH AGAR MEREKA NANTI KELAK AKAN BERIMAN PADA ALLAH DAN RASUL NYA.

RASUL TAK DOA KAN BENCANA DAN LAKNAT BUAT MEREKA.

ITU SIFAT KEPERIBADIAN YANG SUCI DAN MURNI DI-TUNJUKAN DAN DI-AJARKAN NABI.

MASIH NAK NAFIKAN INI SEMUA WAHAI SAUDARA KU.

BAGI SAYA TUAN GURU TOK AZIZ ORANG YANG TAK BERILMU DAN BERAKHLAK SEORANG ULAMA MALAH NIK AZIZ ADALAH PENGIKUT SYAITAN YANG DI-LAKNATKAN ALLAH.

BERTAUBAT LAH KAMU SEMUA PENGIKUT AJARAN SESAT NIK AZIZ.

Anonymous said...

malaysiabaru.com said


TERINGAT PERUT ALTATUNYA PECAH

gara-gara sapa?

Anonymous said...

Makan duit orang berjuta-juta, padan kalau kena doa sampai pecah perut pun.

Bagilaa duit orang tuu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails