Tuesday, November 08, 2022

PN tawar 1 juta kerja.. & bincang kos sara hidup.

 


1. PN tawar 1 juta peluang pekerjaan pendapatan tinggi 

SHAH ALAM: PERIKATAN NASIONAL menawarkan satu juta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi sekiranya dipilih sebagai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluang itu tidak mustahil untuk diwujudkan berdasarkan pengalaman Kerajaan PERIKATAN NASIONAL mewujudkan peluang pekerjaan semasa pandemik Covid-19.

“Kita ada pengalaman, semasa saya menjadi Perdana Menteri saya mempengerusikan Majlis Pekerjaan Negara. Berapa lama saya jadi Perdana Menteri? Tidak lama.

“Kita tetapkan sasaran untuk mewujudkan sejumlah 500,000 peluang pekerjaan baharu untuk tahun 2021. Alhamdulillah, pada akhir tahun 2021, sebanyak 558,000 peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan, iaitu melebihi daripada sasaran asal.

“Saya percaya jika PERIKATAN NASIONAL diberikan mandat, kita boleh buat dan kita akan buat dengan cara lebih baik lagi,” katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Manifiesto Tawaran PERIKATAN NASIONAL Best, di Hotel Glenmarie, di sini, malam ini.

Calon PERIKATAN NASIONAL Parlimen Pagoh itu juga menjamin untuk menyelamatkan pekerjaan sedia ada rakyat Malaysia.

Katanya, semasa pandemik Covid-19 melanda negara, ramai rakyat hilang pekerjaan, dan perkara itu tidak dibiarkan berlaku oleh Kerajaan PERIKATAN NASIONAL ketika itu.

“Jadi kerajaan PERIKATAN NASIONAL pada waktu itu menyediakan dana berjumlah RM20.29 bilion ringgit dalam bentuk subsidi upah.

“Dana ini disalurkan kepada majikan supaya mereka dapat terus membayar gaji pekerja dan mengekalkan pekerja walaupun perniagaan mereka terpaksa ditutup,” katanya.

Menurut Muhyiddin, dengan inisiatif berkenaan, kerajaan PERIKATAN NASIONAL berjaya menyelamatkan 163,000 syarikat dan 3 juta pekerjaan rakyat Malaysia.

“Bayangkan 3 juta pekerja ini hilang pekerjaan? Apa jadi kepada mereka dan keluara mereka? Bolehkah mereka sara hidup keluarga jika hilang pendapatan? Jawapannya tentu sekali sukar ataupun tidak boleh.

“Jadi dengan inisatif subsidi upah yang dilaksanakan kerajaan PERIKATAN NASIONAL ketika itu, ratusan ribu syarikat mendapat mafaat, jutaan pekerjaan telah diselematkan dan jutaan keluarga ada makanan di atas meja mereka,” katanya . – HARAKAHDAILY 6/11/2022


2. Kos sara hidup rakyat, inflasi perkara pertama dibincang PN  

SHAH ALAM: Isu kos sara hidup rakyat disebabkan inflasi dan kenaikan harga barang akan menjadi perkara pertama yang dibincangkan PERIKATAN NASIONAL jika dipilih menjadi kerajaan pada 19 November ini.

Presiden PERIKATAN NASIONAL, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata isu berkenaan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet Pertama jika diberi mandat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kita tahu kenaikan harga barang ini disebabkan oleh beberapa faktor termasuk gangguan bekalan dan kos bahan import yang tinggi. Jika bekalan tak mencukupi atau kos import meningkat, maka harga akan naik.

“Jadi, untuk mengatasi isu kenaikan harga barang, kerajaan mesti melihat isu gangguan bekalan dan kos import dengan lebih serius.

“Terutama sekali dalam keadaan nilai ringgit yang jatuh menjunam berbanding matawang utama dunia yang lain, terumanya dollar Amerika Syarikat,” katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Manifiesto Tawaran PERIKATAN NASIONAL Best, di Hotel Glenmarie, di sini, malam ini.

Menurut Muhyiddin, isu kekurangan tenaga kerja yang menjejaskan produktiviti dan mengganggu rantaian bekalan juga mesti diselesaikan segera.

Katanya, sebelum ini beliau bertemu kumpulan kontraktor kecil Bumiputera yang datang mengadu masalah kekurangan tenaga kerja.

Mereka mengadu tidak boleh mengambil kontrak baharu kerana tiada pekerja dan jika ada kosnya mahal serta tidak mampu dibayar.

Akhirnya mereka kehilangan kerja-kerja kontrak yang sepatutnya mereka boleh buat dan ini menjejaskan pendapatan mereka, katanya.

“Jika kita berjaya membentuk kerajaan pada 19 November nanti, kita akan ambil tindakan segera untuk selesaikan isu-isu yang menjejaskan pendapatan rakyat dan pemulihan ekonomi negara,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PN tawar 1 juta kerja.. & bincang kos sara hidup.

Peluang itu tidak mustahil diwujudkan berdasarkan pengalaman Kerajaan PN mewujudkan peluang pekerjaan semasa pandemik Covid-19 sebelumnya.

“Kita ada pengalaman, semasa saya menjadi Perdana Menteri saya mempengerusikan Majlis Pekerjaan Negara. Berapa lama saya jadi Perdana Menteri? Tidak lama.

“Kita tetapkan sasaran untuk mewujudkan sejumlah 500,000 peluang pekerjaan baharu untuk tahun 2021. Alhamdulillah, pada akhir tahun 2021, sebanyak 558,000 peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan, iaitu melebihi daripada sasaran asal." Jelas Tan Sri Muhyiddin.

Al-hamdulillah, bukan macam kerajaan PH engkar janji, ghuyup 22 bulan.

Sekian.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails