Friday, November 11, 2022

Angin perubahan merembas ke selatan pula.. Menjalar ke Melaka

 


1. Angin perubahan dirasai di selatan tanah air

KOTA TINGGI: Angin perubahan bukan sahaja dikesan berlaku di Pantai Timur dan utara Semenanjung, sebaliknya gelombangnya juga dirasai di selatan tanah air.

Ketiadaan tokoh popular yang ada kaitan dengan team Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memberi laluan lebih cerah untuk PERIKATAN NASIONAL bertapak lebih luas di Johor.

Penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Dato’ Seri Dr Adham Baba seorang pemimpin popular di kawasan tersebut, dikenali sebagai seorang pemimpin mesra dan dihormati.

Bagaimanapun kerana hubungan rapat dengan team Perdana Menteri menyebabkan namanya terpelanting dan disingkirkan daripada mempertahankan Parlimen Tenggara.

Ketiadaan Dr Adham memberi ruang lebih terbuka kepada calon PERIKATAN NASIONAL yang diwakili Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar yang mewakili PAS.

Mohd Nazari antara empat pemimpin PAS yang diketengahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mewakili PERIKATAN NASIONAL di Johor.

Pemimpin PAS lain iaitu Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin bertanding di kerusi Parlimen Muar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dr Abdul Karim Deraman (Parit Sulong) dan Zanariyah Abdul Hamid (Sri Gading).

Mohd Nazari kini giat berkempen bagi memperkenalkan diri kepada masyarakat tempatan bagi menjayakan misi Bina Tenggara Semula.

Menurutnya juga semasa berkempen beliau didatangi ramai penduduk yang mengakui terhutang budi kepada kerajaan PERIKATAN NASIONAL ketika diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Calon PERIKATAN NASIONAL beramah mesra dengan pengundi di kawasan Parlimen Tenggara

"Kolonel, yang penting Abah! Masa Abah memerintahlah banyak dia dah tolong lagi-lagi peniaga macam kami ni,” kata peniaga yang ditemui Mohd Nazari.

Semalam calon PERIKATAN NASIONAL terbabit meneruskan jelajah kempen dengan menemui warga Tenggara dan anak-anak muda di Econsave Kota Tinggi.

Kata beliau juga tawaran PERIKATAN NASIONAL sebanyak RM5 Billion untuk Tabung Khas Galakan Pelaburan akan menjadikan Malaysia sebagai paksi industri masa hadapan di Asia Tenggara.

“Bagi saya ini peluang terbaik. Saya lihat betapa besarnya potensi yang ada di Tenggara untuk menarik pelabur dari luar.

“Misi Bina Tenggara Semula sangat besar. Ia melibatkan infrastuktur, peluang pekerjaan dan penjanaan ekonomi untuk masyarakat setempat. Jadi saya menyeru semua warga Tenggara, bersama-sama dengan saya,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Semalam beliau bersama pasukan kempen PERIKATAN NASIONAL mengunjungi Pasar Malam Sri Saujana menyantuni penduduk dan peniaga di situ.

Tenggara begitu sesuai bagi menarik lebih banyak lagi pelaburan yang akan memberi manfaat kepada penduduk dan peniaga.

Pada siri jelajah kempen tersebut Nazari turut bertemu dengan sahabat lama yang pernah belajar di Sekolah Memengah Kebangsaan Laksamana. – HARAKAHDAILY 9/11/2022


2. Gelombang PERIKATAN NASIONAL menjalar ke Melaka 

TANGGA BATU: Gelombang PERIKATAN NASIONAL (PN) bukan sahaja dikesan berlaku di Pantai Timur, utara dan selatan tanah air, malah ia juga mulai kelihatan di Melaka.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Bakri Jamaluddin berkata, gelombang yang berlaku kalau kena caranya akan bertukar menjadi tsunami politik.

“Alhamdulillah, benarlah seperti apa yang dikatakan oleh Dr Muhd Khalil tadi. Kita melihat suatu gelombang.

“Ia bermula dengan riak, dan akan menjadi gelombang. Dan kalau kita kerja kuat sikit lagi, ia akan jadi tsunami yang akan menenggelamkan Barisan Nasional dan juga Pakatan Harapan (PH),” katanya pada program ceramah di Taman Seri Tanjong, Tanjung Kling, di sini malam tadi.

Hadir sama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Muhd Khalil Abdul Hadi; calon PN Jasin Tuan Guru Zulkifli Ismail dan Ketua Penerangan Bersatu Melaka Dato’ Dr Baba Md Deni.

Bakri yang juga calon PERIKATAN NASIONAL Parlimen Tangga Batu berkata, jentera PN perlu bekerja keras lagi bagi memastikan tsunami politik benar-benar berlaku.

“Kita bersyukur hampir lebih lima hari saya berkempen di pasar-pasar malam, saya pergi ke masjid-masjid, tepi pantai dan kedai makan didapati penerimaan rakyat begitu positif,” ujarnya.

Beliau yang juga pernah menjadi calon di DUN Klebang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tahun lepas berkata, sambutan yang diterima rakyat kali ini sangat luar biasa.

Katanya ia jauh berbeza berbanding semasa PRN November tahun lepas.

“Walau pun poster dan billboard gambar calon belum banyak, namun masyarakat sudah mengenali kami dan mereka sering menyapa setiap kali saya berada di khalayak ramai,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 11/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Angin perubahan merembas ke selatan pula.. Menjalar ke Melaka.

Angin dingin PN berama PAS negara kebajikan akan menguasai Malaysia, insya Allah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails