Saturday, December 05, 2009

Dakwah Kena Sampai Ke Pusat Hiburan S'ngor -Dr Asri

Dr Mohd Asri Cadang Kembang Dakwah Hingga Ke Pusat Hiburan

KANGAR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhasrat mengembangkan kegiatan dakwahnya sehingga ke pusat-pusat hiburan namun larangan Jabatan Agama Islam Selangar (JAIs) terhadapnya menghalang usaha itu.

Katanya beliau bercadang memulakan usaha itu di Selangor kerana terdapat banyak pusat hiburan di negeri itu dikunjungi oleh golongan Melayu.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan motivasi sempena hari keluarga RTM Perlis di Tasoh Lake Resort & Retreat di sini hari ini, beliau berkata pada masa ini tumpuan ceramah oleh pendakwah hanya pada majlis rasmi dan tempat beribadat.

"Sepatutnya mereka juga memasuki pusat-pusat hiburan untuk menyedarkan golongan Melayu sedikit demi sedikit tentang kefahaman Islam sebenar," kata bekas mufti yang mencetuskan kontroversi di Selangor.

Ketika menyampaikan ceramah, Mohd Asri mencadangkan para artis tanah air supaya menyelitkan budaya murni dalam persembahan mereka termasuk menasihati orang ramai melakukan sesuatu yang baik semasa persembahan mereka.

Sebagai individu yang berpengaruh di kalangan masyarakat, beliau berkata golongan artis mempunyai peranan membentuk sikap masyarakat sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya.

Mohd Asri turut menyelar segelintir ibu bapa yang membiarkan tabiat songsang anak-anak mereka termasuk anak lelaki yang mempunyai jiwa perempuan dan lebih suka berlagak perempuan.

Katanya setiap lelaki perlu menjadi lelaki dan mereka tidak boleh diubah menjadi perempuan melalui perubahan perlakuan dan pakaian.-BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: JAIS kena dengar tu, dakwah kena sampai ke pusat-pusat hiburan di Selangor.

1 comment:

Anonymous said...

Dah lama dah dia orang buat macam tu... tak caya, tanyalah ketua agama negeri selangor

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails