Wednesday, November 09, 2022

"Noh" boikot di Tg Karang. Mana Zahid redah banjir?

 


1. Kumpulan "Noh" boikot di Tg Karang, kempen BN 'malap' dan tidak bermaya

Calon BN Tanjong Karang mungkin berdepan cabaran sukar untuk membantu gabungan parti tersebut mengekalkan kerusi parlimen itu.

Selain bertarung lima penjuru, Malaysiakini difahamkan Habibah Mohd Yusof juga menghadapi penolakan dalaman daripada kalangan anggota Umno tempatan yang lebih menggemari penyandang kerusi parlimen itu Noh Omar, yang telah berkhidmat selama enam penggal sejak 1995.

Sejak ketua Wanita Umno Tanjong Karang dinamakan untuk menggantikan Noh, ramai ahli akar umbi parti secara terbuka menyatakan betapa terkilannya mereka dengan keputusan itu.

Ini jelas semasa hari penamaan calon pada 5 Nov apabila hanya kira-kira 300 ahli BN datang mengiringi Habibah, kebanyakannya daripada sayap wanita pimpinannya.

Sehari sebelum penamaan calon, dikatakan beberapa penyokong hampir bertelagah sesama sendiri di hadapan pejabat parti.

Seorang ketua cawangan Umno tempatan dalam ucapannya semasa ceramah BN pada malam pertama berkempen berkata kebiasaannya beribu-ribu penyokong BN akan berarak menyokong calon gabungan itu pada hari penamaan calon.

"Kalau lihat dalam sejarah Tanjong Karang, nak mengiringi calon beribu (hadir), tapi pagi tadi tak ramai.

"Itu melambangkan apa? Ini kita kena kerja kuat. Bukan mudah untuk PRU kali ini," kata Ketua Cawangan Umno Raja Musa, Yusof Saroji.   

Walaupun ceramah itu dihadiri Habibah, Yusof secara terbuka menyoal keputusan parti menggantikan Noh sebagai calon.

"Tempat yang menang, diubah pula calon, jadi masalah kita saya lihat banyak," katanya.

"Kalau contoh di Tanjong Karang, sebenarnya kita boleh menang mudah dan menang banyak untuk BN. Tapi sekarang kenapa kita nak cari kerja susah untuk memenangkan Barisan Nasional," soalnya.

Mohd Rosni Mastol, 59, (gambar, bawah)  memberitahu pemberita bahawa keputusan untuknya bertanding bebas menentang Habibah dibuat selepas berbincang dengan beberapa rakannya yang juga ahli Umno cawangan. 

"Sebab itu kita nak bagi isyarat - raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Hashtag kita Jebat kembali.

“Saya simpati dengan Tan Sri Noh,” katanya ketika ditemui di luar pusat penamaan calon di Dewan Datuk Hormat, Tanjong Karang.

Rosni ialah bekas pegawai khas Noh di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Dia juga mendakwa ramai ahli parti lain di kawasan itu tidak berpuas hati, dan ini menyebabkan beberapa bilik gerakan BN di Tanjong Karang ditutup.

Pemimpin kanan panggil ketua cawangan

Bagaimanapun, Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas kesahihan dakwaan Rosni mengenai bilik gerakan BN yang ditutup.

Namun, pemerhatian umum di sekitar Tanjong Karang mendapati suasana agak 'malap' dan bendera BN juga sedikit.

Ini berbanding kawasan jiran parlimen Sungai Besar yang kelihatan 'meriah' dan ditandingi ketua Umno bahagian Jamal Yunos.

Menurut sumber dalaman Umno Tanjong Karang, Habibah juga dibiarkan mengendalikan kempen Tanjong Karang dengan pasukan yang ditubuhkannya baru-baru ini, tanpa sokongan daripada ahli cawangan Umno tempatan, yang merupakan jentera kempen pilihan raya.

Keadaan dikatakan begitu teruk hingga seorang pemimpin kanan bahagian terpaksa memanggil ketua-ketua cawangan Umno di Tanjong Karang pada hujung minggu lalu untuk membincangkan penolakan dalaman.

"Ketua-ketua cawangan ditanya sekiranya mereka mahu membiarkan BN kalah dalam pilihan raya (dengan tidak membantu Habibah).

Keadaan dikatakan begitu teruk hingga seorang pemimpin kanan bahagian terpaksa memanggil ketua-ketua cawangan Umno di Tanjong Karang pada hujung minggu lalu untuk membincangkan penolakan dalaman.

"Ketua-ketua cawangan ditanya sekiranya mereka mahu membiarkan BN kalah dalam pilihan raya (dengan tidak membantu Habibah).

“Kerana pada ketika ini, tidak akan ada perubahan kerana tempoh penamaan calon telah berlalu dan Habibah calon yang mewakili BN," kata seorang ahli parti ketika ditemui pada Ahad.

'Bukan lagi kubu kuat BN'

Walaupun dilihat sebagai kubu kuat BN, namun keputusan pilihan raya umum 2018, menunjukkan beberapa daerah mengundi di bahagian selatan kawasan itu jatuh kepada Pakatan Harapan.

Malah di tengah-tengah Tanjong Karang di mana BN memenangi semua daerah mengundi, kemenangannya kadangkala kecil, mengambil lebih sedikit daripada satu pertiga undi dalam perebutan tiga penjuru dengan PH dan PAS.

Di salah satu daerah mengundi yang lebih besar, Sungai Burong Selatan, ia menang 904 undi, berbanding 868 undi yang diberikan untuk PAS dan Harapan. 

BN kehilangan daerah mengundi yang lebih besar - Hulu Tiram Buruk - dengan calon PH mendapat 46 peratus undi, menentang Umno 42 peratus dan PAS 12 peratus.

Hasilnya, calon PH, Zulkafperi Hanapi daripada Bersatu, memperoleh 32 peratus undi manakala Noh memperoleh 37 peratus.

Walaupun Zulkafperi bertanding lagi kali ini, dia kini calon Perikatan Nasional, yang mungkin tidak menarik minat pengundi terdahulu. Ini mungkin menguntungkan BN.

Selain itu, PH tidak bertanding di kerusi itu, memberi laluan kepada muka baru Siti Rahayu Baharin daripada Muda menentang ahli politik berpengalaman seperti Habibah.

Noh sokong

Habibah apabila ditanya pemberita semasa berkempen mengenai perkara tersebut kelihatan tenang walaupun menyedari wujud rasa tidak puas hati itu.

Sebaliknya, dia meletakkan dirinya sebagai anak didik Noh dan yakin dia boleh membanggakan mentornya itu.

"Alhamdulillah Tan Sri (Noh) sangat menyokong. Mesti bagus, sebab saya anak didik beliau. Saya ketua wanita beliau, saya adalah ketua puteri beliau. 

Noh turun membantu kempen Khairy Jamaluddin di Sungai Buloh.

"Beliau yang mula mengajar saya bagaimana menjadi ahli politik. Sudah pasti beliau menjadi penyokong kuat saya," kata Habibah ketika berkempen di Kampung Tok Adam.

Dia enggan mengulas mengenai Rosni bertanding sebagai calon bebas kerana membantah pencalonannya.

Kata Habibah, menjadi hak Rosni untuk menyertai pilihan raya.

Walaupun begitu, dia mengakui perkara "biasa" untuk peminat tegar Noh berasa pemimpinnya itu telah diperlekehkan.

"Yang itu no comment-lah. Bagi saya macam nilah, Tan Sri Noh memang tokoh yang lama di Tanjong Karang, banyak jasa beliau, sudah pasti beliau mempunyai banyak penyokong beliau yang taksub dan sebagainya.

"Jadi perkara itu biasa. Esok bila saya pula (jadi ahli aprlimen), saya pun ada pengikut juga.

Itu biasa, yang penting empunya diri (Noh) itu sangat menyokong dan sangat membantu saya," katanya.

Adakah Noh akan kempen di Tanjong Karang?

Pada penghujung hari keempat berkempen, mentornya itu masih belum menemui Habibah, sebaliknya muncul di kawasan lain seperti Sungai Buloh dan Kuala Selangor.

Tindakan Noh untuk berkempen untuk BN di kawasan berkenaan bagi menunjukkan kesetiaannya kepada parti, walaupun digugurkan sebagai calon.

Tetapi mungkin ujian kesetiaan bergantung sama ada dia akan kembali berkempen di Tanjong Karang atau tidak.

Ini untuk menamatkan pemberontakan akar umbi di sana, sekali gus meningkatkan peluang Habibah dan ini masih belum dapat dilihat lagi.


2. Shah Alam banjir kilat - ‘Mana Zahid Hamidi? Cakap hari tu nak turun redah banjir’  


“Mana Zahid Hamidi? Cakap hari tu nak turun redah banjir” Itu antara sindiran warganet berikutan banjir kilat di beberapa jalan raya utama di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Susulan hujan lebat berterusan mulai jam 4 petang tadi, banyak kawasan mulai digenangi air.

Kawasan terjejas antaranya, Taman Sri Muda, Seksyen 17, Seksyen 24, Seksyen 32, Seksyen 32, Seksyen 36, Bukit Naga, Alam Impian dan Bukit Jelutong.

“Panggil Wak Jahid. Minta dia berenang selamatkan rakyat,” perli pengguna Facebook, Mohamad Azuwan.

Berhubung ucapan BN sanggup redah banjir, Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan ucapannya itu sengaja dimanipulasi kononnya BN tidak mempedulikan keselamatan rakyat.

Zahid berkata, ucapannya pada majlis pelancaran Jentera Pemuda BN itu adalah bagi menyatakan semangat serta kesiapsiagaan selain memberi gambaran kepada Perdana Menteri bahawa jentera parti sanggup meredah segala cabaran demi memastikan kemenangan PRU15 milik BN.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan empat negeri bermula semalam sehingga 11 November.

Empat negeri terbabit ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

MetMalaysia juga awal-awal telah memberi peringatan sekiranya PRU15 dilaksanakan pada pertengahan November, ada kemungkinan banjir besar berlaku kerana angin monsun timur laut aktif ketika itu.

Sementara itu, Terowong Lebuhraya SMART telah mengaktifkan Mod 2 mulai jam 6.40 petang tadi dengan air Sungai Klang dan Sungai Ampang dilencongkan ke Kolam Takungan Berembang.

“Kadar alir di pertemuan dua sungai tersebut telah mencecah 70.0 m³/saat,” kata pemberitahuan itu.  

Untuk rekod, pada status Mod 2, air banjir mengalir di bahagian bawah terowong dengan terowong trafik masuk dan keluar Kuala Lumpur masih dibuka.

Dalam masa sama, Bilik Gerakan Pantas dalam pemberitahuannya sebentar tadi menasigatkan penduduk di kawasan Taman Sri Muda supaya meletakkan kenderaan di kawasan tinggi dan tempat letak kereta Pasar Moden Seri Muda.

Sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam, sila hubungi Pasukan Pantas di talian 03-55105811.

Komen Weblog Ibnu Hasyim"Noh" boikot di Tg Karang. Mana Zahid redah banjir?

Ini Zahid Hamidi:(i) Sama-sama UMNO pun menindas?  (ii) Awal-awal janji menipu, apa lagi kalau berkuasa?

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails