Sunday, November 06, 2022

PRU15 Nuridah tanding di Wangsa Maju. & Wanted by the FBI.

 


1. Ustazah Nuridah berdepan 5 penjuru di Wangsa Maju

KUALA LUMPUR: Kerusi Parlimen Wangsa Maju menyaksikan pertembungan enam penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Wangsa Maju Dato’ Zulkurnain Hassan mengesahkan perkara itu pada pengumuman calon yang layak bertanding di Dewan Wangsa Bestari, Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati, di sini hari ini.

Pertembungan enam penjuru itu menyaksikan persaingan antara bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju calon Warisan Wee Choo Keong; calon PKR Zahir Hassan; calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah; calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Ustazah Nuridah Mohd Salleh; calon Pejuang Norzaila Arifin dan calon Bebas Raveen Suntheralingam. 

Menurut Zulkurnain, penyerahan keeenam-enam borang penamaan calon bermula jam 9 pagi.

Zulkurnain berkat,a borang penamaan calon selesai disemak dan beliau berpuas hati serta tiada calon yang ditolak kertas penamaan calon.

Berdasarkan rekod SPR, Wangsa Maju mempunyai pengundi berdaftar seramai 120,292 orang.

Terdahulu, SPR menetapkan 19 November ini sebagai Hari Pengundian PRU-15, selepas Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu dengan tarikh pengundian awal pada 15 November. – HARAKAHDAILY 05/11/2022


2. AS tawarkan ganjaran RM24 juta maklumat tentang warga Singapura

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menawarkan ganjaran sehingga AS$5 juta (RM24 juta) untuk maklumat mengenai seorang ahli perniagaan yang berpangkalan di Singapura yang telah dituduh oleh Jabatan Kehakiman kerana membantu dalam penghantaran bahan api ke Korea Utara.

Lelaki dikenali sebagai Kwek Kee Seng, yang memiliki syarikat perkapalan Swanseas Port Services di Singapura, didakwa tahun lepas kerana mengatur penghantaran bahan api berkenaan yang melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lapor AP.

Pendakwa menuduh Kwek menggunakan dokumentasi palsu untuk menyembunyikan tindakannya itu sehingga membolehkan syarikatnya membolehkan program proliferasi nuklear Korea Utara.

“Terdahulu, kerajaan AS merampas sebuah kapal tangki, M/T Courageous yang digunakan untuk penghantaran bahan api, seberat 2,734 tan. 

“Satu rakaman pada imej satelit menunjukkan kapal itu memindahkan minyak bernilai lebih AS$1.5 juta ke kapal dengan bendera Korea Utara,” kata pendakwa raya.

Kwek, 62, sehingga hari ini masih bebas walaupun waran telah dikeluarkan untuk penahanannya.

Kenyataan daripada Program Ganjaran untuk Keadilan Jabatan Negara AS berkata, lokasi sebenar Kwej tidak diketahui, namun lelaki itu pernah dikesan berada di Korea Utara, Kemboja, Taiwan dan Thailand serta Cameroon dan negara kecil Caribbean iaitu Saint Kitts dan Nevis.

Sehubungan itu, Jabatan Negara AS pada Khamis (3 Nov) mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa  ia menawarkan sehingga AS$5 juta melalui program Ganjaran untuk Keadilan untuk maklimay mengenai Kwek. 

Pengumuman tersebut dibuat di tengah-tengah ketegangan yang memuncak dengan Korea Utara, yang pada Khamis melepaskan sekurang-kurangnya enam peluru berpandu ke laut, termasuk peluru berpandu balistik antara benua yang mencetuskan amaran pemindahan dan menghentikan kereta api di utara Jepun.

Pentadbiran Biden berkata sebagai tindak balas kepada pelancaran itu bahawa ia bersedia untuk mengambil ‘semua langkah yang perlu’ bagi memastikan keselamatan AS  serta Korea Selatan dan Jepun.

Sebelum ini, AS memberi amaran tentang ‘kos dan akibat tambahan’ yang tidak ditentukan jika Korea Utara melancarkan  peranti ujian nuklear yang buat kali pertama dilakukannya sejak September 2017. – HARAKAHDAILY 4/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PRU15 Nuridah tanding di Wangsa Maju. & Wanted by the FBI.

Wanted by the FBI, dituduh oleh Jabatan Kehakiman AS kerana membantu dalam penghantaran bahan api ke Korea Utara.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails