Tuesday, November 08, 2022

8 bencana besar 22 bulan Kerajaan PH

1. PEMBOHONGAN situasi ekonomi negara.

2. Memperdaya rakyat dengan manifesto gagal.

3. Penjualan aset-aset rakyat dan kerajaan.

4. Pemansuhan projek-projek rakyat.

5. Ancaman hak-hak keistimewaan Melayu.

6. Mencabar kedudukan agama Islam.

7. Melantik pemimpin-pemimpin DAP ke jawatan utama.

8. Mencampuri Sistem Kehakiman Negara.

“Rakyat Malaysia pasti tidak lupa dengan sejarah hitam 22 bulan negara bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang telah menzahirkan realiti golongan yang cuba menggugat status quo negara Malaysia serta prinsip asas tunjang negara.” – Dato’ Haji Mohd Amar bin Abdullah, 19 Jun 2022

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=567627661400323&id=100044592812267

“Kemenangan Pakatan Harapan (PH) jelas menjadi mimpi ngeri buat rakyat dan negara. Pemerintahan PH selama 22 bulan telah membawa banyak masalah bukan sahaja kepada kepentingan rakyat bahkan juga kepada kedaulatan negara dan kepentingan umat Islam serta Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.” – Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin, 18 Ogos 2022

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=440635331437074&id=100064718314834

Rakyat dinasihatkan agar tidak mengulangi kesilapan setelah diperdayakan dengan helah jahat PH pada PRU14. Penderitaan 22 bulan tidak seharusnya diulangi.

Berikut ialah 8 bencana besar PH selama 22 bulan:

1. Pembohongan situasi ekonomi negara.

DAP dan PKR jika tidak menipu dah tentu berambus dari negara. Tapi mereka masih di Malaysia sebab ramai yang terpesona dengan cerita-cerita bohong mereka. Mereka bohong mengenai hutang negara, GST dan suasana ekonomi semasa. 

Langkah bodoh yang telah PH buat ialah mansuhkan GST, naikkan nilai hutang negara untuk menanam kebimbangan kepada seluruh rakyat. Dengan pemansuhan GST mengakibatkan kerajaan tiada hasil dalam negara seterusnya menyebabkan pelabur-pelabur tidak yakin dengan kerajaan yang lemah dan mereka lari meninggalkan Malaysia. Selama 22 bulan ekonomi merudum teruk hasil sikap mereka yang suka mengungkit kesalahan kerajaan yang lepas. 

Pakatan Harapan (PH) tidak perlu lagi berbangga dengan mandat tersebut kerana rakyat sudah sedar bahawa mereka ditipu sepanjang tempoh 22 bulan pakatan itu mentadbir negara. 

https://www.roketkini.com/2016/10/22/belanjawan-2017-kerajaan-bn-buat-hutang-tertinggi-dalam-sejarah/

https://www.roketkini.com/2017/08/25/gst-adalah-cukai-regresif-bebankan-golongan-berpendapatan-rendah/

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/guan-eng-dedah-perincian-hutang-rm1-trilion-176387

2. Memperdaya rakyat dengan manifesto gagal.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia di atas kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan sebahagian besar Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tempoh hari.

https://www.astroawani.com/berita-politik/anwar-mohon-maaf-ph-gagal-tunai-manifesto-pru14-296017

“Sebenarnya, kami ingat kami akan kalah, jadi kami letak perkara-perkara yang susah (untuk direalisasikan) dalam manifesto supaya jika kami kalah, kerajaan (lama) akan terperangkap.” katanya Tun Dr Mahathir Mohamad.  Dia menolak untuk terus memenuhi Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang menjadi panduan kepada empat parti dalam pakatan mentadbir negara dalam tempoh 21 bulan lalu.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/548993/tun-m-tolak-penuhi-janji-manifesto-ph

Maszlee Malik memohon maaf kepada para pengundi kerana gagal menunaikan janji Manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. 

3. Penjualan aset-aset rakyat dan kerajaan.

Selama 22 bulan segala aset-aset kerajaan,  aset-aset yang dimiliki rakyat melalui syarikat-syarikat kerajaan telah dibuat penilaian semula. PH mereka-reka cerita mengenai potensi dan prestasi lemah aset-aset ini menyebabkan ia perlu dijual kononnya aset ini menjadi liabiliti kepada kerajaan. 

Momokan kisah kehilangan aset-aset ini disuntik ke dalam minda rakyat dengan pertukaran istilah penjualan kepada pemindahmilikan atau pelupusan atau apa-apa nama lagi bagi membenarkan kerja-kerja jahat usaha penjualan atau penjarahan aset-aset ini oleh pihak PH. Rakyat nampak dan sedar, namun langkah tersalah undi sukar untuk diundur terpaksalah menerima kesan kesilapan memilih PH dalam PRU14 setelah termakan gula-gula tipu daya mereka. 

https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-asset-sales-set-pick?fbclid=IwAR2bs_u23UThPCQjFKGJY0yZTamwzmYN3UnzsJP90TeocWUgc7OOr5Fu9Lk

https://ttkm.com.my/2019/07/02/genap-400-hari-ph-berkuasa-lebih-rm20-bilion-aset-negara-dijual/amp/

Sedangkan PH baru berkuasa 500 hari, tetapi sudah menjual RM35.789 bilion aset negara.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/03/537561/khazanah-tidak-tolak-jual-aset-bernilai-tinggi?fbclid=IwAR1lrafZoMtVHo0GTUQzjvyxvasdXeQ_STifixpyqffQEhHEBownmy0viyg

https://malaysiagazette.com/2022/08/07/ph-memang-jual-aset-negara-najib/

Menteri Kewangan PH, Lim Guan Eng, berkata “Kerajaan akan pastikan aset yang dijual mampu memberi nilai terbaik kepada negara. Kita tidak akan menjalankan penjualan secara ‘fire sale’ kerana nilai yang paling baik harus diperoleh, bukan nilai paling rendah,” kata-kata bohong yang beliau sampaikan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/507461/jual-aset-tutup-syarikat-bebankan-kerajaan-guan-eng

Namun paling membimbangkan ialah usaha pemindahmilikan aset-aset TH bernilai RM19.9 bilion iaitu 106 ekuiti domestik, satu perladangan dan 29 hartanah termasuk 4 hotel. Apa yang TH dapat hanyalah RM300 juta tunai beserta 2 sukuk (yang tiada jaminan kerajaan) bernilai RM19.6 bilion sahaja.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=434802702015889&id=100064584887142

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/713774/nyatakan-sebab-sebenar-ladang-th-plantations-dijual-mujahid

“Kenapa apabila pelaksanaan rasionalisasi untuk selamatkan THP pada 2018 dan 2018 dengan menjual aset atas keperluan sama, jadi isu politik?” tanya Mujahid. 

Aik! Hairan bin ajaib, berkali-kali kata tak jual aset tapi kenapa Mujahid nyatakan TH jual aset pada 2018? Jual ke tak jual?

4. Pemansuhan projek-projek rakyat.

Banyak projek besar dibatal atau ditangguhkan di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sehingga menjejaskan usaha membangunkan negara. Projek itu termasuk pembinaan tiga jambatan di Rambungan, Igan dan Batang Lupar di Sarawak berjumlah RM900 juta yang dibatalkan pada awal 2019 selain infrastruktur lain seperti sekolah dan jalan raya. Malah, PH turut melengahkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menteri Kewangan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng menyifatkan langkah mengurangkan beberapa bilion ringgit untuk projek mega semasa pentadbirannya sebagai pencapaian besar gabungan parti itu selepas mengambil alih Kerajaan Persekutuan pada 2018.

DS Najib pernah menegaskan, pemansuhan atau pembatalan projek seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terbukti membantutkan pertumbuhan ekonomi negara.

https://www.sinarharian.com.my/article/211885/berita/nasional/tangguh-batal-projek-tindakan-kurang-bijak-najib

Pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura dan saluran paip gas di Semenanjung Malaysia dan Sabah mengurangkan beban hutang kerajaan lebih RM300 bilion, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

https://utusanborneo.com.my/2018/10/24/pembatalan-projek-ecrl-hsr-dan-saluran-paip-gas-kurangkan-lebih-rm300-bilion-hutang

Namun tindakan paling bangang yang dilakukan oleh Kerajaan PH dalam memansuhkan projek-projek mega ini ialah kerajaan terpaksa pula membayar RM320,270,519.24 kepada Singapura sebagai pampasan berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura yang dibatalkan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/801546/pembatalan-hsr-malaysia-bayar-pampasan-lebih-rm300-juta

5. Mengancam hak-hak keistimewaan Melayu.

Rakan-rakan PKR dalam PH mohon DAP supaya tidak mengguris perasaan orang Melayu terutama berkaitan hak dan kedudukan di dalam negara. 

https://malaysiagazette.com/2020/07/11/dap-perlu-hati-hati-buat-pendirian-libat-isu-kaum-melayu/

Pakatan Harapan (PH) diminta menghentikan sebarang kenyataan provokosi yang mencabar hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam berkata, kenyataan beberapa menteri yang menyentuh isu hak orang Melayu dan Bumiputera boleh menggugat keamanan dan perpaduan negara.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/361987/henti-provokasi-hak-orang-melayu-bumiputera-metrotv

Ketua Penerangan PAS Pusat, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin, berkata pelbagai polemik cuba dicetuskan DAP berkaitan isu tulisan Jawi, disifatkan semakin melampau dan menyerlahkan sikap anti-Melayu serta anti-Islam mereka.

Asyraf berkata, Pemuda Umno memandang serius isu Guan Eng sengaja mempermainkan dan cuba menghina kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dalam urusan rasmi Kerajaan Persekutuan adalah sama sekali tidak boleh diterima.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/06/351804/guan-eng-perlu-mohon-maaf

DAP Sarawak sengaja menampal tulisan Cina di papan tanda jalan di Negeri Sarawak bertujuan mengguris hati rakyat Malaysia memaparkan tiada sikap patriotik terhadap Bahasa Kebangsaan. 

6. Mencabar kedudukan agama Islam.

Lim Kit Siang terus berjuang untuk menjayakan pesta arak ‘Oktoberfest’. Dalam satu catatan di Facebooknya, Lim menyelar tindakan kerajaan yang disifatkannya telah mencabuli prinsip Perlembagaan Negara dengan mendakwa kerajaan menentang Oktoberfest.

Sikap Kit Siang dalam memainkan isu Oktoberfest ini sangat berisiko, ia boleh menjejaskan keharmonian kaum di Malaysia. Saya yakin Kit Siang menyedari risiko tindakan beliau mengeksploitasikan isu Oktoberfest ini. 

Bagaimanapun, seperti yang pernah dilakukan oleh beliau sebelum-sebelum ini, risiko sehingga boleh menjejaskan keharmonian kaum ini tidak dipedulikan oleh Kit Siang. Yang penting bagi Kit Siang pendekatan politik provokasi ini boleh memenangkan DAP dan PH, kata Dr Mohd Zuhdi Marsuki AJK PAS Pusat.

Malah DAP berbangga dapat menganjurkan Oktoberfest di Malaysia. 

https://www.malaysiakini.com/news/630552

https://ismaweb.net/2022/07/31/oktoberfest-mp-dap-gesa-menteri-agama-tak-campur-tangan-kebudayaan-bukan-islam/

Pemimpin DAP, Nga Kor Ming menggesa rakyat agar tidak berdiam diri berhubung isu larangan sambutan Festival Bon Odori yang hangat ketika ini. Beliau secara terang-terangan dan berani mencabar Ustaz Idris, Menteri Agama kerana melarang umat Islam hadir ke Bon Odori. 

https://ismaweb.net/2022/06/17/bon-odori-nga-kor-ming-just-shut-up-jangan2-putar-belit-isu/

DAP juga pernah memberikan komen negatif terhadap sokongan Perdana Menteri dan Malaysia kepada Palestin.

https://www.sinarharian.com.my/article/139058/berita/politik/adun-dap-digesa-mohon-maaf

Pemimpin DAP juga dengan biadab dan kurang ajar mengancam Dr Zakir Naik dengan mengapi-apikan kaum India untuk mengecam kehadiran beliau di Malaysia dan memberikan gelaran syaitan. 

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gpms-p-pinang-kutuk-ramasamy-gelar-dr-zakir-naik-syaitan-102000

Pemimpin-pemimpin DAP juga bertanggungjawab ke atas kematian anggota bomba Muhammad Adib dalam rusuhan kuil.

Pemimpin-pemimpin DAP juga biadab tidak menghormati bacaan Al Fatihah dan doa ketika dibacakan di dalam Sidang Parlimen.

Lim Kit Siang juga menghina Islam dan nama Allah.

DAP adalah anti Islam. 

https://www.malaysiakini.com/news/461296

7. Melantik pemimpin-pemimpin DAP dan PKR ke jawatan penting negara.

Melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan yang pada masa yang sama mempunyai kes mahkamah. Dia juga bertindak sebagai pemain utama penjualan aset-aset negara.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-kes-pembelian-banglo-oleh-ketua-menteri-pulau-pinang-109627

Melantik Teo Nie Ching sebagai Timbalan Menteri Pendidikan seterusnya berjuang mengangkat status UEC untuk diterima dalam sistem perdana pendidikan Malaysia dan juga membela sekolah-sekolah persendirian Cina.

https://www.sinarharian.com.my/article/21681/berita/nasional/teo-nie-ching-tak-wajar-iktiraf-uec

Melantik Tommy Thomas yang tidak tahu berbahasa Melayu sebagai Peguam Negara bertujuan untuk melepaskan Lim Guan Eng daripada kesalahan rasuah yang dihadapi di mahkamah. Inilah petualangan paling jahat dalam sejarah perundangan negara. Tommy Thomas juga dengan bangang telah mengiktiraf pemilikan Sabah oleh waris Sulu. 

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/469295/sprm-terkejut-keputusan-bebas-guan-eng

Melantik M. Kulasegaran sebagai Menteri Sumber Manusia yang cuba menghalalkan lambakan pendudukan pekerja asing di Malaysia.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/483741/india-mohon-pengampunan-pekerja-tak-berdokumen-di-malaysia

Adakah mereka dalam diam-diam juga terlibat dalam membawa masuk ramai pelancong China dan India yang kemudiannya didapati tidak keluar dari Malaysia. Adakah kesemua pelancong-pelancong ini telah diberikan kad pengenalan untuk menetap di Malaysia? Mengapa isu ini berlaku secara besar-besaran pada ketika 22 bulan PH memerintah? 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/980405/lebih-12-juta-warga-china-tidak-keluar-dari-malaysia

https://www.sinarharian.com.my/article/47130/berita/nasional/jpn-lapor-polis-isu-warga-china-dapat-mykad

Paling mengejutkan ialah pelantikan pimpinan PKR ke jawatan strategik negara seperti SPRM. Latheefa Koya adalah orang politik pertama dilantik memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM. Bagaimana PH boleh beri jaminan bahawa SPRM berintegriti dengan berketuakan bekas pimpinan politik.

8. Mencampuri Sistem Kehakiman Negara.

Mungkin sebahagian rakyat sudah lupa bagaimana PH telah melantik, Thommy Thomas, yang dilihat mempunyai kecenderungan politik DAP sebagai Peguam Negara. Di bawah pentadbiran PH dan Thommy Thomas, Pejabat Peguam Negara tanpa segan silu dan alasan yang munasabah telah menarik semula pendakwaan ke atas Lim Guan Eng yang sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah berjuta ringgit. Malahan berbelas kes membabitkan kepentingan politik PH telah ditarik balik, digugurkan dan diklasifikasi sebagai tiada pendakwaan sepanjang 22 bulan pentadbiran lalu.

SPRM menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes itu telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya SPRM, menurut kenyataan SPRM. Begitulah betapa liciknya PH mempermainkan Sistem Kehakiman Negara melalui Peguam Negara.

https://www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2018/09/469295/sprm-terkejut-keputusan-bebas-guan-eng

Semoga rakyat Malaysia berhati-hati dalam memberikan undi semasa PRU15 nanti dan wajib memastikan kesemua 8 bencana besar PH tidak akan berulang. Pastikan hanya wakil rakyat dan parti yang benar-benar berintegriti tinggi, komited dan berjiwa rakyat sahaja dipilih rakyat Malaysia.

THORIQ MISHARY – HARAKAHDAILY 7/11/2022

2 comments:

Anonymous said...

Bila ada fakta 999 tahun begini pilih calon bukan parti. Melayu mesti bijak memilih.

Ng Khor Meng dari DAP mahu Hak Milik Kekal 999 tahun untuk Kamping Baru Cina di Perak. Kenapa Brother Anwar Bin Ibrahim diam bisu..?

Pesan pesan pada pengundi Melayu Parlimen Tambun khasnya "Undi lah Calon Bukan Parti.."

Semalam Lim Kit Siang laungkan Ketuanan Malaysia bukan Ketuanan Melayu.. Brother Anwar Bin Ibrahim reply supaya Orang Melayu Buka Minda..!! Apa maksudnya tu..!?

Brother terus bisu dan diam mcm orang bodoh pasal Ketuanan Melayu..!! Pada pengundi Melayu Parlimen Tambun sila tolak calon PH Brother Anwar Bin Ibrahim ini..!!

Permintaan melampau DAP yang mahukan Kampung Baru Cina diluluskan Hak Milik Kekal 999 tahun adalah sesuatu yang bercanggah sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kanun Tanah Negara.

http://www.ibnuhasyim.com/2018/08/isu-hak-milik-tanah-999-tahun-bukti-dap.html?m=1

Jadi, tidak kiralah dari mana ideologi politik, kita hendaklah memberikan sokongan penuh kepada bekas Menteri Besar Perak untuk beliau kekal tegas dalam perkara ini dan tidak membiarkan beliau dari terus dibuli oleh DAP dan barua nya Brother Anwar Bin Ibrahim.

Sebagai orang Melayu maka disarankan dan mempunyai harapan yang tinggi janji kekal melawan hak pemberian hak milik kekal kepada kampung baru Cina (kaum Cina sahaja) seharusnya bermula akhir tahun lalu sempena Tahun Baru Cina dan satu keputusan wajar perlu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semasa PH berkuasa dulu..!!

"DAP cukup yakin menteri besar Perak ini (Faizal Azumu MB Perak ketika itu) tidak akan mengecewakan rakyat negeri Perak dan menyanjung tinggi komitmen yang ditunjukkan,” – Nga Kor Ming ketika menyampaikan ucapan dasar pada Konvensyen DAP Perak di Hotel Ritz Garden semasa PH berkuasa di Perak.

Untuk rekod semasa era pemerintahan barua DAP iaitu Mantan Menteri Besar, Nizar Jamaluddin, sebanyak 114 Kampung Baru telah diluluskan...!!!

Dalam isu ini walaupun pada masa itu MB Perak Faizal Azumu telahpun menolak permohonan, namun DAP tetap degil untuk menuntut hak milik tanah kekal ini.

So pada pengundi Melayu di Perak khasnya Parlimen Tambun undilah calon Melayu dari PN dan bukan calon BN yang belum diuji olah Ng Khor Meng maka calon iaitu Faizal Azumu terbukti telah menentang pemberian 999 tahun pada Kampung Baru Cina ini di Perak Darul Ridzuan semasa PH berkuasa dulu..!!

Jangan undi Brother Anwar Bin Ibrahim dan terang terang barua terbaru DAP@ PAP LeeKwanYew.!!

Pada pengundi Melayu tak kira ideologi kamu maka dari fakta dan bukti penerangan di atas maka Melayu mesti bijak memilih pemimpin. Undi lah Calon Bukan Parti..!! Undi lah calon Faizal Azumu..!!

Unknown said...

Ya Allah.. Kau hancur leburlah kaki fitnah dan yng membuat zalim wpun kpd org yg bukan islam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails