Wednesday, December 09, 2009

Perjuangan Seorang Wanita & Lembu Tua Dari Yaman.

SEORANG wanita tua yang hidupnya nampak miskin dan menderita di salah satu kampung di Yaman. Tetapi baginya, lebih menderita dan sakit lagi rakyat Gaza yang semua orang tahu dizalimi oleh Israel dan kuncu-kuncunya. Bahkan ramai yang marah, benci, sedih dan tersentuh jiwa, ketika kanak-kanak kecil yang manis menjadi korban peluru tak bermata, bom gila Israel bangsat, dan darah merah yang membasahi tanah Palestin.

Pada suatu hari ia bertekad untuk membantu apa yang boleh ia lakukan. Tenaganya pun sudah tiada. Kebetulan, satu-satunya harta yang ia miliki ialah seekor lembu tua, yang sudah sakit-sakit, kurus dan tak larat lagi. Diiringi dengan semangat tinggi dan rasa simpati yang meluap-luap, ia berniat untuk memberikan lembunya kepada rakyat Gaza. Maklumlah cuma itu saja 'aset' dan saham perjuangannya yang ada. Jadi, dia pun meninggalkan rumahnya dengan berjalan kaki menuju ke salah sebuah masjid di Yaman sambil membawa lembu tua itu bersama-samanya.

Kebetulan, hari itu hari Jumaat dan orang-orang telah berada di masjid melakukan solat Jumaat. Ibu tua bersama lembu kurusnya itu menjadi tumpuan perhatian jamaah, kerana ia berdiri di tepat luar masjid. Beberapa jamaah mengangguk, sebahagian menggelengkan kepala, dan tidak sedikit dari mereka yang tersenyum sinis atau malah sebaliknya. Ada yang terkejut melihat wanita miskin yang berdiri di samping lembunya dengan setia, di bawah sengatan terik matahari.

Setelah selesai khutbah, solat Jumaat dan berdoa, wanita tua itu tiba-tiba bergegas menyeret lembunya menuju pintu depan masjid. Menunggu dengan sabar, tidak terpengaruh oleh jamaah yang berjalan keluar dari masjid. Ramai juga yang tinggal dan ingin tahu apa yang orang tua itu nak buat.

Ketika Imam masjid keluar, wanita tua itu melompat berdiri dan berkata, "Tuan Imam, saya pernah dengar kisah sedih rakyat Gaza. Saya orang miskin tetapi saya bersimpati dan ingin membantu mereka. Harap terimalah satu-satunya lembu ini untuk dibawa ke Gaza. Berikanlah kepada orang-orang di sana! "

Terkejut dan tertegun sejenak Imam, dengan permintaan wanita tua itu. Nak bawa macam mana? Ramai yang bersungut, mustahil. Lembu tua.. tiada nilai pula.

"Tolonglah!! Bawalah lembu ini ke Gaza. Cuma inilah yang saya ada. Saya benar-benar nak bantu mereka." Dia merayu berulang-ulang.

Tapi, Imam itu masih enggan. Yang lain bercakap dan berbisik sesama mereka, sambil mata mereka tertuju kepada wanita dan lembu tua itu. Mata wanita tua mulai sayu dan air mulai bergelumang di matanya. Ditatapnya Imam itu. Semuanya terdiam. Masing-masing memikirkan jalan selesainya.

"Sudahlah." Tiba-tiba, seorang dari mereka bersuara, "Saya beli lembu ini dengan harga 10,000 riyal dan wang itu sumbanglah kepada orang-orang Gaza!"

Jalan selesai sudah ditemukan. Semua bersetuju sebulat suara. Wanita itu pun mengesat air matanya yang sudah mengalir tadi. Begitu juga Imam itu. Tapi seorang pemuda pula berdiri dan menawarkan cadangan tambahan, "Bagaimana kalau kita lelong? Harga yang paling tinggi untuk lembu itu akan dikirim ke Gaza."

Semua, wanita itu dan Imam terkejut dan bersetuju. Ternyata cadangan pemuda itu lebih diterima lagi. Tawar menawar pun berlaku. Dari 10,000 naik 30,000 riyal dan naik terus. Akhirnya, lembu itu dibeli dengan harga yang mahal, 500,000 riyal iaitu kira-kira 148, 000 USD, hanya dalam masa beberapa minit. Wanita tua itu sangat gembira, kerana lembunya itu akhirnya laku juga, dan dia dapat berjihad di jalan Allah.

Apabila semuanya selesai, wang sudah terkumpul, tiba-tiba sorang jemaah mendekati wanita itu, “Imam suruh beri balik lembu itu kepada makcik!" Katanya sambil menangis kerana kagum kepada ibu tua itu. Tidak diduga niat wanita itu dikabulkan ALLah SWT dengan berganda-ganda lagi jumlahnya dan 'aset' saham perjuangannya masih ada lagi. Begitulah, keikhlasan dalam berderma dan berjuang mengatasi jumlah. Itulah berkah yang tidak ada perkataannya dalam kamus ekonomi orang bukan Islam. Subhanallah!! (2MA)

Lihat kisah ini pula..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails