Thursday, December 03, 2009

Transeksual: Bagaimana Dalam Negara Islam?

Fatine (kiri) bersama suaminya, Ian Young semasa perkahwinan mereka. -Foto FACEBOOK

Khamis Disember 3, 2009: Fatine Takut Pulang Ke Malaysia

LONDON: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.

Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia.

Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya.

Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama.

"Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya yang mengulas tentang laporan akhbar tersebut yang didakwa memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga mencetuskan reaksi negatif.

Bercakap pertama kali selepas akhbar The Sun di London mendedahkan berita itu, Fatine berkata dia tidak tahu hendak membuat apa-apa lagi kerana keluarganya telah memutuskan hubungan dengannya.

"Saya telah menghabiskan masa berjam-jam membuat panggilan telefon untuk memohon kemaafan. Saya amat menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku," kata jurusolek artis berusia 36 tahun itu.

Fatine yang berasa kesal dengan laporan tersebut yang didakwanya telah memutarbelitkan kisah cinta mereka sedangkan mereka tidak berniat untuk menghina masyarakat Melayu.

"Mereka juga telah menyiarkan nama bapa saya, sedangan itu sebenarnya tak perlu. Ibu saya pula berasa takut untuk meninggalkan rumah sekarang," tambahnya.

Fatine kesal kerana masyarakat Melayu berasa tersinggung ekoran perkahwinan mereka, walhal mereka cuma ingin hidup bersama di UK memandangkan mereka tidak boleh berbuat demikian di Malaysia.

Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".

Bagaimanapun, dia berharap keadaan akan beransur reda.

Fatine "berkahwin" dengan Ian Young, 30, pemilik syarikat penyelenggaraan hartanah dalam satu upacara sivil Mei lalu, menghadapi tindakan dihantar pulang ke Malaysia selepas permohonannya untuk mendapatkan visa 'Leave to Remain' ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri ekoran foto "salah".

Permohonan kedua yang disertakan foto berukuran pasport berlatar belakang putih dan bukannya biru telah dikemukakan untuk pertimbangan semula, namun permohonan itu juga telah ditolak Oktober lalu.

Pasangan itu baru mengemukakan permohonan buat kali ketiga untuk mendapatkan 'Right to Family Life (hak untuk kehidupan berkeluarga)' di bawah Akta Hak Asasi Manusia di Britain.

Pada Isnin lalu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, Jabatan Imigresen berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Fatine.

Ini kerana katanya, pihaknya memandang serius kes rakyat Malaysia tinggal melebih tempoh di luar negara.

Young bagaimanapun menegaskan permohonan Fatine masih sedang diproses oleh Agensi Sempadan UK. Justeru, katanya, Fatine tidak sepatutnya dikategorikan dalam golongan yang tinggal terlebih tempoh di UK.

"Setahu saya, pihak berkuasa tidak dibenarkan menahannya buat masa ini," katanya.

Ekoran laporan tersebut yang tidak memaparkan perkara sebenar, Young mendakwa, orang ramai beranggapan cerita mereka merupakan satu penghinaan kepada Islam sedangkan mereka tidak berniat berbuat sedemikian.

"Kami cuma mahu berkahwin, hidup bahagia bersama. Satu-satunya cara kami dapat berbuat demikian adalah di UK," kata Young.

Tambahnya, laporan tersebut juga seolah-olah menggambarkan mereka menghina undang-undang Islam.

"Ekoran gambaran sedemikian, saya berasa kami akan berada dalam keadaan bahaya jika kami cuba tinggal di Malaysia," ujarnya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Transeksual yang dimaksudkan di sini ialah lelaki memilih jadi perempuan. Bukan 'khonsa' seperti dalam istilah agama. Inilah hasil produk dari negara yang tidak mengamalkan cara hidup Islam. Lihat banyak hadis-hadis Nabi SAW yang menggariskan cara mendidik anak-anak sesuai mengikut jantina masing-masing dari awal.

Di Iran, Presiden Ahmadinejad sewaktu ditanya mengenai masalah transeksual (tukar jantina bukan 'khonsa'), ada atau tidak di Iran? Jawabnya, manusia seperti itu tidak ada di dalam negaranya. Itulah ciri-ciri negara Islam sebenarnya. Bukan macam di sini, di Belakang Mati Chow Kit, Jalan Bukit Bintang pun sudah berlambak-lambak. Belum lagi 1 Malaysia... (2MA)

3 comments:

Anonymous said...

Malaysiakini Lidah Rasmi DAP & PR mengutuk kerajaan UMNO/BN kerana mendiskriminasikan undang2 ke atas pondan.

Nak tgk reaksi pak lebai PAS mengenai pondan yang kawin sivil kt UK ngn org yang bukan Islam. Confirm dia org senyap psl Malaysiakini lidah rasmi PR.

armouris said...

info tentang pertukaran jantina kat sini - Kekeliruan Identiti Jantina

saudara rantau said...

Jangan gebang ja,

Laksanakan hukum Islam bagi mencegah masalah seumpama ini...

bukan saja masalah jantina ni malah melibatkan agama..

cuba tanya undang2 sekarang ni betul ker ikut penuh kanun Islam?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails