Tuesday, December 08, 2009

Mawaddah: Benarkah Nasyid Ini Sesat & Apa Sesatnya?

HALAMAN HIBURAN

DIS 7, 09 Hari ini, penulus blog 'orang muo' terkejut sangat apabila dapat tahu yang kumpulan nasyid Mawaddah yang selama ini beliau dengar, adalah dari golongan Rufaqa' iaitu orang Al-Arqam yang memuja Abuya Syaikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi. Ajaran Rufaqa @ Aurad Muhammadiah yang telah difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994.

Katanya, "..Maaflah kepada semua kerana saya baru tahu mengenai kumpulan ini. Rufaqa' atau Al-Arqam memang memperjuangkan nasyid untuk menyebarkan ajaran mereka selain bergiat dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Antara kumpulan nasyid yang terkenal adalah Nadamurni yang kini telah berpecah menjadi Rabbani, Hijjaz dan Raihan. Mawaddah juga antara kumpulan nasyid yang bernaung di bawah Rufaqa' Corporation.

Menurut nya, inilah ada dua buah lagu yang terang-terangan memuja Abuya dan menganggap dia adalah 'Putera Bani Tamim' yang akan memegang panji-panji Imam Mahdi. Di bawah ini sarikatanya..

Hadirlah Abuya

Hadirlah Abuya
Abuya lain dari yang lain Abuya paling ajaib di zamannya
Abuya tidak sekolah tinggi Tetapi ilmunya sangatlah tinggi

Abuya kaya tapi miskin Miskin tapi kaya
Kaya hidup orang-orang Yang membesarkan Akhirat
Daripada dunia

Abuya ulamak besar Abuya koporat besar
Abuya seniman besar Menjadi pemimpin dan penulis besar

Abuya tokoh politik besar
Tapi tidak masuk politik

Abuya pemimpin dan mahaguru
Abuya pendakwah besar Abuya perjuang besar

Orang yang sayang terlalu sayang
Orang yang benci terlalu benci
Abuya pemimpin yang dilantik
Tuhan secara semula jadi

Pengikut-pengikutnya tidak ramai
Tapi pengaruhnya besar Abuya itu sangat pengasih
Dan penyayang uburnya hadis
Untuk memberi iman kepada semua manusia

Abuya itu harganya haris
Berkongsikan dengan siapa saja
Anak dan juga isteri tidak dimewahkan
Supaya mereka itu kuat hubungan dengan Tuhan
Tapi tidaklah dibiarkan keadaan mereka sangat terpimpin

Abuya perjuangkan Tuhannya dan sistemnya
Abuya perangi sistem nafsu dan syaitan
Dengan kasih sayang Abuya membuat sistem Dalam sistem

Lahirlah etnik baru dikalangan Melayu
Poligami cara hidup yang dipilih
Perjuang untuk dapatkan daulah

Islamik yang secara dakwah dan kasih sayang
Sesama manusia.


Dia Putera Bani Tamim

Dia insan pilihan tuhan yang dijanjikan
di akhir zaman oooo
dia dilantik oleh tuhan memperbaharui
urusan agama di zamanmya
ilmunya luar biasa oooo

mampu menyelesaikan
segala permasalahan dunia
tanpa merujuk kepada sesiapa
kerna ilmunya ilham dari tuhan

dia pribadi awal kurun berperanan
jua di awal kurun
dia hadir membawa rahmat
seluruh alam sepertimana
hadirnya rasulullah ke dunia ini

hingga terasa oleh semua makhluk di zamannya
dan kehadirannya digeruni oleh musuh
namun tidak dapat ditewaskan dirinya
kerana di belakangnya ada tuhan
yang menjadi sumber segalanya

kepimpinannya amat disanjungi
yang kasih padanya terlalu kasih
yang benci pada dirinya terlalu benci
tiada ciri yang dimiliki oleh pemimpin lain di dunia
dialah yang utama paling dicintai tuhan

kerana dia jua amat mencintai dan takutkan tuhan
kepribadiannya amat membayangi rasulullah
kerana itulah dia digelar rasulli rasul..

dia hadir dikala dunia amat memerlukan
keberkatannya dia memperbaharui segala
sistem dunia yang sedia ada yang ternyata
tidak menyelamatkan dunia

lalu digantikannnya dengan sistem baharu
iaitu sistem tuhan yang selamat dunia dan akhirat
dan dialah seorang manusia luar biasa
dialah putera bani tamim.

Apa dan di mana sesatanya?

Tulis Blog itu...
Gambar:
penulis blog tersebut


Berikut adalah bentuk-bentuk keterlaluan dalam pendewaan (al-Ghuluw) terhadap Abuya...

.
a. Abuya adalah bayangan Rasulullah s.a.w. pada akhir zaman.

b. Sheikh Suhaimi dan Abuya adalah mujaddid dan pemimpin akhir zaman yang dijanjikan.


c. Abuya boleh berhubung dengan para wali sama ada yang hidup mahupun yang telah mati.


d. Abuya dikurniakan ilmu laduni dan kasyaf, iaitu dia boleh mengetahui keadaan para pengikutnya dengan hanya diberi nama, sama ada perkara terdahulu mahupun yang akan datang. Inilah manhaj yang digunakan untuk merekacipta kisah-kisah palsu dan fitnah terhadap ahli Arqam yang keluar dari jemaahnya.

e. Abuya adalah sumber berkat. Oleh itu apabila ada sesuatu pekerjaan penting atau perbincangan yang hendak diputuskan, hendaklah hadirkan dalam hati,
"Abuya, kuharapkan pertolonganmu."Apabila ada apa-apa kejayaan yang tercapai, mereka akan berkata,"Ini berkat Abuya @ berkat Sheikh Suhaimi."


f. Abuya adalah
al-Ghawth, iaitu boleh memberi pertolongan kepada sesiapa yang berada dalam kesusahan dan kecemasan, hanya dengan menyebut dan menyeru namanya, maka bantuan akan sampai.


g. Abuya adalah
Sohibuzaman @ pemilik zaman ini. Dia akan berkuasa dan memerintah dunia dan zaman ini sebelum diserahkan kepada Imam Mahdi.
Nauzubillah...

Sekian. Sila beri pandangan. As-salamu 'alaikum.

26 comments:

Anonymous said...

Golongan Arqam adalah golongan yang taksub dengan kisah yang tak boleh dilihat.
Keyakinan yang tiggi ni sungguh tebal dan meresapi semua mereka yang masih percaya dengan AlArqam.
susah bila bercakap dengan orang Arqam. Mereka tidak mahu berberdalil kepada Quran dna Sunnah.
Mereka lebih suka kepada cerita-cerita yang menggambarkan sesuatu yang ajaib tentang ketua mereka.
Sedih dan kasihan kepada ahli kumpulan ini yang berterusan tidak mahu melihat Islam secara telus.
Satu pertubuhan yang telah berjaya merubah persepsi umat Islam Malaysia tentang kepentingan mengikut sunnah Nbai boleh terpesong semata-mata kerana kepimpinannya terlalu ghairah kepada kuasa dan glamour.
Harapan kita semua agar mereka merenung dengan sunah Nabi dan kembalilah kepada ajaran ISlam.
Taksub mereka ini membahayakan aqidah umat Islam yang lain.

Anonymous said...

Mula ustaz, then Mudir Arqam, then Syeikhul Arqam.....dsbnya.
Kearah mana Global Ikhwan (jenama terkini) membawa umat?

Untuk renungan dari http://rufaqa-sesat.blogspot.com/2006/06/pendewaan-keterlaluan-dalam-rufaqa.html : Fenomena ghuluw (pendewaan)terhadap Asaari ini berlaku dalam Jemaah Aurad Muhammadiah secara berperingkat-peringkat sehinggalah ke tahap melampaui batas. Kedudukan Asaari di mata pengikutnya sentiasa meningkat dari satu era ke era lain. Daripada seorang ustaz, kemudiannya meningkat menjadi mudir, wali, Imam, Amir Muhammadiah, Sheikhul Arqam dan akhirnya meningkat sampai ke taraf 'pembantu Imam Mahdi' dengan gelaran Pemuda Bani Tamim. (Lihat Jubli Perak, 1993, 171-175) Kenyataan ini dapat dilihat daripada semua buku karangan Asaari atau buku dan majalah yang diterbitkan mengenainya bermula awal tahun 1990-an.

Anonymous said...

Manusia hari ini suka mengatakan sesuatu jemaah itu sesat...ataupun orang itu sesat..janganlah kita suka menuduh jemaah ini sesat kerana takut kita sendiri yang sesat..umat islam hari ini ditindas kerana lemah jiwanya dan lemah taqwanya kepada Tuhan...malah umat islam hari ini tidak kenal Tuhan...

Pemikiran yang menggunakan akal sahaja tidak mampu untuk mendapatkan taqwa kepada Tuhan..


-Hamba yang hina-

Ahmad Naim said...

kadan2 tertanya di man sesatnye..
tiada penjelasan specific yang diberikan.saya melihat apa yang dikhabarkan adalah lebih kepada pengharapan...dan mengharap janji2 Tuhan agar disegerakan atau dinyatakan secara zahir.bila berlaku hanya Allah sahaja yang mengetahui..dihukumkan sesat hanya kerana lain dari yang lain....

intishar said...

Saya suka juga kump ni sbnrnya..tp bla dgr mcm ttgnya sy cuma dgr lg2 yg bnr pngertiannya..sesat tu 1 kslhn gak..klu x sesat sklipun,mnyebbkn berlaku ftnh dgn lirik lg2 tu,slh ga.. Sy akn akn aggp ia sesat selagi xda pnjlsn selanjutnya ttg mereka ni n selagi mereka x jlskn sndiri mkna lagu2 yg dikatakan memuja abuya tu.. Please mawaddah,jika bnr kalian bnr,tegakkanlah kbnrn tu.. wallahu'alam

Anonymous said...

Saya juga menyukai nasyid nya mawaddah dan terkejut setelah mengetahui mereka dari golongan pengikut Ashaari Muhammad (abuya). Memang ada beberapa lagu yang terang-terangan memuja abuya. Saya tetap menyukai nasyidnya mawaddah tapi menghapus nasyidnya yang dianggap sesat. Semoga saja mereka sadar dan meninggalkan keyakinan abuya adalah imam mahdi yang dijanjikan Allah.

Anonymous said...

Orang memusuhi apa yang tidak diketahui..teruskan perjuangan mawaddah.

Depa yang hentam sesat, diri sendiri pun tak tau tang mana yg dikatakan sesat..sedapp mulut jer..

Anonymous said...

orang menjelaskan abuya tu begian2 dikata sesat..Itulah doktrin wahabi, mudah shj melafaz sesat tanpa usul periksa..

Pelik, org yg suka kpd nasyid Islami dr mawaddah, bila tahu dari abuya, terus disesatkan..kalau x tau sumbernya..ohh! bagusnya nasyid ni. Bila tahu jer..SESAAAAT!

org itu sebenarnya tolol bersama hasad dengki..bukan tau pun ttg agama...menyibuk je.

Anonymous said...

sy setuju dgn pendapat AHMAD NAIM...ini org yg bresikap terbuka dan jauh pandangannya..

Anonymous said...

Kalau nama dia Abdullah,pasti dia kenal siapa itu Abdullah..

Kalau namanya Muhammad bin Abdullah,Rasulullah pasti dia cukup kenal siapa Rasulullah,peranannya,tggjwbnya,tak kan Abu Jahal yg perkenalkan..

Kalaulah gelarannya Syuaib b Solleh,Putera Bani Tamim,Al-ghaus,orang kanan imam mahdi maka dialah yang tahu SIAPA dirinya..

Dia mengkhabarkan tentang dirinya,nak percaya dapatlah ganjarannya,dapatlah habuan dari Allah sbb itu orang Allah..

Tak nak pecaya terpulang,sbb itu merugikan kerana Putera Bani Tamim tu menceritakan tentang PUTERA BANI TAMIM,sbb itu diri dia..secara logik pun mudahh je dpt gambaran..

nana said...

salam..memang sedap la mawaddah.hari ini baru dengar plus hari ini gak tgk blog2 ramai duk kata sesat.huhu. bhyanya dunia.sunnah n al-QURAN laaa kita kena pegang betul2 bru x sesat an

joe batu 3 segari said...

Manusia mmg begitu..islam je sesat..dieorg phm sgt ke ttg islam..pekara petame kite sebagai org islam,ape yg perlu kite lakukn???..BERDAKWAH..so..pikir2 kn lah..

Anonymous said...

perhati dan teliti lirik lagu tersebut. spt taksub kpd pemimpin mereka. tidk dnyatakn secara jels ttpi b'mksd begitu. b'pegang kpd quran dan hadis, kamu tidk akn sesat. spt sabda Rasullah. jdkn guru agama sbg panduan utk m'dalami agama tp b'pegang pd quran dan hadis, maka pasti tahu mana y hak dan mana y batil. jgn trima ssuatu bulat2. kaji, slidik, tny guru2 agama y len. insyaAllah, x t'pesong akidah. sy tegaskn b'peganglah kpd quran dan sunah, kamu tidk akan sesat. insyaAllah. wallahualam.

Anonymous said...

Sekarang ni fenomena kpop sedang melanda dan yan terbaru Gangnam style . Jutaan ringgit dihabiskan untuk membawa kumpulan dan artis pujaan ramai ini ke Malaysia. Kpop dan Psy tu kalau tak silap bukan islam. Orang kafir. Malah ada antara mereka yang menganut aliran gothik yang jelas bertentangan dengan agama dan budaya kita. Namun mereka sangatlah beruntung kerana diberikan sambutan selamat datang yang cukup baik. Ahlan wasahlan dengan tangan yang terbuka. Semua pihak ok-ok saja. Hai..orang kafir lebih baik dari Mawaddah rupanya. Huhu.. Rasa macam double standard pun ye jugak. Eh tapi takpelah..kita tak kisah pun. Sebab kat luar negara sendiri pun kita dah cukup sibuk memenuhi undangan. Negara sendiri tak terima,Tuhan buatkan banyak lagi negara yang sudi. Terima kasih Tuhan.

Kalau badan agama Malaysia memang tak senang dengan setengah kefahaman kita(yang tak pernah pun ditanyakan secara cukup professional atas nama agama),rasanya agama artis-artis kita yang ada pun apa kurangnya. Mereka diberi hak untu berkemban kerana tuntutan skrip.. Mawaddah belum pernah berkemban pun. Kita bukanlah mahu persoalkan sejauh mana beragamanya orang lain,cuma nak bandingkan sikit-sikit je. Tuhanlah yang lebih tau.

Kadang terfikir jugak,apakah kerana takutkan pengaruh yang ada pada Mawaddah yang diasaskan oleh Abuya ini akan melebar keseluruh masyarakat dan membuatkan kurangnya pengaruh terhadap badan agama yang ada? Minta maaf kalau salah meneka..

Anonymous said...

Lirik di atas tu hanye sbhagian jer....msih bnyk lg nasyid dari mawaddah yg sgt mnginsafkan dan mendidik..kalau memuja pon knpe nk disesat2kan bknnye mereka mnyembah abuya p0n

Org yg mnyesatkan org lain ni dah tentu betol ke agama die, keluarga, dan mampu ke nk membangun mcm jemaah abuya...klu stakat dgr cite org, bace sane sini x payah nk ckp lebh...sbelum kluarkn ape2 knyataan baik pergi jumpa dulul dgn org2 kuat abuya bru kluarkn knyataan...

takut dpat dose kering jer sbb memfitnah....



Unknown said...


MAWADDAH SESAT PUTERI UMNO WANITA UMNO SESAT LAGI MENYESATKAN SAME JE DEME NIH TAPI AKU SAYANG NASYID BERBENTUK ROHANI



Anonymous said...

Tapi rata-rata lagu Mawaddah sangat terkesan dan menusuk hati. Lirik2nya sangat tulus. Saya kerap menangis tiap kali dengar lagu2 mereka seperti Terima Kasih Tuhan, Kalau Tuhan Dikenali, Luruskan Hatiku. Alangkah baik kalau lagu2 begini kerap dihasilkan dan diketengahkan dlm industri hiburan Malaysia. Sekarang hiburan kita semakin lama semakin menjauhi ingatan kepada Allah SWT.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum. Sy minat jgk kat mawaddah ni dr thn 04 sy mengenalny..lagu nya wt tersentuh hati ni..buat kita insaf igt pd sang pencipta.. Insyaallah best la mawaddah..

Anonymous said...

Saya pun suka lagu mawaddah...skrg ni pun saya tgh dengar lagu diorg tajuknya demi waktu dhuha...penyanyi dia k.fatim sedap didengar lg drpd lg kpop n enggeris yg entah apa maksudnya

Anonymous said...

Bila org wat lagu tuhan kate sesat tp bila org wat lg yg x psal dunia x sesat....pelik org zaman skrg ni btul apa di kata oleh Allah dlm Al-quran mmg zaman kita ni zaman akhir krn dah ada tanda2nya antara nilah kebanyakkan manusia lbih mengerjakan dunia drpd Tuhan...

Unknown said...

Saya tetap menyukai lagu2 dr mawaddah yg isinya baik dan benar saja

fatim said...

aammbuh ra mudeng omonganmu kabeh...
mawaddah saya suka nasyidnya. mau kaum kauman kek tak peduli aku, toh yg disembah sama2 tuhan yg Esa ALLAH SWT. baik dan benar Allah yg mengetahuinya.

tapa said...

Eloklah ambil pendirian mufarakah sahaja kalau tak ade ilmunya. Kerana kalau menuduh orang sesat ini seandainya dia benar maka kesesatan itu akan kembali kepada kita semula. Banyak contohnya kita lihat. yang nak jaga iman kita hanya kita sahaja. bukan orang lain.

Rika said...

Saya dari Indonesia dan sudah lama suka nasyid Mawaddah krn sangat menusuk qalbu. Yg dianggap sesat, ya nasyidnya saya tak mau dengar, yg baik dan menguatkan hati ya saya nikmati. Itu saja. Love Mawaddah

Unknown said...

Orang yang sesat mana ada masa nak usahakan makanan halal secara serius.

Unknown said...

Pemuda bani Tamim menurut versi yang menyanggah Abuya tu siapa pula dari mana pula datangnya, apa ciri²nya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails