DIS 2, 09 Rabu lalu TV 2 Israel menayangkan potongan rakaman aksi biadab seorang pemukim Yahudi sedang menggelek seorang pemuda Palestin dengan keretanya berulang kali, sebelum akhirnya berhenti tepat di atas pemuda itu. Jeritan kesakitan pemuda itu membuatkan rakaman itu semakin mengiris hati yang melihatnya. Aksi keji ini terjadi di Hebron, Selatan Tebing Barat, Palestin, di depan mata polis Israel, petugas Bintang David Merah pengurus ambulan dan hadirin lainnya yang ada di situ.
Laman 'Infopalestin' berbahasa Arab menyiarkan, salah seorang di antara mereka menjerit dalam bahasa Ibrani "Gelek dia!" Sebahagian yang lain pula cuba menjauhkan kamera untuk menutup aksi keji ini dari media. Mangsa ialah Wasim Usamah Maswadah (21), seorang mahasiswa Universitai Jordan, bidang pengurusan. Polis Israel menuduhnya melakukan serangan terhadap dua orang Yahudi di pemukiman Kiryat Arba di Hebron.
Walau berstatus masih tertuduh, polis Israel telah menembaknya 6 kali; 4 peluru bersarang di perutnya dan 2 lagi di paha kanannya. Setelah itu, rakan Yahudi yang dikatakan diserang itu, menggelek Wasim dengan kereta berkali-kali. Laman Aljazeera.net dan beberapa sumber lain mengatakan, selepas kejadian itu keadaan Wasim Usmah sangat kritis tetapi masih hidup.
Wasim yang meringkuk di hospital Hadasa Ain Karim, di kota Al-Quds, dikawal ketat oleh tentera, dan keluarganya tidak dibenarkan menziarah. Sedangkan penggelek Wasim hanya diinterogasi sejenak oleh pihak polis, kemudian dibebaskan dan tiada tinadakan apa-apa diambil.
Sementara itu Ketua Badan Islam-Kristian Menyelamat Al-Quds & Kesucian, Syekh Taisir Rajab Al-Tamimi berkata, "Ini adalah jenayah biadab yang jarang terjadi dalam sejarah. Bukan pula terjadi secara kebetulan, tetapi kekejian demi kekejian itu terjadi secara terancang, sebagai aplikasi dari setiap kata fatwa pendeta Yahudi radikal, yang menyeru untuk membunuh setiap warga Palestin dan orang Arab."
Syekh Taisir juga memberitahu, telah terjadi lebih dari 600 kes pembunuhan yang dilakukan oleh pemukim Yahudi terhadap orang-orang Palestin. Kes-kes itu tidak dibawa ke mahkamah kecuali 20 kes sahaja. Hukuman terberat yang pernah dijatuhkan hanya 6 bulan penjara, itupun tidak dilaksanakan! Peristiwa keji kali ini terjadi pada 25 Oktober 2009, tetapi baru petang hari Rabu lalu telah ditayangkan di TV 2 Israel, walaupun mulanya dilarang.
Wakil Aljazeera di Al-Quds, Ilyas Kiram, mengatakan, "Ditayangkannya video ini oleh TV 2 Israel boleh jadi kerana dua motif..
- Pertama, kerana adanya persaingan media antara TV 2 dan TV 10 Israel.
- Kedua, Israel berusaha menciptakan kebiasaan tindakan keji di depan polis dan pekerja ambulan."
Usamah, bapa kepada Wasim memberitahu wakil Aljazeera itu, dia tidak akan berhenti menuntut hak anaknya, dan akan membawa kes ini ke mahkamah mana sekalipun, walau dengan cara apapun. Hingga kini, ia tidak tahu bagaimana keadaan anaknya.
Hari Khamis lalu Dis 3, Menteri Hal Ehwal Maklumat Palestin di Gaza mengatakan, "Kejadian ini merupakan jenayah perang baru, yang menambah panjangnya silsilah kejahatan perang dan penjajahan yang dilakukan Israel." Pada hari yang sama, Menteri Kebudayaan Palestin di Gaza meminta seluruh media menyebarkan kejahatan ini, bagi membongkar silsilah kebiadaban penjajah Zionis Israel. (Pelbagai sumber/AK)
No comments:
Post a Comment