Wednesday, November 09, 2022

Nik Abduh X dicalun semula, X apa-apa. Terbukri PN bersih..

 

Nik Mohamad Abduh (kiri) bersama Mohd Syahir.

1PRU15: Digugurkan sebagai calon PAS, ini tindak balas Nik Abduh

KOTA BHARU: Anak bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh antara nama besar pemimpin parti itu yang tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Turut digugurkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) adalah penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang kemudian dipilih Barisan Nasional (BN) sebagai calon langsungnya bertanding mempertahankan kerusi sama.

Ada juga pihak sebelum ini menjangkakan Nik Mohamad Abduh mungkin tetap bertanding PRU15 untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok diwakilinya walaupun tidak mewakili PAS, namun bukan itu yang berlaku.

Walaupun digugurkan, beliau tetap membantu calon PAS yang menggantikannya bertanding kerusi Parlimen itu, Mohd Syahir Che Sulaiman berkempen pada PRU15.

Sejak penamaan calon pada Sabtu lalu, anak bekas Menteri Besar Kelantan itu turut bergerak seiring dengan Mohd Syahir untuk memberi sokongan walaupun nama beliau tidak tercalon dalam PRU15.

"Sepanjang berkempen, beliau juga bersama-sama dengan saya turun padang untuk berjumpa pengundi serta melawat jentera PAS kawasan.

"Saya berasa cukup bertuah apabila anak bekas Menteri Besar Kelantan itu menyatakan komitmen untuk membantu sepanjang tempoh berkempen," kata Mohd Syahir pada sidang media di Pejabat Penerangan PAS Kelantan, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, PAS menyifatkan tindakan parti itu tidak mencalonkan semula Nik Mohamad Abduh bagi mempertahkan kerusi Parlimen Bachok, bukan untuk mematikan legasi Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, turut menegaskan Nik Mohamad Abduh sebaliknya secara sukarela memberi laluan kepada calon muka baharu.

Mengulas lanjut, Mohd Syahir berkata, bagi beliau, bukan mudah untuk menandingi aura legasi Allahyarham Nik Abdul Aziz yang kini dibawa Nik Mohamad Abduh.

"Walaupun sedikit gentar, saya perlu menggalas tanggungjawab ini sebaik mungkin dan memastikan kemenangan PAS pada PRU15," katanya.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Politik Presiden PAS itu memperkenalkan konsep 5K, iaitu kefahaman agama, kecemerlangan akademik, keusahawanan dalam kalangan belia, keberhasilan pertanian dan keunikan pelancongan khususnya di daerah Bachok. (BH)



2. Kerajaan PERIKATAN NASIONAL terbukti bersih 

KOTA BHARU: PAS menyifatkan pentadbiran kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN)
di bawah Tan Sri Muhyiddin Yasin dan disambung Dato’ Sri Ismail Sabri merupakan kerajaan yang bersih dan tiada salah laku.

Presidennya, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, sebaliknya berbeza pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini banyak berlaku kebocoran dan terlibat kes pengelewengan.

“Pertama kita sedar Dato’ Sri Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri dari PERIKATAN NASIONAL dan bukannya BN. Ini kerana kerajaan didominasi pemimpin PERIKATAN NASIONAL.

“Kerajaan PERIKATAN NASIONAL berupaya mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan tiada salah laku,” katanya selepas merasmikan majlis perjumpaan Al-Mala’ (tokoh masyarakat) di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan Zulkifli Mamat, pimpinan Assabiqun dan NGO.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, PAS mendukung pentadbiran yang diterajui oleh kedua-dua perdana menteri terbabit.

Ditanya Belanjawan 2023 yang dibentang Menteri Kewangan Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini katanya, bajet itu diusahakan kerajaan PERIKATAN NASIONAL.

“Semuanya terbaik, semasa dipimpin Tan Sri Muhyiddin pun terbaik kerana turut disokong Dato’ Sri Ismail Sabri,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nik Abduh X dicalun semula, X apa-apa. Terbukri PN bersih.. 

Itulah sebenarnya wajah PAS dan PN. Negeri terkenal '0' rasuah. Bukan macam Pulau Pinang.


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails