Thursday, November 10, 2022

Undi Melayu pecah, wujud k/campuran.. PN bersih!

 

Penganalisis politik berpendapat kemungkinan wujud kerjasama gabungan politik untuk membentuk kerajaan pada PRU15. - Foto hiasan

1. Undi Melayu berpecah, kerajaan campuran pasca PRU15 tak dapat dielak

KUALA LUMPUR: Dengan jangkaan undi daripada pengundi Melayu berpecah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disebabkan saingan membabitkan banyak gabungan dan penjuru, pembentukan kerjasama merentasi gabungan parti dijangka hampir pasti berlaku selepas 19 November ini.

Isu kerjasama antara parti untuk membentuk kerajaan pasca PRU15 timbul selepas pelbagai kajian, penyelidikan dan penganalisis politik merumuskan amat sukar untuk mana-mana gabungan secara sendiri dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah pada PRU kali ini.

Malah, bayangan mengenainya juga sudah diberikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengakui Barisan Nasional (BN) mungkin terpaksa bekerjasama dengan gabungan lain sekiranya gagal membentuk kerajaan dengan majoriti mudah selepas PRU15.

Ini kenyataan terbuka pertama Ahmad Zahid mengenai kerjasama antara parti menjelang PRU15 selepas sebelum ini menolak sebarang usaha untuk membentuk pakatan, termasuk cadangan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) yang turut disertai BERSATU.

Renyataan Pengerusi BN itu kemudian disambut Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak menafikan kemungkinan kerjasama antara parti selain memberi jaminan ia akan dibincangkan pada peringkat Majlis Pimpinan PN apabila tiba masanya nanti.

Pendirian sama untuk menjalinkan kerjasama selepas PRU15 turut disuarakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, namun beliau meletakkan syarat tidak mahu bergandingan dengan parti terpalit rasuah.

Namun Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak kerjasama dengan gabungan lain, termasuk menyangkal wujudnya rundingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Ahmad Zahid, selain menolak Mahathir dan Muhyiddin yang pernah mengkhianati PH sebelum ini.

Mengulas mengenai situasi itu, penganalisis politik berpendapat tiada parti dominan mampu mencapai majoriti mudah iaitu sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu kerana sukar untuk memahami trend pengundian kali ini, selain peratusan pengundi atas pagar dilihat semakin besar pengaruhnya.

Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof.

Atas dasar itu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof, berkata kemungkinan pembentukan kerajaan campuran adalah besar di mana ia boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu sama ada membabitkan kerjasama antara dua gabungan atau antara parti dalam satu-satu gabungan beralih arah menyertai gabungan lain.

Pandangan beliau, kemungkinan yang paling dekat kerajaan campuran boleh terbentuk dengan mengulangi format kerjasama yang dilaksanakan sebelum PRU15 iaitu BN dan PN selain disertai Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Ini kerana dua gabungan ini sangat hampir dari sudut ideologinya. Selain itu, anggota kedua-dua gabungan saling mengenali secara rapat kerana sebahagian besarnya daripada BN.

"Malah, kelancaran pentadbiran negara sewaktu pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini menggambarkan keserasian dua gabungan ini bekerjasama," katanya kepada BH.

Muhammad Fathi bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kerajaan campuran BN dan PH atau PN dan PH walaupun ia dianggap mustahil oleh sesetengah pihak.

Ini kerana katanya, meskipun rata-rata pemimpin UMNO sukar bekerjasama dengan DAP atau Anwar, namun hubungan baik Ahmad Zahid dan Anwar boleh menjadi pendorong ke arah itu.

Untuk rekod, Perhimpunan Agung UMNO 2020 memutuskan tidak akan bekerjasama dengan PH menerusi slogan "No Anwar, No DAP".

"Kerjasama membabitkan PN dan PH mungkin sukar berikutan PAS sudah serik untuk bergandingan dengan DAP dan parti serpihannya AMANAH. Jika berlaku kerjasama sekalipun adalah antara PH dan BERSATU.

"Namun persoalan siapakah yang akan mengetuai gabungan itu nanti adalah bergantung kepada keputusan PRU15 di mana gabungan yang lebih besar lebih layak memimpin," katanya.

Gencatan perbezaan ideologi

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kartini Aboo Talib@Khalid yakin setiap parti bersedia melakukan gencatan perbezaan ideologi dengan mengambil kira 'kepentingan kumpulan strategik' untuk membentuk kerajaan campuran apabila tiba masanya.

Prof Dr Kartini Aboo Talib@Khalid.

Beliau percaya semua parti berjiwa besar untuk membentuk kerajaan campuran apatah lagi semua gabungan sedia ada mempunyai pengalaman mentadbir dan pernah merasai 'kemanisan' memegang kuasa selepas PRU14.

Selain itu katanya, Akta Anti Lompat Parti juga tidak menghalang mana-mana parti atau gabungan untuk 'melompat' membentuk kerjasama yang boleh menjadi faktor terbentuknya kerajaan campuran.

"Walaupun adanya kajian yang menyatakan BN adalah gabungan dominan namun perubahan cita rasa pengundi bersifat dinamik dan ia belum tentu menunjukkan gabungan itu boleh membentuk kerajaan dengan memperoleh undi majoriti.

"Saya melihat desas-desus kerjasama antara BN dan PH mungkin benar apatah lagi Ahmad Zahid mempunyai sejarah yang baik dengan Anwar dan ini adalah sesuatu yang menarik untuk dinantikan pasca PRU15," katanya. 

Dr Ariff Aizuddin Azlan

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Ariff Aizuddin Azlan pula berkata walaupun potensi pembentukan kerajaan campuran dilihat tinggi, namun yakin kerjasama tidak akan terbentuk antara PH dan BN.

Beliau berkata, PH pastinya tidak akan menjerat diri sendiri dengan menggadaikan ideologi politik melalui kerjasama dengan musuh tradisi, BN apatah lagi bayangan ke arah itu juga sudah ditentang awal oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Selain itu, katanya, PH juga pastinya sudah belajar daripada kesilapan lalu apabila selepas dikhianati BERSATU melalui Langkah Sheraton, sekali gus tidak memungkinkan kerjasama politik dengan PN.

"Saya melihat jika ada kerjasama dalam pembentukan kerajaan campuran, parti yang mendominasi undi Melayu akan ada kelebihan untuk berganding bahu dengan parti yang kurang mendapat undi orang Melayu.

"Dalam aspek pembentukan kerajaan campuran ini, saya percaya jika PH mendominasi undi nanti, pakatan itu mungkin akan mengintai peluang parti dari Sabah atau Sarawak, khususnya dari WARISAN," katanya.


2. PERIKATAN NASIONAL janjikan kerajaan bersih 

BANDAR BARU BANGI: PERIKATAN NASIONAL (PN) menyertai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan menawarkan kepimpinan dan kerajaan yang bersih.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata PERIKATAN NASIONAL membuat penapisan yang ketat dalam pemilihan calon supaya apabila memenangi PRU15 dapat membentuk kerajaan yang bersih.

Katanya, PAS sebagai antara parti komponen dalam PERIKATAN NASIONAL telah membuktikan perkara ini di tiga negeri yang diperintah parti itu, iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Di Kelantan yang diperintah oleh PAS lebih 30 tahun, tidak ada pemimpin terbabit dalam salah laku dan rasuah. Begitu juga di Terengganu yang kali pertama kita perintah pada 1959 dan Kedah juga beberapa kali kita perintah, tidak ada kes rasuah.

“Kemudian sepanjang PERIKATAN NASIONAL memerintah negara juga tidak ada sebarang perbuatan salah laku…tidak ada kes mahkamah yang membabitkan pemimpin kita,” katanya ketika berucap pada majlis minum petang di sini, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Bangi, Ustaz Mohd Shafie Ngah dan calon PERIKATAN NASIONAL bagi Parlimen Bangi, Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir.  

Tuan Guru Abdul Hadi membincangkan pelbagai isu dalam ucapannya  
Dua Orang Kurang Upaya (OKU) gembira dapat bergambar bersama Presiden PAS

Tuan Guru Abdul Hadi yang dalam program Jelajah Selangor berkata, keadaan sebaliknya berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) yang disifatkan sebagai lebih parah daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya, PH hanya memerintah negara dalam tempoh tidak sampai dua tahun, tetapi rakyat perlu sedar bahawa dalam tempoh singkat itu, pelbagai perkara berlaku seperti menarik balik pertuduhan kes rasuah yang menjejaskan kredibiliti kerajaan PH.

“Rakyat menyokong PH dalam PRU14 kerana janji yang ditawarkan dalam manifesto, tetapi selepas mencapai kemenangan, manifesto tidak ditunaikan dengan alasan bukan kitab suci. Begitu juga dengan janji kepada rakyat bahawa dalam tempoh 24 jam akan turunkan harga minyak dan hapuskan bayaran tol.Komen Weblog Ibnu Hasyim:

“Masa dia (PH) perintah, kata tiada wang. Tapi apabila kita memerintah, perkara itu tidak benar. Kita gunakan duit untuk kesejahteraan rakyat,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/11/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimUndi Melayu pecah, wujud k/campuran.. PN bersih!

Jom pilih PN parti bersih, bukan macam PH, PKR dan BN.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails